Archives for February 8, 2023

Sesi Perjumpaan Staf Bersama Pengurusan Fakulti Komputeran – 8/2/2023

Me !!
Dekan muncul secara hologram

SESI ‘LEMBARAN BARU 2023 FC’ – 2/2/2023

Tentatif Program :

1.30 petang – 2.00 petang : Pendaftaran Peserta
2.00 petang – 3.30 petang : Sesi Ceramah
3.30 petang – 4.00 petang : Sesi Lawatan ke Pusat Kaunseling
                                               : Sesi Bergambar dan minum petang
                                               : Bersurai

Melalui program yang dijalankan ini, staf dapat sama-sama mempelajari teknik pernafasan yang betul dalam menangani masalah di tempat kerja selain sesi motivasi yang diberikan sedikit pengajaran agar sentiasa jujur dan amanah dalam pekerjaan.

5 perkara tentang otak yang perlu anda tahu… Awas jika salah makan, boleh hilang mood!

Kesihatan otak juga perlu dititikberatkan.

OTAK adalah organ yang paling menakjubkan dalam badan, jadi jangan sesekali memandang ringan tentang kesihatan otak anda!

Merupakan struktur biologi yang paling kompleks, otak yang berjisim 1.3 kilogram ini berfungsi sebagai sumber kecerdasan, pentafsir deria dan pusat arahan untuk keseluruhan badan.

Ia mentafsir setiap perkara yang berlaku di sekeliling anda supaya dapat mengarahkan badan untuk bertindak balas dengan sewajarnya.

Meskipun bukan otot, anda masih perlu menjaga kesihatannya dengan baik kerana bilangan kes penyakit saraf dijangka meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang sekali gus menjadi penyebab kedua morbiditi dan kematian selepas sakit jantung di Malaysia.

Antara masalah kesihatan yang berkaitannya adalah strok, alzheimer, parkinson, tumor otak, aneurisma serebrum, epilepsi dan juga sakit kepala atau migrain.

Menurut Perunding Pakar Bedah Saraf di Aurelius Hospital Nilai di Negeri Sembilan, Dr Rajendra Rao, menjaga otak supaya kekal aktif dan tajam adalah penting dan ia juga bergantung kepada tabiat harian anda.

“Sebagai contoh, tekanan kronik boleh mengecutkan korteks prefrontal, menjejaskan ingatan dan keupayaan anda untuk belajar, manakala kekurangan tidur boleh merangsang secara berlebihan bahagian otak serta membawa kepada gangguan kognitif.

“Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk melindungi dan menjaga kesihatan otak anda. Matlamat akhirnya adalah untuk mencipta jangka masa otak yang sepadan dengan tempoh hayat anda,” tambah beliau.

Tidak seperti penuaan dan genetik, anda sebenarnya boleh mengawal gaya hidup dengan memastikan pengambilan makanan yang baik, bersenam dengan kerap, menguruskan tekanan sewajarnya serta mendapatkan tidur yang mencukupi bagi memastikan prestasi optimum otak di samping mengurangkan risiko penyakit lain.

Selain itu, perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan fungsi saraf anda telah terjejas seperti kemerosotan dalam membuat keputusan, pemikiran, dan ingatan.

Jika anda mendapati sebarang daripada gejala tersebut serta sering merasakan sakit kepala secara tiba-tiba atau sakit yang tidak dapat dijelaskan di leher atau belakang, jangan teragak-agak untuk bertemu pakar neurologi dan mendapatkan pemeriksaan penuh.

Untuk segmen kesihatan kali ini, mStar berkongsikan beberapa fakta menarik tentang otak manusia.

1. Otak anda menjadi lapar dan memerlukan makanan

Walaupun otak manusia bukanlah organ yang sangat besar, ia memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi.

Ia juga memerlukan bekalan ‘bahan api’ yang berterusan dan ini datang daripada makanan yang dimakan. Apa yang anda makan secara langsung akan mempengaruhi cara otak berfungsi malah boleh menjejaskan mood juga!

Jadi pastikan anda mengekalkan diet yang sihat untuk memastikan otak berada pada tahap terbaik.

2. Fikirkan otak anda sebagai storan awan (cloud storage) tanpa had sepanjang hayat

Otak anda mempunyai kapasiti penyimpanan tanpa had. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia terdiri daripada kira-kira 86 bilion neuron dan setiap neuron membentuk sambungan ke neuron lain, yang boleh menambah sehingga 1 kuadrilion sambungan.

Daripada masa ke masa, neuron ini boleh bergabung dan meningkatkan simpanan kapasiti.

3. Anda hanya menggunakan 10 peratus daripada otak anda… SALAH!

Ini adalah mitos biasa yang tidak benar dan pakar neurologi bersetuju bahawa otak sentiasa aktif, bertindak pantas menerusi jutaan neuron walaupun semasa anda sedang tidur.

Pengimejan teknik membolehkan doktor dan saintis memetakan aktiviti otak dalam masa nyata.

Data jelas menunjukkan bahawa kawasan besar otak jauh lebih daripada 10 peratus digunakan untuk semua jenis aktiviti, sama ada tugasan yang kelihatan mudah mahupun lebih kompleks.

Malah, para saintis masih belum menemui kawasan otak yang tidak melakukan apa-apa.

4. Otak anda kebanyakannya terdiri daripada air dan lemak

Ini mungkin kedengaran tidak mengagumkan untuk organ penting sedemikian, tetapi otak sebenarnya terdiri daripada kira-kira 75 peratus air dan merupakan organ paling gemuk dalam badan, sekurang-kurangnya 60 peratus adalah lemak.

5. Lebih laju daripada kereta Formula 1

Maklumat otak bergerak sehingga 360 kilometer per jam yang mengagumkan, iaitu kelajuan yang sama seperti kereta Formula 1!

Apabila neuron dirangsang, ia menghasilkan impuls elektrik yang bergerak dari sel ke sel. Isyarat dalam neuron anda, dipanggil potensi tindakan yang membolehkan neuron berkomunikasi antara satu sama lain.

Kredit : mstar.com