Emas Senang Dijual Balik.

Kalau habis duit sebab beli emas anda tak perlu takut nak jual kat mana. Kecairan emas ni tinggi. Bawalah ke seluruh dunia ia pasti laku asalkan tulen.

Isunya orang tu nak beli harga rendah atau tinggi je. Di Orodesign mereka jamin 100% untuk terima semua jenis emas kalau nak jual balik pada harga tertinggi.

Emas merupakan logam bernilai yang tak akan berkarat atau reput. Simpanlah emas selagi boleh. Kalau kesempitan wang anda boleh jual di kedai emas atau pajak di Ar Rahnu.

Berbanding nak jual set sofa second hand ianya susah nak cari buyer.
Nak pajak iph*ne?
Nak pajak R*Z?
Nak pajak jam jenama Ro*ex?
Nampak macam berat…

Jadi emas Allah ciptakan mempunyai kelebihan mengekalkan nilai kekayaan agar tidak terlalu cepat cair dan pada masa sama ia pemegang nilai yang kukuh sepanjang zaman.

Sebab itulah seluruh kerajaan di dunia ini simpan emas bertan-tan. Kerana kestabilan nilai emas itu tertakluk kepada berat dan ketulenannya sendiri. Simpan saja tak buat apa-apa.

Sebagai orang marhaen sepatutnya kita simpan emas juga. Untuk mengukuhkan ekonomi keluarga. Tak mampu sekilo menabung 1 bulan 1 gram.

#OrodesignByMAA
#EmasKalisInflasi
#RoadToSekilo