Matlamat Simpan Emas

Penyimpan emas yang ada ilmu, mereka tidak kisah kepada NAIK atau TURUN harga emas. Salah satu Sebabnya, mereka mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya,

+ Nak capai 10gram pertama dalam masa 3 bulan.
+ Nak capai 20gram pertama dalam masa 5 bulan.
+ Nak capai 50gram pertama dalam masa Setahun.
+ Nak capai 100gram pertama dalam masa 2 Tahun.

Ini adalah contoh tangga- tangga target yang diimpikan oleh semua penyimpan emas. Mereka mendaki serta mengharungi kepayahan serta kesusahan bagi mencapai Target mereka. Target mereka jelas.

Tetapi bagi orang yang masih belum bermula, mereka masih berkira-kira untuk bermula. Mereka mengambil keputusan terlalu lama untuk fikir.

Harga emas tidak pernah murah. Ada ketikanya, kita terlalu menunggu harga yang tidak masuk akal.

Jika hari esok harga emas jatuh sehingga RM250 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.

Jika hari esok harga emas jatuh sehingga RM220 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.

Jika hari esok hari harga emas jatuh sehingga RM200 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.

Sebabnya, dalam fikiran kita terlalu memikirkan soal harga sehingga ianya menghalang kita untuk mengumpul GRAM emas.

Percayalah, siapa yang fokus kepada Harga emas, beliau akan berhenti membeli. Harga NAIK Resah. Harga TURUN Gelisah.

Tetapi bagi penyimpan emas yang ada ilmu, mereka fokus kepada GRAM emas. Harga NAIK atau TURUN bukanlah menjadi persoalannya sebab mereka ada Target dan misi yang mahu dicapainya.

Dapat sesuatu? Moga bermanfaat ya