Archives for March 2022

https://people.utm.my/nizamray/2022/03/09/4476/

FAKTOR HARGA EMAS NAIK

Kelompok penyimpan emas ,mereka tak berkira kira nak tukar duit kepada emas..

Dealer² ORODESIGN slow slow senyap senyap kumpul duit untuk beli emas. Orang tak nampak kita keluar masuk kedai Emas, tapi Alhamdulillah beli Emas dengan Ilmu.

Sementara harga emas belum cecah RM300/gram, berdisplinlah & konsisten tambah gram. InsyaAllah.?

Ada orang minat BK, seronok sebab boleh pakai dan nampak lawa.

Ada orang minat goldbar dan dinar, seronok tengok berkeping keping dan bersinar.

Tak kisah la kalian suka yang mana, janji simpan sekarang.

Inflasi is real. Harga barang makin mahal. So bekukan duit saving jadi emas.

Tapi apa pun pilihan masing². Duit masing²??

BELI BARANG

Nak murah kena cari terus dari pengeluar,
Nak murah kena beli dari pembuat,
Nak murah kena beli borong,
Nak murah kena pandai cari supplier,
Nak murah kena cari kos penghantaran rendah.

DAH SEDAR APA KELEBIHAN DAN KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?
NAK BELI EMAS DIMANA?

BELI DIRECT KILANG LAH, DAPAT HARGA KILANG TERUS. LEBIH JIMAT DAN BERBALOI UNTUK KONSISTEN MENYIMPAN

?

Tak sama beli Emas di kedai Emas, beli Emas di kedai Emas dapatlah Harga kedai.
Beli di Orodesign, dealer-dealer dapat beli Harga special direct kilang. Package tambahan dealer-dealer diberi/diajar Ilmu Emas, cara jualbeli Emas serta manfaat yang lain.

Di orodesign tak perlu beli borong, beli 0.25gram pun kami dapat harga kilang. Yang penting tulen, spread ternipis. Barulah berbaloi.

☺️
☺️
☺️

#orodesign#bmf#emasdirectkilangMAA#1gram1bulan1keluarga

PERNAH TERFIKIR TAK

?

Mengapa alat pemadam api diletakkan di dalam bangunan sedangkan bangunan itu tidak terbakar?

?

Mengapa duit diletakkan di dalam bank tapi tidak diletakkan di rumah sedangkan tiada pencuri?

?

Mengapa tayar spare kereta dibawa ke mana² sedangkan tayar kereta tidak bocor?

?

Mengapa orang beli takaful sedangkan dia tidak sakit?

?

Mengapa orang beli EMAS sedangkan dia tidak pakai?

Its all about ~ PROTECTION

❗️

Lindungi simpanan anda dari inflasi, tukar duit kepada emas hari ini!

#1gram1bulan1keluarga

Kalau anda beli emas dan terus fikir nak jual semula, itu cara fikir yang salah bagi penyimpan emas.

Sebab penyimpan emas mesti ada gaya pemikiran ini :

1. Apa matlamat simpan emas?
TARGET
2. Berapa banyak Gram nak simpan?
JUMLAH
3. Nak simpan sampai bila?
MASA

Ramai yang dah berjaya sebab berfikir begini. Ramai yang gagal pula sebab sebelum beli dah fikir nak jual semula.

Takkan kita beli rumah hari ini esok terus fikir nak jual kan?

Kereta pun kita beli tak terus fikir nak jual. Kalau fikir bila nak jual dan berapa dapat kalau jual, alamatnya tak terbeli kereta sampai bila-bila lah.

?

#OrodesignByMAA
#EmasHargaKilang
#1gram1bulan

Great sharing from one of the gold saver

?

?
?

Jun 2015 start kumpul sikit2

Jan 2016 jual sikit, beli 1st car cash (2nd je)..then beli emas n kumpul lg

Mac 2016 jual lg sikit, beli 2nd car pun cash (2nd juga), sbb 1st car hntr balik kg bagi mak ayah pakai..then beli emas n kumpul lg

Jun 2017 jual lg utk beli motor sdri LC 135 cash jugak, rasa susah nk jln dekat2 asyik nek kete je..then beli emas n kumpul lg

Ogos-Sept 2018 jual agak byk utk mas kahwin, hantaran n belanja walimah..alhamdulillah, tiada hutang..semua bjalan lancar atas izinNya..then beli emas n kumpul lg

Jun 2020 lepas 2 tahun kawin, jual lg utk upgrade 3rd car, cash jugak..amek kereta yg selesa sikit sbb dah bkeluarga dn ada anak, amek mpv utk keselesaan hari2 mendatang..

Dan skrg masih beli dn kumpul lg, utk apa?wallahu’alam..target macam2 ada, tp ikutlah mana yg lebih memerlukan pada masa akan datang..haji/umrah/rumah/lain2..bila sampai masa emas2 ni perlu utk dicairkan, maka cairkan je la..sbb matlamat peribadi dah tercapai

sekadar berkongsi, bahagianya hidup tanpa hutang..asbab dr simpan emas sikit2 dr dulu sampai la harini.. alhamdulillah

?

Nampak kan fungsi emas?

Kredit : nurakmal

SEKARANG MASA UNTUK EMAS

Bukan Masa Untuk Tunggu Emas..

Zaman kini adalah zaman dimana masa untuk emas. Kita boleh lihat sendiri nilai matawang terus merosot tanpa menunggu kita.

Keruntuhan matawang boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sekelip mata saja. Contoh dah banyak kita lihat seperti negara Zimbabwe, Greece, Iraq, dll.

Matawang boleh runtuh disebabkan banyak faktor, antaranya peperangan, ekonomi sesebuah negara tidak stabil, politik sesebuah negara kucar kacir, atau sebagainya.

Jadi tindakan yang sepatutnya kita lakukan sekarang adalah sediakan “pertahanan” ekonomi keluarga. Jangan hanya sekadar merenung nasib yang tak sudah semata-mata.

“Backup” kan ekonomi keluarga kita dengan sesuatu yang boleh digunakan apabila berlakunya keruntuhan matawang.

Emas boleh dijadikan perisai yang kukuh bagi mengatasi masalah keruntuhan matawang kerana ia tetap akan dipandang bernilai sepanjang zaman.

Biar berdikit-dikit, lama-lama membukit simpanan emas. Mulalah dari sekarang jangan nanti ” sudah terhantuk, baru tergadah”

Begitulah…

?

KEMPEN KESEDARAN PSIKOSOSIAL: HARI KESEDARAN MENCEDERAKAN DIRI 2022

Mencederakan diri merupakan perbuatan yang disengajakan yang mendatangkan kemudaratan kepada diri tetapi selalunya tanpa niat untuk membunuh diri namun tetap boleh membahayakan nyawa sekiranya melakukannya secara agresif seperti menoreh, meletakkan benda panas di badan atau membakar diri. Individu yang mencederakan diri lebih berkemungkinan besar untuk mati akibat membunuh diri. Perbuatan mencederakan diri ini didapati sekitar 40% hingga 6o% daripada kes kematian akibat membunuh diri di seluruh dunia. 
Keinginan untuk mencederakan diri merupakan simptom yang sering terdapat dalam kalangan mereka yang mengalami kecelaruan personaliti.  

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka ini terdorong untuk mencederakan diri, iaitu:

  • untuk mengalih perhatian atau melarikan diri dari kesakitan emosi, kemarahan melampau atau kekecewaan yang mendalam (mekanisme daya tindak). 
  • berasa puas hati, lega dan lebih tenang setiap kali melihat darah yang mengalir tumpah seiring dengan hilangnya kesakitan emosi, seperti kemurungan, kebimbangan, stres dan perasaan gagal.
  • sebagai luahan emosi dalaman yang amat terluka dan minta diberi perhatian. 
  • inginkan kawalan atau dominasi terhadap diri. 
  • menghukum diri kerana berasa bersalah atau menyalahkan diri dan tidak dapat memaafkan diri atas sesuatu kejadian yang berlaku atau sebab berasa sangat berdosa.
  • mengikut trend tingkah laku semasa kerana terpengaruh dengan lambakan video tutorial atau filem di Youtube.
  • perlu melakukannya untuk diterima sebagai ahli dalam sesuatu kumpulan.
  • masalah keluarga, seperti keluarga yang berantakan, kehilangan ibu bapa, penceraian ibu bapa, penderaan, sering dipersalahkan, dibanding-bandingkan, atau ibu bapa pilih kasih.
  • masalah di sekolah, seperti dibuli, pergaduhan, terasing atau dipulaukan.
  • mengalami kecelaruan mental seperti kemurungan, kebimbangan, penyalahgunaan bahan, kecelaruan pemakanan, trauma, post traumatic stress disorder (PTSD) dan skizofrenia (terdengar suara meminta untuk mencederakan diri sendiri). 

Kebiasaannya perbuatan mencederakan diri ini akan diikuti dengan perasaan bersalah dan berasa malu dengan perbuatan mencederakan diri  sendiri. Sesetengah individu mungkin mencederakan diri untuk beberapa kali dan berhenti dari melakukannya semula, dan ada juga yang mencederakan diri selalu dan secara berterusan.

Tindakan mencederakan diri ini adalah lebih lazim dalam kalangan wanita berbanding dengan lelaki. Golongan wanita pada kebiasaannya mencederakan diri dengan mengelar tubuh badan, manakala golongan lelaki pula lebih kepada memukul diri dan menggunakan api untuk mencederakan diri.

Perbuatan mencederakan diri lebih kerap berlaku di antara usia 12 hingga 24 tahun dan lebih cenderung bermula pada usia 14 tahun. Remaja perempuan dalam lingkungan usia antara 12 hingga 15 tahun adalah 5 kali ganda lebih berisiko untuk mencederakan diri. Statistik menunjukkan 5% dalam populasi umum dewasa mencederakan diri manakala bagi populasi umum remaja pula adalah sebanyak 15%. 

Simptom-simptom mencederakan diri yang boleh diperhatikan:

  • luka yang tidak dapat dijelaskan.
  • sentiasa berpakaian bertutup sepenuhnya walaupun dalam keadaan  cuaca panas. 
  • tanda-tanda kemurungan.
  • mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan orang lain.
  • menyatakan perasaan bersalah, menyalahkan diri dan berhasrat ingin menghukum diri.
  • berasa putus asa, hilang harapan dan tidak berhasrat meneruskan kehidupan dan ingin mengakhiri penderitaan.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya berhadapan situasi ini?

  • jangan ambil ringan dan mudah.
  • cuba memahami faktor yang boleh menyebabkan perbuatan mencederakan diri.
  • luangkan masa untuk mendengar luahan perasaan.
  • dapatkan bantuan pakar.
Self Injury Awareness Day.jpg