Nak simpan duit kertas atau emas?

Simpan duit, maksudnya kita hanya simpan NOMBOR.

Lama-lama.
Duit itu hanya sekadar nombor sebab kuasa belinya makin lama makin menyusut bahkan nilainya boleh lenyap terus.

Simpan aset seperti emas, perak, tanah, dan rumah, maksudnya kita simpan KUASA BELI.

Walaupun naik dalam jangka panjang, selalunya kuasa belinya kekal, tak bertambah, tak berkurang.

Jadi kalau nak simpan kekayaan untuk jangka panjang, tukar duit tu jadi aset yang mampu kekalkan kuasa belinya.
Bukan sekadar nombornya.

Duit kertas lebih sesuai untuk transaksi.
Tetapi bukan untuk simpanan dalam erti kata sebenar.

Kalau nak simpan, simpan sekadar cukup untuk hal kecemasan atau untuk digunakan dalam jangka waktu terdekat.

Untuk jangka masa panjang, simpan aset fizikal seperti emas. Ia akan menguntungkan kita akan datang.

Speak Your Mind

*