Archives for November 9, 2023

BRICS

Sila dengar apa yang diulas dan dikupas oleh Prof (M) Dr. Mat Rofa tentang usaha DEDOLLARIZATION
oleh negara-negara BRICS dan kebanyakan negara lain. Apa yang bakal terjadi kepada Dollar Amerika tidak lama lagi?

BRICS ini adalah Mata Wang Baru Berasaskan Emas .
B – Brasil
R – Rusia
I – India
C – China
S – South Africa

Dilaporkan sudah lebih 20 negara sudah menyatakan sokongan kepada BRICS .
Kita tak tahu apa yg akan berlaku kepada USD dan matawang kita sendiri RM .

Kalau nak selamat , tukarkan duit simpanan kita kepada Emas . Yang mana dah ada Emas, jangan jual jika belum betul² berada dlm keadaan terdesak nak guna duit.
Jika ditakdirkan duit kertas menyusut atau tidak ada nilai, kita masih ada Emas

Ulama Indonesia yg sering beri kuliah tentang akhir zaman , Ustadz Zulkifli Muhammad Ali , UZMA , selalu berpesan agar kita menyimpan Emas , duit kertas jika dipotong dua sudah tidak laku , Emas dipotong berapa pun tetap laku. Kata beliau duit kertas tidak akan laku satu hari nanti, kita akan kembali menggunakan dinar dan dirham (emas dan perak) .

Sebab itu Al-Quran menyuruh kita membuat simpanan emas kerana di akhir zaman ini akan bangkit semula sistem muamalat (seluruh dunia) menggunakan emas dan perak!
Menurut Robert T. Kiyosaki, usahawan terkemuka & penulis buku terkenal “Rich Dad, Poor Dad”, sistem wang fiat/wang kertas ialah penipuan terbesar dalam sejarah ketamadunan manusia!