1- Sotong @ ketam
2- Daun Kari
3- Cili padi @ Cili kering
4- Bawang putih cincang
5- Susu pekat
6- Telur masin mentah 2 biji (kuning sahaja)
7- Garam / Gula
8- Tepung beras
9- Putih telur ayam
—————————-
Method:
1) Sotong yang dah di potong bulat-bulat , celup telur putih , celup tepung beras.
Pastu goreng. Angkat dan tos kan.
2) Tumis bawang putih yang dicincang halus, cili dan daun kari. Menggunakan butter. Tambah susu pekat dan garam. Rasa ada manis , masin dan lemak-lemak. Pastu letak telur masin , hancur hancurkan.
3) Letak sotong yang dah goreng tadi, dalam kuah tu, gaul – gaul..
4) Dah siap dan hidang! Makan.. Huhuhuhu
-takda susu pekat boleh guna susu sejat tapi tambah gula .
-kurang masin , boleh tambah putih telur masin tu juga
Archives for January 2022
Sotong Masak Telur Masin:
BUTTERCAKE KUKUS SIMPLE SEDAP!!
Bahan-bahan:
.
2 cawan tepung gandum.
.
1 cawan gula pasir.
.
4 biji telur.
.
1 cawan lebih cikit mentega cair.
.
1sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat.
.
3sudu besar susu pekat *boleh kurang atau lebih sukatan, ikot selera masing-masing.
.
Secubit garam.
.
mentega dan garam tiada dalam gambar.
.
Cara penyediaan.
.
1. Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
.
2. Pastikan pengukus sudah mendidih.
.
3. Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
.
4. Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi. .
5. Masukkan susu pekat dan garam. .
6. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat. *part ni aku aku masukkan ketiga-tiga pelembut kek, tapi aku kurangkan sedikit sukatan setiap satu. .
7. Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati. .
8. Sapu mentega atau minyak masak ke dalam Loyang *supaya senang kek dikeluarkan nanti*
.
9. ** Ok part ni DON’T U EVER EVER MISS. Sebelum tuang adunan dalam loyang, korang mesti RASA ADUNAN korang. Sedap ke tak, terlebih terkurang ke tak. Time ni la korang kena ADJUST rasa mengikut selera korang, time ni laa yg buat kek korang SEDAP KE TAK. Dah puas hati, boleh pergi ke step seterusnya.
.
10. Tuang adunan ke dalam Loyang. Part ni korang boleh pilih, sama ada nak letak pewarna atau tak.
.
11. Masuk ke dalam pengukus. Ops! Part ni korang kena pastikan air masih banyak dan sudah mendidih .
.
12. Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nnti kek korang keras dan mampat, tak gebu.
.
13. Siap dan ngap!
.
Kredit nana shafrina
Kek Kelapa
Bahan-bahannya
5 biji telur
200gm butter (1 buku)
1 cawan gula (dikisar halus)
1 3/4 tepung naik sendiri (Blue KEY)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar susu pekat
6 sudu besar kelapa kering (ikut suka)
Cara-cara membuatnya
Panas kan oven 190c
Pukul butter bersama gula hingga kembang/ putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
Masukkan esen vanila dan susu pekat
Masukkan tepung dan pukul lagi
Masukkan kelapa kering dan pukul untuk meratakan adunan
Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan sedikit bata di
keliling loyang dan atas kertas minyak tersebut
Masukkan adunan tadi ke dalam loyang, hentak-hentakkan sedikit untuk meratakan adunan di dalam loyang dan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
Di bakar selama 30-35 min, angkat dan boleh lah dihidangkan.
Kek Batik Melting versi Biskut Lembut macam kek
Bahan kek batik
600g bskt marie (patah2kan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Bahan2 topping@ganache
100g milk compound
100g dark compound
(sis guna beryls)
200ml whipping cream
1 sdb butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury) Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
1. Masak butter smp cair, masak kek batik guna api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat.
Boleh tutup api.
5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat.
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong. ***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan kredit: naqibatul najah
RESEPI GULAI TETEL KENTANG
BAHAN-BAHAN:
.
500gm tetel lembu
300gm ubi kentang | dibelah empat
3 batang serai | dititik
3 sudu makan serbuk kari
500ml air
500ml santan
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk perasa
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
.
BAHAN KISAR:
.
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5gm halia
.
CARA MEMASAK:
.
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
3. Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
4. Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
5. Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
6. Sedia dihidangkan.
.
Kredit: Rasa
Asam Pedas Kuah Lada Tenggiri Melaka
Bahan2 agak2 ea..tgok byk mana ikan..
Boleh guna ikan tenggiri atau caru..
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas(jgn byk..sikit je)
Belacan sikit
Kunyit hidup
1 sk Jintan Manis
1 sk Lada Hitam Biji
semua tumbuk..bukan blend ye..tumbuk halus…dah lumat tambah serbuk ketumbar 3 sudu besar dlm bhn2 tumbuk td..gaul jdikan pes..xyah tambah air..
Cili kering anggaran 20tangkai(blend)
2 btg Daun kari(suke ati nak letak brp byk..satu pokok pon bleh)
1 Sk Halba
1 Sk Kerisik (lg sedap gune kelapa bakar..tumbuk skli ngn bahan2 pes)
Air asam jawa segenggam..
Panaskan minyak..masukkn halba..Tumis bahan pes td sampai naik bau..masukkan daun kari..masukkan cili blend..tggu smpai garing.msukkan air asam jawa.jgn cair sgt.nti xsedap.bior pekat2 gitu.
Dah didih..masukkan la perasa.pastu ikan.ngn kerisik satu sudu kecik.
Tggu smpi didih.
Pastu tmbah la bendi ke terung..
Da siappp
Mak pesan kalau nk sdp.api mse tumis kna sederhana.reneh lme skit bru ttup api
Apam Viral 3 Bahan
Bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula (blend halus)
3 biji telur gred B
1 sudu kecil esen rose
Cara2:
1) Mixer telur dgn gula hingga kembang putih
2) Masukkan esen rose mixer sebentar je..berhenti
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit..sambil kaup balik guna besi mixer tu je sehingga habis tepung
4) Loyang/acuan sapu minyak/marjerin
5) Adunan bahagi 2 – 3 bekas..warnakan ikut suka
6) Air kukusan pastikan betul2 mendidih..kukus selama 20 minit..api sederhana besar
Kredit dapur_kakzura
MAKARONI BAKAR.
BAHAN-BAHAN
MAKARONI
Makaroni 1 plastik atau 200g
150 g daging/ ayam cincang atau 3 keping daging burger dihancurkan
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dicincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tin sos spageti ( ciksue guna kimball) ( optional )
1/2 cawan tomato puri ( ciksue guna kimbal)
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
2 biji cili kering ( rendam dengan air panas dan tumbuk hingga hancur)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar minyak masak
sedikit gula dan garam secukup masa
sedikit daun sup
capcicum ( hijau, merah, kuning) dipotong dadu kecil ( ciksue tambah )
Italian herba ( 0ptional, tak guna pun tak ape.. kalau ade lagi best sebab bau ala-ala piza @ italian food gituuu,, heheh)
SOS PUTIH
1 Cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah/ italian herba
1 sudu besar tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesalade
sedikit garam dan gula
Hiasan : Capcicum, mozarella cheese, cheesalade
CARA-CARA.
Mula-mula kita kena goreng makaroni ni dulu macam makaroni gorenng yer
1. Rebus makaroni di dalam periuk dengan menggunakan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat selama 10-15 minit dan tos kan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga naik bau . Kemudian masukkan cili kering yang ditumbuk
3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang @ daging buger dan kicau sehingga airnya kering.
4. Masukkan puri tomato, sos spageti dan gaul sehingga sebati. Then masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukupnya. Msukkan sedikit daun bawang supaya naik bau. Kacau sehingga pekat dan masukkan sedikit italian heba.
5. Seterusnya masukkan makaroni yang sudah di tos ke dalam kuah tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tutup api dan biarkan seketika.
CARA MEMBUAT SOS PUTIH
1. Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan sekeping scheesedale.
2. Kacau hingga cair , baru lah dimasukkan susu segar.
3. Masak sehingga susu mendidih, dan masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah
4. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
CARA MEMBAKAR MAKARONI
1. Sediakan bekas tahan panas atau bekas aluminium.
2. Masukkan sedikit makaroni yang siap di goreng di lapisan bawah.. selepas letak sekeping cheesedale ke atas nya. Then lapiskan dengan sos putih dan sedikit mozarella cheese ( Ciksue letak cheese banyak sebab lagi sedap,hehe)
3. Masukkan sedikit lagi makaroni di atas nya, dan letak cebisan-cebisan cheesedale dan tabur mozarella cheese.
4. Letak capcicum sebagai hiasan dan sedikit italian herbal bagi membangkitkan bau nye
5. Bakar selam 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.
Siap.. sedia untuk di makan…
PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT (Majalah rasa)
BAHAN-BAHAN:
Bahan Isian:
1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula
Bahan Toping:
150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.
Campurkan bersama gula dan digaul rata.
Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.
Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi.
Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.
beef macaroni & cheese
Bahan:
1kg macaroni
1-2 biji bawang holland ( cincang halus )
3-4 biji bawang ( cincang halus )
1 paket sayur campur ikut suka nak banyak mana
5 keping sosej nak lebih pun boleh
2 keping daging burger (cincang halus) jika suka boleh campurkan bebola daging
sos spageti kimball ( apa2 brand pun ok)
cili sos
mozarella cheese
Cara memasak
1) panaskan minyak . guna sikit je minyak taw . nanti bila tumis daging burger dia akan keluarkan minyak
2) tumis bawang holland & bawang putih
masukan sosej
masukkan daging burger
3)tumis sampai masak
4) masukkan sayur campur
masukkan sos spageti & cili sos
masukkan macaroni yang dah direbus terlebih dahulu
5) sebatikan dengan perasa
dah siap tu . letak dalam ape2 bekas & tabur cheese banyak2 .
6) bakar pada suhu 160 selama 15 -20 minit
(api atas bawah)
7) 5 minit akhir tu ja buat api atas je . bagi cheese tu nampak colour brown and crispy bila makan nanti .