Jika kita faham sejarah matawang, kita pasti akan tukarkan sebanyak mungkin RM kepada emas.

Masih ingat perjanjian Bretton Wood pada tahun 1944?

Dimana US Dollar tidak boleh dicetak tanpa disandar dengan emas. Mereka cari jalan senang untuk putuskan hubungan antara Dollar dan Emas!

Kenapa macam tu?

Sebab Dollar boleh dicetak sesuka hati semenjak 1971. Itulah rahsia Amerika kaya raya dan berkuasa hingga hari ini.

Mengikut Michael Maloney, penciptaan “wang fiat” merupakan penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Dan ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah manusia!

Ingat lagi bila Jepun memerinta Tanah Melayu?

Duit dicetak sesuka hati oleh kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Sehingga berlaku hiperinflasi.

Menjadikan kuasa beli duit kertas menjunam teruk! Yang sebenarnya, kekayaan rakyat dirompak oleh pemerintah dalam tak sedar.

Sebab itu orang dulu-dulu simpan emas.

Dapat duit je simpan emas. Mereka tahu, duit kertas hanya akan laku bila sesebuah kerajaan memerintah.