Archives for November 18, 2023

MAJLIS MERAIKAN GRADUAN PASCASISWAZAH FAKULTI KOMPUTERAN

Bersempena dengan Konvokesyen Ke 67 UTM, Fakulti Komputeran telah mengadakan Majlis Meraikan Graduan Pascasiswazah pada 18 November 2023 bertempat di Dewan Maharani, Hotel Impiana, Senai.

Penganjuran majlis yang merupakan program tahunan fakulti ini adalah untuk menghargai dan meraikan graduan yang berjaya selain sesi beramah mesra di antara graduan dengan pentadbir dan pensyarah.

Graduan yang berjaya adalah terdiri daripada pelajar program Doctor of Philosophy (Computer Science), Doctor of Philosophy (Information Systems), Master of Philosophy, Master in Innovative Computing, Master of Science (Data Science), Master of Cyber Security dan Master of Computer Science.

Tahniah kepada semula pelajar!