konflik antara Israel dan Hamas semakin tegang

Gais,

Harga emas menaik sejak jam 3.00 petang tadi.

Dalam masa 8 jam harga emas naik mencecah paras 1907.20 (naik 38.70 USD se Oz.

Apa sebabnya?

Jawapan: konflik antara Israel dan Hamas semakin tegang.

Sangat tegang.

Ini kerana tentera Israel telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan 1.1 juta rakyat Palestin yang tinggal di bahagian Utara Gaza dalam tempoh 24 jam.

Apa maksudnya?

Maksudnya tentera Israel ingin masuk menyerang tentera Hamas di kawasan tersebut. Ini adalah perang gais!

PBB telah memaklumkan bahawa pemindahan 1.1 juta rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam adalah mustahil untuk dilakukan. Ia akan menyebabkan krisis kemanusiaan terhadap pelarian Palestin.

Sekarang nie, ketegangan sangat tinggi, ketidaktentuan sangat tinggi.

Adakah tentera Israel akan masuk menyerang setelah tempoh 24 jam berakhir?

Jika ya, ia bermaksud satu peperangan akan berlaku. Ramai orang yang tidak bersalah akan menjadi korban.

Selepas itu, kita tidak tahu apakah respon daripada negara-negara Arab jika perang betul-betul meletus. Jika ya, maka emas, perak, minyak akan naik melambung.

Buat masa nie, saya memerhatikan situasi di Israel dan Gaza dengan penuh perhatian.

Sila share kepada rakan-rakan anda.

Kredit to #NotaEmasSyukorHashim