Bila dapat gaji.

Kita bukan hanya nak happy sehari, tapi kita nak happy sekurang-kurangnya sebulan

Penat lelah kita kerja sebulan, sekurang-kurang kita happy juga sebulan. Bukan cuma sekadar pada hari gaji.

Untuk pastikan kegembiraan itu bertahan lama.

Bila terima duit gaji hari ini, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% gaji boleh digunakan untuk menabung emas 1gram 1bulan.

Disiplinkan diri yang itu dulu.
Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita sudah ada 12 gram, bahkan lebih!

Simpanan itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS.

Speak Your Mind

*