Dulu saya takut simpan emas.
Takut hilang.
Takut kena curi.
Takut kena bayar zakat.
Takut orang tahu saya ada emas.
Semua menjadi takut.
Tetapi sekarang saya faham.
Ketakutan ini akan hilang apabila kita faham manfaat emas dalam kewangan kita.
Permulaannya saya menyimpan emas sekadar suka-suka tetapi inilah titik permulaan saya mengenali emas dengan lebih mendalam.
Makanya..
Saya simpan emas 1g 1bulan dalam sebarang situasi. Harga naik atau turun dapat gaji, dapat bonus, untung niaga simpan 1g.
Kemudian.
Apabila mulai faham emas dapat mengikat duit kita daripada bocor dan nilainya kekal dalam jangka panjang. Saya mulai jadi takut kalau tak simpan emas.
Dulu.
Saya takut emas hilang, kena curi dan sebagainya tetapi saya lebih takut bila simpanan saya hari ini tak mampu lagi menampung kehidupan saya 30 tahun akan datang jika masih panjang umur.
Sebenarnya.
RM10,000 hari ini kita rasa sangat selesa tetapi RM10,000 untuk 30 tahun akan datang belum tentu kita selesa. Apa-apa pun boleh berlaku.
Bersedia dari sekarang. Simpan aset yang melekat nilainya seperti emas.
Begitulah. InsyaaAllah
Semoga dipermudahkan.