Cuma untuk jangka masa panjang, kita agak rugi sebab nilainya makin lama makin kecil(Inflasi).
Nombor pada duit, memang kita nampak sama atau bertambah.
Tapi hakikatnya nilainya makin kecil.
Jadi, lebih baik simpan duit tu dalam bentuk rumah, tanah dan emas.
Bukan apa.
Kalau rumah, tanah dan emas, nilainya boleh dikatakan confirm naik dalam jangka panjang.
Sebab kuasa beli pada duit kertas kita yang confirm susut setiap tahun.
Cuma kalau nak pakai duit segera nanti, emas aset yang paling mudah dicairkan.
Dicairkan bukan kita bakar ya.
Maksudnya kita mudah tunaikan, bila-bila masa sahaja.