Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak ada dalam sistem kewangan.

Berapa banyak duit simpanan kita?
Apa yang kita buat dengan duit?
Berapa loan kita?
Berapa banyak rumah kita dah ada?

Semua itu boleh diketahui dengan mudah melalui rekod di dalam sistem kewangan negara.

*Cuma hanya ada satu jenis kekayaan yang dikeluarkan dari rekod kewangan iaitu, emas yang disimpan di tangan.*

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak ada dalam sistem kewangan.

Kenapa emas tiada dalam sistem kewangan?

Kita semua tahu bahawa menyimpan emas tak perlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan dari mana-mana authority.

Jadi, berapa banyak emas yang kita simpan, tiada dalam rekod pejabat tanah, rekod bank, dan dalam rekod percukaian.

Ini benar!

Tak ada siapa tahu.

Berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas melainkan kita sendiri yang bagitahu.

Maka, emas sesuai  dijadikan โ€˜talian hayatโ€™ terakhir kita ketika menghadapi sebarang kesulitan.

Misalnya bankrap, keruntuhan sistem kewangan dunia dan kejatuhan nilai ringgit seperti sekarang.