Archives for April 2023

Yahudi dan Emas

YAHUDI begitu bersungguh menyimpan emas, sebab yahudi yang mencipta wang kertas ini, nak bagi orang taksub menyimpan kertas yang tak bernilai.

Ketika zaman Nabi SAW sehinggalah ke Khulafa Ar-Rasyidin dulu menggunakan emas sebagai matawang.

Sebenarnya emas ini tidak pernah naik harga walau sekalipun, cuma penipuan yahudi yang telah berjaya menjajah minda kita, “mendidik” kita dengan menggunakan kertas sebagai wang dan menjadikan emas itu kelihatan seperti ada kenaikan harga.

Ini dibuktikan dengan kambing yang Rasulullah SAW beli pada 1435 tahun dahulu masih tetap berharga 1 dinar hingga kini.

Dalam Al-Quran juga ada disebut tentang zakat emas, adakah zakat itu akan memiskinkan umat Islam? Kenapa takut sangat nak bayar Zakat? TAX boleh pulak?

Dalam Al-Quran disebut tentang emas dan perak, Allah SWT tak pernah sebut wang kertas, ciptaan Allah SWT ke, ciptaan manusia yang lebih kekal lama?

Kerana Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud: “akan tiba suatu zaman, tiada yang lebih berharga kecuali emas dan perak”.

Menurut Syeikh Nuruddin, walaupun hadis ini dhoif, tapi hadis ini bukan terlalu lemah, jadi boleh diamalkan.

Untuk penghuni Syurga Allah tak bagi wang kertas, Allah bagi emas sebagai perhiasan. SubhanaAllah…
 

 

Ahmed Husham Taher Al-Badri (17/4/2023)

Congratulations to Ahmed Husham Taher Al-Badri who passed his PhD viva with correction on 17 April 2023 (Monday).

His thesis was on ENSEMBLE REGION CONVOLUTIONAL NEURAL NETWORK MODEL FOR IMPROVED DETECTION PERFORMANCE OF RUMEX WEEDS” supervised by Assoc. Prof. Dr. Nor Azman bin Ismail and Dr. Md. Sah bin Hj. Salam.

His examiners were Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim and Prof. Dr. R. Logeswaran A/L N. Rajasvaran (APU). 

The viva session was chaired by Prof. Dr. Habibollah bin Haron and recorded by Dr. Jamilah binti Mahmood.

Well done and congratulations on a good presentation and defense.

Harga Emas Naik

Isu yang menggerakkan harga emas naik mendadak sehingga hampir rm300/ segram.
Bank ke-15 terbesar di US , iaitu Silicon Valley Bank (SVB) diarah tutup disebabkan isu kewangan dan hutang yang banyak.
Mempunyai aset melebihi USD280 billion, mereka terpaksa  jual saham dan bon pada harga yang rendah.
Pendeposit menarik dana secara besar – besaran yang dipanggil sebagai ‘Bank Run’.
Lebih 95% duit pendeposit di SVB tidak diinsuranskan oleh Federal Deposit Insurance Corporation kerana melebihi 250000 usd dan berisiko akan kehilangan duit.
Penutupan SVB merupakan kegagalan perbankan yang ke 2 terbesar dalam sejarah US.
Ramai pelabur beralih kepada emas yang menyebabkan harga emas meningkat tinggi.
Cuma isu kenaikkan harga emas ni tidaklah begitu terkesan kepada penyimpan emas (gold saver).
Harga emas naik atau turun , penyimpan emas tetap menabung emas. Fokus mereka adalah gram emas bertambah dari hari ke hari.
Penyimpan emas yang berilmu, dia ‘happy’ harga emas naik sebab nilai kekayaan semakin meningkat.
Kalau harga emas turun pun dia ‘happy’ sebab mereka boleh tambah lebih banyak lagi gram emas pada harga yang murah.
Harga itu no 2. Yang paling penting simpanan emas mereka bertambah.
Kredit : Dr Fahmi

 

KEWANGAN KITA DI UJI

Di alam pekerjaan….adakalanya kewangan kita uji dengan perkara yang tidak di duga…

Kita cari jalan penyelesaian dengan kerja overtime @ cari sumber² income lain…

Sebenarnya masalah kewangan ini juga berpunca dari matawang yang kita gunakan…

Sekiranya kita gunakan sepenuhnya matawang ciptaan manusia….Kita abaikan matawang terbaik ciptaan Allah….Di situlah punca segala permasalahan kewangan…



#KewanganEmasPerak
#KewanganTerbaikCiptaanAllah

MELAYU DAN URUS WANG

1. Kita tiada contoh yang baik untuk diikuti ketika kali pertama terima gaji, rujukkan kita sama ada ibubapa atau rakan sekerja.

2. Bila nak hadir atau baca buku urus gaji dan duit, kawan mula sindir “Nak kaya cepat lettew”, “Alah ini semua buat seminar nak bagi penganjur kaya”

3. Kita bangsa yang mudah emosi bila sebut bab gaji, gaji kawan tinggi kita mula rasa jaki nak tinggi juga sedangkan datang kerja tak tepati masa. Suruh Kerja lebih tarik muka

4. Bagi bangsa kita bab gaji itu sensetif, jangan ditanya berapa, malu meminta dan biarlah rahsia. Sedangkan kita dibayar dibawah harga pasaran sebenarnya.

5. Apa formula gaji kita guna waktu mula terima gaji? Belanja hingga habis baru simpan atau simpan dulu baru belanja.? Dah susah pinjaman pribadikan ada.

Pesan pada anak bila mula kerja buat simpanan 10%-30% dari gaji mereka tak pernah ada.

6. Kebanyakkan ibubapa tidak menyokong usaha simpanan anak anak mereka kerana mereka terpaksa berlumba dengan jiran tertangga. Anak siapa “paling berjaya dan bergaya”

7. Kita mintak anak buat pembiayaan peribadi untuk tambah dapur adik nak kenduri nanti. Anak takut jadi derhaka, maka dia ikut saja.

8. Kita suka dan sokong anak beli kereta bila mula kerja, “bila lagi mak nie nak merasa kereta kau Angah, sempat hidup atau tidak nanti”. Mereka suka main jual emosi

9. Pelaburan bagi orang kita hanya ASB dan TH, itupun sebab kawan yang ajak bukak buku waktu jumaat rehat kerja.

10. Selain itu bagi kita pelaburan mesti nak cepat kaya,  tak suka melabur lama lama.  Merugikan katanya.  Bila datang skim nama arab sedikit dah percaya giler.  Nama hibah, wakalah,  meca fund, wadiah, afifah, alif semua mudah cair dan ikut sahaja .

11. Ibubapa tak pernah cerita tentang pelaburan selain beli tanah kampung yang tiada orang usahakan. Duit kita tertanam didalam itu sahaja. “Dah pencen nanti,  boleh buat rumah disini”

12. Anak bila mula kerja ibubapa dan mula cerita apa keinginan mereka, “Seronok mak tengok Mak Long kau ker umrah dan Turkie, depa main salji ya”. Maka anak buat pembiayaan peribadi tunaikan impian mak ini. Anak dah tentu nak yang terbaik buat bondanya walau tidak diminta.

13. Kita banyak bergantung pada anak anak untuk bersara nanti, kita tak bersedia apa nak jadi. “Alah anak aku ramai,  risau apa”.

14. Kita suka lebihkan anak yang beri wang lebih, anak yang beri sedikit wang kadang kala terpinggir.

15. Pendidikan pada kita hanya bergantung pada PTPTN sedangkan tanggujawab ibubapa sediakan pendidikan anak anaknya. Saya pernah dengar seorang Profesor berkata,  “alah biar mereka bayar sendiri nanti, baru berdikari”.

16. Orang kita tak kisah mati bila,  sebab itu tak kisah langsung takaful dan hibah perlu ada.  Mereka beranggapan,  lambat lagi mati jadi jangan ambil takaful lagi.

17. Faktor kedua tertinggi bangsa kita bercerai adalah faktor urus wang, ramai yang gagal urus hingga jadi punca bercerai.

18. Kita miskin bukan sebab ibubapa kita tak kaya,  tapi semua yang ibubapa beri kita habiskan belanja begitu sahaja.

Belajar urus wang dengan bijak,  saya dah jumpa ramai bijak pandai bergaji besar akhirnya bersara masih kena kerja.

Kredit to : Azizul Azli Ahmad

#JadiBangsaYangBijakBukanDipijak
#PadanMukaKenaBacaPanjangBerjela