1) Beli emas mesti dapat emas, mesti ada emasnya.
2) Go for physical gold, emasnya mesti wujud, boleh dilihat dan boleh dipegang. Jauhkan diri dari pelaburan emas delay ataupun skim emas atas angin yang emasnya entah di mana.
3) Elakkan beli sijil emas atau akaun emas yang tak sah atau tak patuh syariah. Paling selamat dan paling mudah urusniaga, beli emas, bayar dan dapat.
4) Faham jenis-jenis emas. Paling penting kita tahu emas 999.9 (24 karat) dan emas 916 (22 karat). Simpan mutu Emas yang tinggi, Elakkan beli karat yg rendah dari ini.
5) Mula dengan 1 gram yang pertama. Selagi tak mula, kita takkan bermula!
6) Boleh mula dengan gold bar/ wafer 1 gram yang pertama atau barang kemas kecil seperti loket dan cincin.
7) Jika beli barang kemas, survey upah paling rendah. Buat kiraan harga per gram paling rendah. Tidak perlu beli barang kemas yang terlalu cantik bergaya/ sofisticated design dengan upah yang sangat tinggi. Elakkan beli emas ada berlian dan permata, jika target kita emas simpanan (senang dipajak di arrahnu jika perlu).
8) PELBAGAIKAN — emas simpanan (emas tulen 999.9) bentuk gold bar, dinar dan syiling emas dengan barang kemas 916. Bagi saya, dua-dua kena ada.
9) Simpan semua resit dan buat rekod simpanan emas kita (dalam buku khas ataupun Ms Excel).
10) Target dan niat nak jadi pembayar zakat emas. InsyaAllah, emas menderu-deru lagi datang kepada kita
11) Paling penting, mulakan dengan 1 gram yang pertama. Survey pun survey juga, tak perlu sampai berbulan-bulan atau bertahun duk survey! Study pun study juga pasal emas, namun yang penting adalah TINDAKAN.
12) Konsisten sehingga capai target yg sahabat² boleh.
#TipsEmas
Archives for January 5, 2023
12 TIPS ASAS SIMPAN EMAS
Kemelesetan Ekonomi Dunia 2023?
Beberapa hari yang lalu telah diberitakan bahawa Bank Dunia telah memberi amaran kemelesetan ekonomi dunia akan berlaku pada skala kritikal menjelang tahun 2023.
Keadaan ini semakin ketara bila kebanyakan bank telah menaikkan interest pinjaman sekali gus telah menyebabkan jumlah ansuran bulanan peminjam semakin bertambah dan pastinya membebankan peminjam.
Ini ditambah dengan nilai mata wang Ringgit semakin melemah berbanding USD, sekaligus membawa kepada kenaikan kos sara hidup kepada setiap isi keluarga.
Justeru itu apa tindakan yang boleh kita lakukan?
Berhenti buat hutang baharu.
Segerakan pelupusan hutang kad kredit, pinjaman peribadi, Ar Rahnu dan pelbagai hutang lain.
Segerakan pembayaran penuh hutang kereta/rumah.
Semak semula aliran tunai kewangan keluarga, pastikan aliran tunai pada kadar positif dan dapat menyerap segala kenaikan kos samada dalam bayaran pinjaman kereta/rumah ataupun kos-kos lain.
Pastikan simpanan kecemasan berada pada tahap 6 -12 bulan gaji bulanan.
Pastikan simpanan EMAS semakin bertambah dari masa ke masa. Ini kerana emas dapat dijadikan sumber pendapatan ketika keadaan memerlukan kelak.
Terokai sumber pendapatan tambahan dengan pelbagai cara samada online mahupun offline.
Banyakkan membaca buku ilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. @ilmukilangemas
Kesimpulannya,
Sementara keadaan kewangan keluarga kita masih sihat di kala ini sebaiknya kita pulihara agar dapat bertahan terhadap sebarang ujian mendatang kelak. InsyaAllah.
Nasihat buat diri.
Pakar ekonomi menyarankan negara perlu sandarkan rizab kepada EMAS bukan USD.
Kita? Masih selesa simpan duit kertas? Bukan duit yg nak beli sayur dan barang dapur tu ya . Tapi duit yg kita simpan dlm bank @ gerobok tu.
Tiada yang mustahil bila kita ADA ILMU EMAS.
Dari sikit sikit lama lama membukit. Yang penting emas ni kita pegang sendiri. Bila nak guna mudah untuk kita cairkan (bukan bakar ya ).
Kenapa perlu bayar harga tinggi kalau kita boleh dapat harga kilang kan
3 faktor utama nak beli emas.
1. Harga terbaik
2. Ketulenan terjamin
3. Spread terendah
InsyaAllah semuanya ada di #Orodesign
Cepat2 daftar keahlian yg terendah amat RM399 SEUMUR HIDUP
CARA MANFAATKAN EMAS YANG DISIMPAN
Emas yang kita kumpul sekian lama agak sayang sekiranya dijual. Emas adalah aset/harta.
Kebiasaannya penyimpan emas akan menjual emas mereka sekiranya hendak membeli aset/harta lain seperti tanah atau rumah.
Jarang sekali orang jual emas untuk beli handphone, sportrim kereta atau barang2 lain yang diingininya.
Apa yang boleh anda buat dengan simpanan emas anda apabila anda terdesak perlukan wang?
Gadaikan di mana2 pusat gadaian Islam (ArRahnu). Anda akan dapat sekurang-kurangnya 75% (berbeza bergantung Ar-rahnu) pembiayaan dari nilai marhum emas anda.
Contohnya 10gram goldbar, Nilai Marhun Coop Bank Emas 999 RM284/g. Anda boleh pinjam RM2,130(75%). Upah simpannya ±1%=RM12.70/bulan / RM127 untuk 6 bulan.
Dengan wang RM2,130 itu anda selesaikanlah urusan anda. Sebelum tamat tempoh gadaian 6 bulan, kita boleh tebus goldbar tadi dengan bayaran RM2,130 + RM127 = RM2,257. Surat pajak boleh dilanjutkan bila bayar upah.
Masalah selesai, emas anda tak hilang.
Jika anda masih merasakan terbeban utk simpan emas setiap bulan….
Tak yakin dapat beli emas sebab gaji ciput….
Ternyata anda belum yakin pada konsep tabungan emas.
Rata² orang yang dah menyimpan emas pernah berkata perkara yg sama…
Tapi kini merekalah yg paling banyak membeli emas walau gaji tak seberapa…
Banyak atau sikit gaji itu bukan ukuran, sebab orang yang gaji besar pun belum tentu mampu beli emas…
Semuanya tentang azam, dan kesedaran..
Bank Of England
Inilah gudang simpanan emas “Bank Of England” yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai lebih 200 billion pounds sterling atau bersamaan sekitar RM1,066,511,600,000.00.
Jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah kesemua Jongkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan atau mungkin lebih.
Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di kota London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England’s City of London berada. Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini.
Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42. Bayangkan untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang.
Credit to : Infinitos fakta terokai pengetahuan
Apa untungnya SIMPAN EMAS?
Sebenarnya untung *SIMPAN EMAS* ini sangat subjektif dan bukan hanya pada untung “???? ????? ?????? ???? ????? ??????”.
Jika kita *SIMPAN EMAS* dengan ILMU, kita akan lebih faham tentang 10 keuntungan dan manfaat menyimpan EMAS terhadap kewangan kita.
EMAS sebagai _”forgotten saving”_
EMAS sebagai simpanan kecemasan
EMAS menutup kebocoran wang
EMAS sebagai simpanan jangka panjang
EMAS sebagai _”backup”_ belanja hangus
EMAS sebagai modal pusingan bisnes
EMAS penyelamat kejatuhan mata wang
EMAS sebagai duit ketika gawat
EMAS sebagai duit antrabangsa
EMAS penyelamat simpanan ketika bankrap
Jika kita disiplin dan konsisten aturkan *SIMPANAN EMAS* dengan ILMU dan MATLAMAT yang jelas, kita mampu menikmati keuntungan yang optimum dan membina status kewangan lebih baik.
Simpanan EMAS untuk buat rumah.
Buat loan rumah, tambah tolak bagi campur kena bayar 2 KALI GANDA dr harga rumah. OPR Naik lagi.
Dengan EMAS, simpan sikit2. Tukar kepada RUMAH. Nak jual boleh. Nak FUNGSIKAN pun lagi boleh.
Bila Fungsikan emas RUMAH DAPAT EMAS PUN ADA LAGI DI TANGAN adanya ilmu fungsikan emas, emas boleh digandakan.
Yang penting rumah 100K, bayar 100K bukan jadi 215K
Ayuh Anak muda, START DARI SEKARANG
Ingat…. EMAS ADALAH NILAI WANG YANG SEBENAR