Nilai Wang Kertas terletak pada jaminan kerajaan. Apa yang berlaku kepada duit Venezuela, pasti akan berlaku kepada semua duit kertas di dunia. Cuma masanya sahaja yang menentukannya sebab menurut pakar matawang, semua duit kertas akan kembali kepada nilai intrinsiknya yang sebenar – iaitu KOSONG.
.
Perkara begini tak akan berlaku kepada simpanan emas. Selamatkan Nilai Simpanan kita dari dirompak, tukar cara Simpanan kita. Tukar sebahagian Wang Kertas kepada duit sebenar dalam bentuk safe haven aset
Archives for March 9, 2022
Kesan Hyperiflasi di Venezuela.
Kenapa simpanan penting ?
Persoalannya ialah, macamana nak buat simpanan kalau duit atau pendapatan yang ada tak cukup atau gaji kecil. Sebenarnya simpanan pun perlukan kemahiran.
Setiap kali kalau dapat duit dan kita belanja dulu lepas tu baru nak simpan, itulah kesilapan terbesar dalam teknik menyimpan.
Dapat duit kena simpan dulu ke dalam tabung yang tak boleh nak diusik. Simpan di mana ? simpan di tempat yang susah nak cairkan seperti beli emas.
Kalau sebulan boleh simpan RM100 , tak payah banyaklah. Hanya RM100.
Selama 3 tahun, kita dah ada RM3,600. Hari ini majoriti tak ada simpanan RM10,000 keatas. Kerja dah berpuluh tahun.
Nak beli emas 10 gram pun kena tunggu. Simpanan bukan untuk kita gunakan untuk belanja tetapi untuk reservekan nilai kekayaan kita.
Jadi kalau rasa simpanan tak penting sebab tak digunakan bererti kita akan susah nak menyimpan.
Kena tukar persepsi tentang simpanan.
Orang muda akan menyesal tak sudah bila umur dah meningkat.
1. Tak belajar menyimpan
2. Tak belajar beli aset
3. Tak belajar urus kewangan
4. Tak belajar buat bisnes kecil-kecilan
Lagi menyesal bila aset emas paling senang dan mampu milik tapi tak pernah mula simpan.
Selalu nak tunggu je. Percayalah, tak kan jumpa pun masa terbaik, sehinggalah kita MULAKAN.
Susah waktu mula-mula je sebab benda baru. Paksakan, lama-lama terbiasa.
nk mulakan simpanan emas fizikal klik je.. dgn harga ±RM100 anda da boleh menyimpan emas 0.25g
???? ????
??? ???? ???? ???? ?????? ???? ????
???? ???? ???? ??????
Dua-dua 24K dan sah diperdagangkan.
Bezanya:
???? ???? adalah jongkong emas yg diproses dari bahan mentah datang terus dari lombong emas.
???? ???? adalah yg bahan mentahnya dari emas-emas lama yang dikitar semula dan refine menjadi 24K semula. Kata kunci REFINE.
HARGA PASARAN tiada beza sebab indek emas dunia merujuk pada emas per ukuran berat bukan datang dari LOKASI.
Bagi orang celik emas, tak kisah emas lombong ke emas recycle ke…. yang penting ketulenan tu betul. Sebab itu barang kemas yang putus, goldbar patah pun masih diperdagangkan dengan harga yang sama.
BREAKING NEWS: RUSIA KERAH BALA TENTERA MEMASUKI UKRAINE, APA KESANNYA KEPADA KITA?
1. Terkini sebentar tadi dunia digegarkan dengan tindakan Presiden Rusia mengisytihar kemerdekaan dua wilayah Ukraine iaitu Donetsk dan Luhansk. Bala tentera Rusia juga dikerah memasuki kedua-dua wilayah Ukraine itu atas nama ‘tentera pengaman’. Lebih membimbangkan kita, Amerika, Jerman, Perancis, dan Ukraine berikrar akan bertindak balas, Majlis Keselamatan PBB pula akan bersidang segera, mengisyaratkan perkara yang lebih besar boleh terjadi. Apa impak perkembangan ini kepada ekonomi politik antarabangsa dan rakyat Malaysia?
2. Rusia ialah pengeluar minyak kedua terbesar dunia dengan syarikat Rosneft yang cukup terkenal, di samping juga pengeluar gas asli yang utama, paling terkenal syarikat Gazprom yang menaja kejohanan bola sepak terkemuka dunia, UEFA Champions League.
3. Tidak menghairankan, harga minyak dunia yang sudah pun mencecah rekod tertinggi dalam tempoh tujuh tahun – sejak krisis Crimea yang mengorbankan para penumpang dan pesawat MH17 kita pada 2014 lalu – melebihi USD 90 per tong dijangka akan memecah 100 USD per tong. Rekod harga minyak akan berterusan melonjak melebihi 100 USD sekiranya berlaku peningkatan pertembungan ketenteraan antara Rusia serta pemisah Donetsk dan Luhansk dengan Ukraine yang disokong kuasa Barat melalui bantuan NATO.
4. Selain merupakan negara utama dalam sektor tenaga yang menggerakkan dunia, Rusia juga merupakan pengeksport utama bijirin seperti gandum. Begitu juga dengan Ukraine yang turut merupakan antara negara pengeluar gandum yang utama. Maka sebarang gangguan pengeluaran dan pengangkutan di wilayah Laut Hitam ini bakal memberi impak kepada harga makanan.
5. Pada dasarnya, percaturan terbaru Presiden Vladimir Putin ini cukup bijak untuk kepentingan nasional Rusia, menyekat kemaraan Pakatan Atlantik Utara (NATO), serta mewujudkan negara penampan (buffer states) baru melalui Donestk dan Luhansk yang sebelum ini hanya berada dalam kawalan puak pemisah pro-Rusia. Namun begitu, langkah ini turut bakal memberi impak sistemik yang negatif kepada negara-negara lain dalam keadaan seluruh dunia sedang pulih daripada krisis kesihatan.
6. Faktanya, Rusia sendiri merupakan pembekal minyak kedua terbesar kepada Amerika Syarikat dan juga pembekal gas asli paling utama kepada Eropah. Ramai taikun gergasi Rusia turut melabur dan menyimpan aset mereka di Barat seperti Roman Abramovich pemilik pasukan bola sepak Chelsea. Malah, Rusia ialah antara salah satu negara di dunia di mana asetnya di luar negara hampir menyamai nilai keluaran negara kasarnya melalui taikun-taikun yang bekerjasama dengan bank-bank serta sistem kewangan luar pesisir (offshore) Barat sendiri.
7. Syarikat-syarikat Barat juga memiliki kepentingan yang tidak sedikit di Rusia seperti BP British yang memiliki hampir 20% kepentingan dalam Rosneft, manakala Exxon (Amerika) dan Shell (UK-Belanda) memiliki kepentingan dalam medan LNG Sakhalin Rusia. Akibatnya, meskipun Amerika dan sekutu NATO di Eropah seringkali mengugut untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia, langkah sedemikian bakal mengimpak import sektor tenaga mereka sendiri yang paling utama.
8. Tindakan terbaru Presiden Rusia ini ternyata bukan omong kosong dengan lebih 190 ribu bala tentera Rusia mengepung Ukraine dari segenap arah, termasuk dari dalam negara Belarus (sekutu Moscow) dan Crimea, dengan lebih 70% angkatan darat pula dalam posisi menyerang Ukraine. Malah, Rusia turut memindahkan penduduk wanita dan kanak-kanak Donbas secara besar-besaran ke Rusia dengan setiap seorang diberi 10,000 Rouble. Kaum lelaki Donbass pula sedang menyertai angkatan bersenjata pemisah pro-Rusia secara beramai-ramai.
9. Putin menegaskan bahawa sistem ketenteraan Ukraine sudahpun terintegrasi ke dalam sistem angkatan tentera NATO. Malah, Putin mendedahkan bahawa kuasa Barat dan NATO turut membantu Ukraine untuk membangunkan senjata nuklear mereka sendiri dengan memanfaatkan tinggalan Kesatuan Soviet Rusia di Ukraine.
10. Bukan sahaja Amerika dan NATO mungkir janji mereka pada 1991 kononnya NATO tidak akan meluaskan keanggotaan, dengan menerima negara-negara seperti Estonia, Latvia, Bulgaria, Romania, Slovakia, Lithuania, Albania, Montenegro, dan Macedonia Utara, sebaliknya kini cuba membawa masuk Ukraine pula. Kesemua perkembangan inilah yang membangkitkan kemarahan Putin dalam keadaan Amerika Syarikat sudah pun menempatkan peluru berpandu nuklear di Jerman, Itali, Belgium, Belanda, dan Turki sejak sekian lama. UK dan Perancis pula memiliki senjata nuklear mereka sendiri.
11. Pendedahan Presiden Putin tentang rancangan Ukraine untuk membangunkan senjata nuklear dengan bantuan Barat, di samping penegasan bahawa Ukraine bukanlah negara yang sebenar, sebaliknya terhasil daripada kesilapan pemimpin Komunis Kesatuan Soviet dahulu – memberi isyarat bahawa Rusia berkemungkinan akan bertindak untuk menggerakkan angkatan tenteranya ke dalam sempadan negara yang dituntut oleh Ukraine di Donbas, di sebalik usaha diplomatik Perancis dan juga ugutan sekatan Amerika dan Jerman.
12. Apa yang pasti, rakyat Malaysia jelas akan menerima impak kenaikan berterusan harga minyak, harga barang, dan harga makanan akibat kenaikan kos pembuatan dan pengangkutan. Kenaikan harga minyak turut akan menaikkan nilai mata wang ringgit, sekali gus mengimpak eksport kita secara negatif.
13. Namun begitu, ada sisi positif untuk kita di mana dalam Bajet 2022 Malaysia tahun lalu mengguna anggaran harga minyak sekitar 66 USD se tong. Maka, kenaikan harga hingga 90 USD kini, meski pun bakal beri impak inflasi, tetapi juga akan beri pendapatan lebih kepada PETRONAS, sekali gus memberi impak positif kepada sebarang rancangan kerajaan untuk mengimbangi subsidi minyak, makanan, dan bahan mentah.
Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
Kelompok penyimpan emas ,mereka tak berkira kira nak tukar duit kepada emas..
Dealer² ORO slow slow senyap senyap kumpul duit untuk beli emas. Orang tak nampak kita keluar masuk kedai Emas, tapi Alhamdulillah beli Emas dengan Ilmu.
Sementara harga emas belum cecah RM300/gram, berdisplinlah & konsisten tambah gram. InsyaAllah.
Ada orang minat BK, seronok sebab boleh pakai dan nampak lawa.
Ada orang minat goldbar dan dinar, seronok tengok berkeping keping dan bersinar.
Tak kisah la kalian suka yang mana, janji simpan sekarang.
Inflasi is real. Harga barang makin mahal. So bekukan duit saving jadi emas.
Tapi apa pun pilihan masing². Duit masing²
Begitu la..
KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald’s tidak sedap.
McDonald’s pula tidak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.
TETAPI keduanya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.
MERCEDES Benz tidak pernah memburukkan kereta BMW.
BMW juga tidak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES BenZ.
TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.
Kawan-kawan
Kita tidak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.
Kita juga tidak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikkan kita.
Malah, Kita tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan produk kita.
Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Tuhan lah yang menentukan segalanya.
Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu untuk mencapai kejayaan bersama.
Kejayaan kita tidak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.
Kebahagaian tidak akan dicapai dengan melukakan orang lain.
Rezeki kita juga tidak bertambah dengan mencantas orang lain.
Carilah BARAKAH dalam apa jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita dikemudian.
SEKARANG MASA UNTUK EMASBukan Masa Untuk Tunggu Emas..
Zaman kini adalah zaman dimana masa untuk emas. Kita boleh lihat sendiri nilai matawang terus merosot tanpa menunggu kita.
Keruntuhan matawang boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sekelip mata saja. Contoh dah banyak kita lihat seperti negara Zimbabwe, Greece, Iraq, dll.
Matawang boleh runtuh disebabkan banyak faktor, antaranya peperangan, ekonomi sesebuah negara tidak stabil, politik sesebuah negara kucar kacir, atau sebagainya.
Jadi tindakan yang sepatutnya kita lakukan sekarang adalah sediakan “pertahanan” ekonomi keluarga. Jangan hanya sekadar merenung nasib yang tak sudah semata-mata.
“Backup” kan ekonomi keluarga kita dengan sesuatu yang boleh digunakan apabila berlakunya keruntuhan matawang.
Emas boleh dijadikan perisai yang kukuh bagi mengatasi masalah keruntuhan matawang kerana ia tetap akan dipandang bernilai sepanjang zaman.
Biar berdikit-dikit, lama-lama membukit simpanan emas. Mulalah dari sekarang jangan nanti ” sudah terhantuk, baru tergadah”
Begitulah…
Jadi dealer ni mesti kena menjual ke
Eh..takdalah..ikut suka hati korang la..nak untung, nak cepat balik modal RM799 tu berniagalah..
kalau tak menjual pun masih untung sebab dealer dapat shopping harga JIMAT..harga kilang
sebab tu harga emas naik pun team dealer masih mampu tersenyum..harga special dapat dinikmati seumur hidup
Tak perlu maintain jualan minimum..
So no stress².. namun percayalah sekali dah dapat rasai nikmat aura emas harga special ni anda pasti nak kongsi peluang hebat ni dengan orang di sekeliling
Saya sudah..anda bila lagi??? Jom sama² tambahkan aset demi jaminan masa depan
Paling best…
bila jd dealer ini… dapat selamatkan simpanan dari bocor tau
KATEGORI EMAS
#HOLLOW,#PADU,#STAMPING
“HOLLOW” dalam erti kata lain “KOSONG”. Barang kemas yang jenis dalamnya kosong. Selalu nya jenis yang kosong ni macam jenis rantai tangan gajah, pasir, lipan dan seangkatan dengannya
Contoh : Rantai tangan gajah tu agak besar dan lebar, tapi bila dipegang/diangkat, tak berapa berat. Ringan je. Itu maksud nya rantai tangan gajah yang kosong. Sama juga macam pasir, lipan dan sebagainya.
“PADU” dalam erti kata lain “PADAT”. Barang kemas jenis ni dalamnya memang padat. Jenis padu yang selalu kita jumpa macam jenis mesin, dunhill, putera puteri dan seangkatan dengannya.
Contoh : Kalau barang kemas tu jenis berat, means ia padu. Kalau macam mesin, dia jenis halus, tapi dia berat, maknanya ia padu. Try timbang berat barang kemas tu kat tangan dan tengok pada saiz barang kemas tu. Dari situ uols dah boleh agak sama ada ia padu atau hollow.
Emas Stamping
barang kemas Itu berongga di luar.
Contoh : emas stamping ni nampak besar tapi berongga dan timbangannya ringan sahaja .
makin tinggi berat sesuatu item. Makin mahal harganya dan Tahan lasak Dan Boleh di pakai selalu.
Maksud tahan lasak di sini.
Tidak mudah kemek, tidak mudah putus Dan TIDAK mudah Bengkok. Serta LAMBAT HAUS ATAU TERHAKIS
Makin ringan, makin rendah harganya, TIDAK lasak dan
mudah putus
mudah haus/kemek
mudah bengkok
TIDAK boleh pkai selalu.
Beli Emas ikut bajet anda. Beli yang ringan Boleh je. Janji Pakai elok2 dan jgn selalu pakai.
Dan yang penting. RINGAN PUN TAKPE. JANJI EMAS.562Orodesign12:21 PM