Archives for October 3, 2023

“Saya ni tak minat emas?”

Kita simpan emas ni bukan soal minat tapi sebab perlu.

Sama macam kita berkerja, walapun kita tak minat pun nak bangun awal pagi atau kena marah dengan bos.

Eh, pernah ke kena marah?

Kita kerja juga kan, sebab perlu.

Begitu juga dengan emas
Emas perlu untuk backup hasil penat lelah kita bekerja dari dirompak oleh inflasi setiap tahun.

Kita rasa duit kita bertambah bila kita menyimpan setiap bulan, hakikatnya kuasa beli pada duit kita tu jatuh setiap tahun.

Contoh mudah, duit RM 100 kita hari ni dan 10 tahun lepas. Dah tak sama nilai kan? Dulu dengan nilai duit tu kita boleh dapatkan banyak barang, sekarang boleh dikira dengan jari.

Bukan tu sahaja.

Kita perlu simpan emas supaya diri kita tak jatuh miskin setiap kali dapat gaji.

Ya lah kan, simpan awal bulan, tengah bulan korek balik.

Bila dah simpan emas, baru kita bertambah kaya setiap bulan. Sebab simpanan susah nak bocor.

Menabung sikit-sikit, akhir sekali sedar tak sedar. Dah ada 1 kilogram sebegini.

Dah faham kan? Bermula hari ni ya.

Berminat nak mula simpan emas, boleh mendaftar dealer Orodesign Promo Rm399 seumur hidup untuk dapat harga kilang setiap kali membeli emas

😊
😍

Rukun untung dalam emas ada 3.

1. Emas anda mesti semakin banyak.

Sebab itu orang yang konsisten dan istiqamah akan lebih untung berbanding orang yang beli sekali lepas tu tunggu harga emas naik.

Sebab itu orang yang beli emas dengan kuantiti yang banyak boleh untung lebih banyak.

Sebagai contoh, jika harga emas naik RM50 segram, maka orang yang ada 10gram emas hanya untung RM500 tetapi orang yang ada 1kilo akan untung RM50,000.

Jadi, fokus untuk tambah gram emas anda, especially bila harga emas jatuh.

2. Harga emas semakin tinggi.

Anda akan untung dengan emas bila harga semakin meningkat. Ini sangat obvious kan?

Namun, apa strategi yang anda boleh gunakan jika harga emas jatuh?

Well, ketika harga emas jatuh, anda boleh gunakan teknik pemurataan harga supaya harga emas-emas yang anda beli akan menjadi rendah.

Sebagai contoh, anda beli 1 gram pada harga RM320.

Jika emas jatuh kepada RM310 segram, anda beli lagi 1gram. Maka harga purata segram menjadi RM315.

Jadi anda berjaya merendahkan harga emas milik anda.

Jadi bila harga emas kembali meningkat maka anda dapati harga emas semasa lebih tinggi daripada harga purata emas anda.

Sebab itu, orang yang beli emas satu kali dan tunggu harga emas naik, bagi saya itu adalah strategi ala gambling.

3. Aware dengan kos-kos pemilikan emas tersebut (holding cost)

Kos pemilikan emas boleh memberi kesan terhadap keuntungan anda.

Sebagai contoh, spread emas, Gold premium, kos menyewa peti safe deposit box, kos arrahnu (jika anda arrahnukan emas), kos management fee (jika company emas anda charge kos ini).

Untungnya di ORODESIGN tiada sebarang kos tersembunyi tambahan. Harga pergram termurah, spread terendah dipasaran dan hanya perlu tambah kos postage untuk sebarang pembelian. Jika tidak mahu dipos, boleh cash & carry di cawangan.

Holding cost ini akan mengurangkan keuntungan anda.

Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang. Jadi prepare mental anda untuk bertahan dalam jangka masa panjang.

Pastikan anda beli emas anda dapat emas.

Emas adalah logam berharga yang warna kuning tu. Anda boleh pegang dalam tangan dan simpan.

Emas bukanlah digit dalam akaun yang kita tak tahu emas kat mana.

Semoga panduan ini membantu anda.

Ps: harga emas tengah murah sekarang nie. Sila tambah gram dengan senyuman

😃