Archives for November 30, 2023

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Pada 30 November 2023, Fakulti Komputeran telah mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill). Latihan ini telah disertai oleh staf & pelajar Fakulti Komputeran sebagai persediaan sekiranya berlaku. Latihan ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan taklimat ringkas wakil-wakil dari Pusat Kesihatan (PKU UTM) dan Bahagian Keselamatan. Latihan ini berakhir pada pukul 12.15 tengah hari

1gm 1 Bulan

Bismillah..
Sekarang dah masuk bulan November. Masa berlalu begitu pantas. Dah hampir setahun

πŸ˜‚

 lamanya tahun 2023.

Bagi yang menabung 1 gram emas setiap bulan, sudah pasti ada 10 gram emas. InsyaAllah hujung tahun 2023 akan ada 12gram.

Tak banyak. Hanya 1 gram minimum sebulan.

Wajib paksa dan lupakan. Kalau tak paksa, sampai bila pun takkan berjaya.

Boleh lebih dari 1 gram tak? Boleh je. Lagi banyak lagi bagus. Ikut kemampuan masing-masing.

Tak payah banyak-banyak. Konsisten 1 gram 1 bulan sudah cukup bagus. Sesuai sangat untuk semua orang.

Setahun 12 gram. 10 tahun 120 gram.

Macam simpan duit jugak. Cuma dalam bentuk emas.

Setahun kalau ikut harga emas semasa RM3,960. 10 tahun dah RM39,600.

Pernah simpan duit RM39,600 dalam masa 10 tahun?

Jom bersama saya. Kita paksa simpan 1 gram minimum setiap bulan. Lagi banyak lagi bagus.

Paling penting konsisten. Sebab benda baik ni paling Nabi SAW suka kalau konsisten walaupun sedikit.

Azam dari sekarang juga. Mula dari bulan ni juga.

Hanya 1 gram 1 bulan. Boleh?

Saya doakan berjaya.

Bisikan

Antara bisikan yang menghalang kita untuk mula simpan emas.

27hb – Naik 3.00
28hb – Turun 0.60
29hb – Naik 3.30

Tahniah kepada yg masih menunggu harga turun.

πŸ˜…

Yg mengkaji graf juga tahniah. Kaji tak salah tapi JANGAN SAMPAI LUPA NAK BELI EMAS.

☺️

APABILA EMAS NAIK TIBA-TIBA.

” Rugi tak beli emas ritu..”

Kebiasaannya ayat mcm ni keluar bila harga emas naik tiba tiba naik dan terus meroket.. Tapi bila harga makin turun mereka akan cakap “Rugi beli skrg sebab harga akan turun lagi” ….

😁

Jadi bila waktu sesuai beli emas?

yang PALING UTAMA adalah bila ada duit.. kebiasaanya jika tunggu harga rendah, duit simpanan td akan habis sebab terpakai.. maka tiada langsung lah pegangan emas jika kita terus menunggu tanpa disiplin.. jgn guna 100% dari modal, beli secara berperingkat.

Kemudian jika harga makin turun, jika masih ada lebihan dari modal dan boleh tambah beli tambah gram.. perlu diingat, profit bukan dikira pada harga yang awal dibeli, sebaliknya yang lebih rendah harganya ye.. jadi bila ada harga rendah, kalau boleh borong lagi bagus!