Bila mak ayah cakap zaman dia muda harga emas hanya RM33 per gram, susah nak percaya.
Ini buktinya, berapa murahnya harga emas ketika tahun 1997. Tapi kita perlu maklum waktu itu gaji kilang bukan RM1,500 mungkin hanya RM500-RM800 sebulan sahaja.
Karipap pun mungkin hanya 10sen.
Kalau masa mak ayah kita bijak mesti mereka dah beli berkilo-kilo emas untuk diwariskan pada anak cucu kita.
Persoalannya rasa-rasa harga emas 20-30 tahun lagi akan kekal sama ke dengan harga emas hari ini RM300 per gram?
Takkan kita nak tengok je kan. Mulakan kumpul dan menabung!!!
Dapat rezeki lebih tambah lebih. Kumpul sampai 1 kilogram sebagai aset hari tua anda. Benda nak pakai lama bukan beli hari ini pakai esok.
Dapat sesuatu?