Archives for August 8, 2023

PENYELAMAT BILA BERLAKU KECEMASAN

Adakah perlu duit simpanan ditukarkan kepada emas semuanya?

Jawapannya β€œtidak”.

Duit yang nak digunakan dalam jangka masa terdekat, simpanlah dalam akaun bank (wang kertas).

Tapi untuk simpanan jangka panjang (2 tahun dan ke atas), simpanlah dalam bentuk emas.

Jika nak gunakan duit, anda tak perlu bimbang. Ada emas maksudnya ada duit.

Simpan emas bukan sebab kita kaya. Sebab kita bukan orang kaya la kita kena beringat KENA ADA SIMPANAN.

Andai tiba waktu kecemasan dapat kita fungsikan emas saat itu.

Melainkan jika ada orang nak payungkan masa tu, alhamdulillah rezeki la..

Tapi kalau tak ada? Takkan nak paksa org bagi pinjam duit! Zaman sekarang bukan senang nak bagi pinjam duit. Sebab masing-masing struggle utk meneruskan kehidupan..

πŸ˜”

Kita sama-sama beringat. Jom mulakan simpanan. Kalau simpanan emas ni susah sikit nak bocor tabungannya.

Jom sahabat kita mula

“Saya ni tak minat emas?”

Kita simpan emas ni bukan soal minat tapi sebab perlu.

Sama macam kita berkerja, walapun kita tak minat pun nak bangun awal pagi atau kena marah dengan bos.

Eh, pernah ke kena marah?

Kita kerja juga kan, sebab perlu.

Begitu juga dengan emas. Perlu untuk backup hasil penat lelah kita bekerja dari dirompak oleh inflasi setiap tahun.

Kita rasa duit kita bertambah bila kita menyimpan setiap bulan, hakikatnya kuasa beli pada duit kita tu jatuh setiap tahun.

Contoh mudah, duit RM 100 kita hari ni dan 10 tahun lepas. Dah tak sama nilai kan? Dulu dengan nilai duit tu kita boleh dapatkan banyak barang, sekarang boleh dikira dengan jari.

Bukan tu sahaja.

Kita perlu simpan emas supaya diri kita tak jatuh miskin setiap kali dapat gaji.

Ya lah kan, simpan awal bulan, tengah bulan korek balik.

Bila dah simpan emas, baru kita bertambah kaya setiap bulan. Sebab simpanan susah nak bocor.

Menabung sikit2, akhir sekali sedar tak sedar. Dah ada 100g begini.

Dah faham kan? Bermula hari ni ya

MASA BERGERAK TERLALU PANTAS

“Menabung bukan satu beban, tetapi satu KEPERLUAN untuk kegunaan hari mendatang.

Antara kesilapan saya yang saya rasa sangat memberi kesan negatif ialah suka bertangguh. Sifat dan sikap suka bertangguh ini sangat tidak baik.

Sedar tak sedar, kita sudah ke bulan kelapan pada tahun ini. Kalau saya beli 1 gram emas sebulan, bulan ini harta saya akan bertambah lagi 1 gram emas menjadikan jumlah keseluruhannya 8 gram.

Tapi naluri jahat kita suka bertangguh kerana ada bisikan lain pula yang menyuruh kita mengumpul duit dulu dan beli sekaligus dalam kuantiti yang banyak.

Hasilnya : duit yang dikumpul entah ke mana, emas yang nak dibeli pun tinggal impian saja.

Nasihat saya, beli aje dan maintain belian dengan apa saja bajet kita.
Emas = bentuk simpanan + pelaburan + asset + duit. Moh kita selamatkan Nilai duit simpanan dengan cara tukar kedalam bentuk harta.

😊