Cuba tanya diri sendiri dulu, kenapa kita simpan duit?
Saya percaya tujuan kita sama. Simpan duit ni sebab:
1. Nak beli rumah atau tanah
2. Nak buat dana kecemasan
3. Nak anak masuk universiti tak berhutang
4. Nak guna untuk kahwin
5. Nak jadi simpanan persaraan
6. Nak pergi haji
Jadi,apapun tujuan kita, cuba fikir balik.
Simpan duit ini berapa lama boleh tahan?
Betul ke tak korek balik?
Boleh ke kawal nafsu diri dari berbelanja?
Saya percaya kita lebih faham dengan diri sendiri.
Kalau tak kuat dengan godaan duit dalam akaun, boleh alihkan sebahagian duit kepada emas.
Ia akan kekal ada.
Dan tak mudah dibelanjakan.
Sebab tu, tujuan pertama simpan emas ini untuk elak duit kita mudah bocor.
Sebab apa pun matlamat kita menyimpan, susah nak tercapai kalau asyik bocor dan bocor.
Dah faham kan?
Emas ubat penawar kepada duit bocor. Saya dah gunakan 5 tahun dan ianya berkesan.