Archives for November 2, 2021

NIAT

Orang yang suka menyimpan bukan bermakna mereka adalah orang yang kedekut. Bukan juga bermakna mereka nak cepat kaya, tetapi orang yang menyimpan adalah mereka merancang sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

Ada orang mungkin telah melalui perkara yang sukar, mungkin banyak musibah yang berlaku tanpa pengurusan duit yang betul dan tiada simpanan.

Salah satunya, mungkin di berhentikan kerja sedangkan simpanan tiada. Terpaksa meminjam dengan orang lain untuk menampung hidup.

Sebab itu, kesedaran menyimpan ini penting. Tidak kira kita buat simpanan dalam bentuk apa pun, yang penting simpanan tu ada.

Membelanjakan sebahagian duit untuk menyimpan emas adalah satu langkah dalam membina kewangan yang lebih baik pada masa akan datang, duit tersebut tidak hangus tetapi hanya berubah bentuk dari sekeping kertas kepada aset fizikal.

Emas sudah terbukti sebagai pelindung nilai yang terbaik sepanjang zaman, nilainya sahlaku di serata dunia. Emas adalah duit/matawang yang sebenar, bawa emas kemana-mana di seluruh dunia tetap laku sebagai duit.

Simpan emas bermakna simpan duit. Cuma bertukar bentuk sahaja. Jika kita seorang yang boros dan duit selalu bocor, boleh tukar kepada simpanan emas.

Semoga bermanfaat.

PAKSAAN YG UNTUNG

Kalau tunggu minat, rasanya ramai dalam tak minat nak kumpul emas. Sebab macam2 alasan muncul.
Mahal lah

?

tak mampu lah

?

kena zakatlah

?

tak tahu nak simpan manalah

?

 Hak masing2 laaah.

?

Tapi kalau dah faham, ramai akan sedar kepentingan mengumpul emas. Orang akan cari macam2 cara dan ikhtiar untuk mula mengumpul dan menyimpan emas.

Saya dulu pon tak minat, tapi dek dah ada kesedaran sedikit terus menabung emas walaupun tak faham mana

?

. Beli, simpan, peram dan tambah ilmu emas sikit2.

Apa saya buat, setiap bulan, saya akan beli emas secara paksa. Macamana caranya? Dapat gaji cabut dulu duit utk beli 1gram. Duit yg ada lepas tu bayar bill dan belanja.

Ini akan mewujudkan elemen paksaan. Teknik paksaan ini memang membuahkan hasil.

Dulu saya punya la payah nak simpan Rm100 pun, tapi bila bertukar dengan simpan emas, tak pikir panjang. Buka sistem lock terus.

?

p/s : Selagi guna cara sama simpan duit dalam bank, lepas tu tak nampak ke mana perginya duit tu, janganlah buat benda yang sama berulang kali. Kesian penat badan…Memang hasilnya ke laut

?

.

Dapat faham sesuatu

?

Jangan segan silu,
kami bantu kongsikan ilmu.

BERMULANYA KITA BOLEH MENYIMPAN EMAS

?

BERMULANYA KITA BOLEH MENYIMPAN EMAS ?

1》ILMU
Persiapkan minda & ilmu pengetahuan kita terlebih dahulu. Kita perlu tahu tips/ kaedah/ cara/langkah membeli emas, jenis-jenis emas, emas yg mana sesuai dijadikan sbg pelaburan & simpanan, bermuamalat yang patuh syariah, serta byk lagi berkaitan dgn emas (ilmu ar rahnu, cara manipulasi emas, jualbeli surat pajak,emas lelong dll). Dengan ilmu kita tahu apa itu dimaksudkan pelaburan emas sebenar bukan skim pelaburan bertopengkan Emas. Semakin luas pengetahuan kita, semakin mahir kita tentang emas.

2》BELI
Tidak perlu dgn modal yg besar utk beli emas. Cubalah beli dgn gram yg kecil, sekecil 1gram atau suku dinar emas atau pun 1 dinar pun ok. Dpt sahaja pendapatan, asingkan siap-siap utk beli emas.

3》SIMPAN
Simpanlah dahulu sebelum berbelanja. Itu sebenarnya asas pengurusan kewangan yg betul. Kali ini kita bukan menyimpan RM, tetapi menyimpan emas. Bahagikan kpd 3 bahagian simpanan.

4》KONGSI
Tahukah anda asas perkongsian bahawa The More You Give, The More You Get.

Jom tukar 

↔️

 money 

?

 gold

PERKONGSIAN ILMU EMAS HARI NI

⭐

PERKONGSIAN ILMU EMAS HARI NI

⭐
?

FAKTA MENGENAI EMAS DINAR

?
?

BENTUK EMAS DINAR

Bentuk emas dinar adalah bulat berbentuk syiling emas atau dikenali juga gold wafer. Jika jongkong emas berbentuk empat segi yang juga dikenali gold bar.

?

BERAT EMAS DINAR

Berat emas dinar iaitu syiling emas yang juga matawang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Emas dinar diperbuat daripada emas 24 karat (999.9) serta mempunyai berat 4.25 gram untuk 1 dinar. Berat emas dinar ditetapkan seluruh dunia iaitu :

?

0.5 dinar emas beratnya 2.125 gram

?

1 dinar emas beratnya 4.25 gram

?

5 dinar emas beratnya 21.25 gram

?

10 dinar emas beratnya 42.5 gram

?

NILAI EMAS DINAR

Nilai emas dinar adalah stabil sejak zaman dahulu hingga kini tanpa dipengaruhi oleh kejatuhan nilai wang yang menunjukkan inflasi sifar atau pelindung kejatuhan nilai wang.

?

EMAS DINAR SEBAGAI PELABURAN

Simpanan dinar emas sebagai aset merupakan satu pelaburan terbaik yang memberi jaminan nilai dan lebih selamat dan menguntungkan.

↪

 Kelebihan EMAS DINAR sebagai pelaburan :

✅

 Tiada risiko kredit dan merupakan aset yang selamat dan nilai terjamin.

✅

 Emas aset yang sangat cair yang mudah dipajak waktu kecemasan wang.

✅

 Tidak boleh dimusnahkan kerana sentiasa bernilai terkena bencana, banjir atau terbakar.

✅

 Hak milik mutlak yang boleh diwarisi dan dipecahkan dengan mudah berbanding tanah yang susah dipecahkan.

✅

 Pelindung kejatuhan nilai wang dan inflasi.

#ilmuuntukdikongsi
#jomsimpanemas

Kempen simpanan emas

Jika mahu kaya, anda kena kumpul aset.
Lawan kepada kumpul aset adalah kumpul hutang.

Kumpul aset = meningkatkan kekayaan anda.

Terdapat 5 kelas aset yang boleh anda kumpulkan iaitu:

1. Tunai/matawang
2. Ekuiti
3. Aset yang menjana pendapatan tetap
4. Hartanah
5. Komoditi

Orang Barat melabelkan emas sebagai aset komoditi, namun sebagai orang Islam, emas boleh dilabelkan sebagai matawang komoditi..

Matawang komoditi adalah matawang yang mempunyai nilai atas dirinya sendiri.

Untuk mudah faham.

Emas tidak perlu dengan dicetak dengan sebarang nilai. Kerana berat emas sendiri memberikan ia nilai.

Kertas pula tiada nilai.


Manusia terpaksa cetak nilai keatasnya.
Barulah ia boleh diterima pakai.

Bila anda faham kelas-kelas aset maka anda kumpullah ia.

Dalam jangka masa panjang. Ia akan membina kekayaan untuk anda.

Keputusan ditangan kita masing² untuk menilai.?

Emas semakin popular

Tahukah anda, emas semakin popular dalam kalangan masyarakat dek kerana emas adalah logam berharga, dikenali dan laku seluruh dunia.

Emas bukan sahaja untuk perhiasan, diwarisi atau lambang kekayaan tapi kini emas juga digunakan sebagai pelaburan, dana kecemasan, dan mengelak kebocoran wang mahupun kejatuhan nilai mata wang.

JADI APA LAGI

?

Jom kita lengkapkan MATLAMAT untuk. SIMPANAN MASA DEPAN kita.

Dapat faham sesuatu

?

Kami bantu kongsikan ilmu

☺️

Harga lantai umrah

Pada tahun 2016, harga 1 dinar emas adalah sekitar RM750 sekeping atau RM170 segram. Pada waktu itu, harga lantai untuk mengerjakan umrah adalah RM4,900 atau lebih kurang 6 dinar atau sekitar 29 gram emas.

Hari ini, harga lantai kos mengerjakan umrah adalah RM6,900. Untuk pengetahuan, harga 1 dinar hari ini adalah sekitar RM1,100 sekeping. Dengan 6 dinar atau 29 gram emas masih mampu mengerjakan umrah tanpa tambahan sebarang duit, malah ada baki tunai lagi.

Dan percayalah, dengan 6 dinar ini, 10 tahun lagi pun masih mampu mengerjakan umrah. Simpan emas untuk capai matlamat kita mengerjakan umrah atau haji. Target simpanan kita dalam bentuk emas, ia tidak dimakan inflasi. Target sekurangnya 3 dinar setahun, dalam masa 2 tahun dah boleh mengerjakan umrah.

TAKUT.

Ade orang takut simpan emas… nak jawab apa ya?

Ok, omputih kata………..
Buat sesuatu yg anda takuti,
Anda mesti akan terkejut hasilnya!

Pada mulanya saya takut juga nak simpan emas takut nanti akan mengurangkan duit simpanan saya. Tapi bila dah mula baru saya faham emas bukan mengurangkan simpanan saya.. Malah boleh menggandakan simpanan jangka panjang saya. Jadi saya dah lega sikit kerana saya sudah buat sesuatu yang bijak sebelum harga emas naik terlalu tinggi.

Tapi sebenarnya.. saya lagi takut dgn satu makhluk iaitu “DIRI SAYA SENDIRI” simpan duit bukannya macam simpan emas.
Ada duit dalam handbag, nampak je nak pakai.
Ada dlm bank, nampak sale je nak belanja online shopping..
Simpan dalam tabung, gatal je nak mengorek.

Tak boleh nmpak duit banyak sikit.. Ada je nak belanja.
Nak simpan kat bank, tak sempat sampai rm100ribu, ada je nak pakai beli tu beli ni.. Last2 tak nampak mana pegi duit yang dibelanjakan tu..
… bila la nk kaya kalau camni kan…huhu 

?
?

Jom kwn2, tukarkan sedikit simpanan kita kpd emas.. Kalau simpan emas.. Terjamin sikit duit harta kita dari terus dibelanja.. Ada la juga jaminan masa depan yg cerah.. Simpan emas tak akan rugi malah menggandakan lagi aset kita.. Tak percaya? Cuba simpan sikit.. Tggu 2-3 tahun lagi.. Tengok nilainya..

Ingat, umat islam harus kaya..
Org melayu mesti kumpul harta!

??? ???????? ?????

Mungkin ada yang tertanya apa ke seronoknya simpan emas ni.

Saya perjelaskan untuk pengetahuan semua berdasarkan ilmu cetek saya

☺️

∙ ????? ???????? ????? ?????a ???????
– Emas terus bernilai walaupun zaman telah berubah. Ia tiada sempadan dan masa. Sejak zaman firaun emas dipandang bernilai.

∙ ????? ????????? ?????? ?????
– Simpan emas ia tidak beku begitu saja. Ia mudah untuk dapatkan tunai bila-bila masa. Nak guna tunai samada jual atau pajak.

• ???? ????? ??? ????? ?????
– Emas aset yang mudah dimiliki bagi semua golongan. Boleh dibeli dari serendah 0.25gram.

∙ ???? ????? ????
– Aset bentuk emas mudah dibawa kemana saja tak macam rumah atau tanah. Bila berlakunya keadaan huru-hara emas boleh dibawa lari, rumah tanah tinggal je.

∙ ???? ?????? ??? ??? ????? ????
– aset kewangan yang tiada dalam mana-mana sistem kewangan adalah emas. Jadi siapa simpan emas, sapa pun tak tahu melainkan kita yang bagi tahu. ????? ???????? ?????? ????.

Dapat faham sesuatu

?

TAK ADA DUIT SUSAH TAK ADA PAHALA PAYAH

Bagi yang masih tercari-cari nak buat simpanan apa tahun ini, anda boleh mula dengan buat simpanan kecemasan dulu.

Kata pakar kewangan, minimum simpanan kecemasan adalah 3 bulan gaji.

Andai kata gaji kita RM3,000, jadi simpanan kecemasan kita sepatutnya RM9,000.

Inilah kita guna kalau ada perkara cemas berlaku tanpa kita duga.

Contoh tiba-tiba kita sakit, kereta rosak, atau diberhentikan kerja.

Simpanan kecemasan ni boleh letak dalam ASB atau Tabung Haji supaya tak terlalu mudah dan tak terlalu susah untuk dikeluarkan.

Cuma kalau tak mampu menahan nafsu terbelanja, boleh tukarkan dalam bentuk emas.

Lagi pun emas pun duit tunai juga.

Bila perlu cash, kita boleh pajak atau jual saja dan dapat duit on the spot.

Saya doakan kita semua berjaya ada simpanan kecemasan.

Kat dunia ni, tak ada duit keluarga kita jadi susah.
Kat akhirat, tak ada pahala kita jadi payah