Nak mula simpan emas dulu ke, nak belajar sampai faham tentang emas dulu.
Mana-mana pun boleh lah.
Tapi pengalaman saya, orang yang pilih nak belajar dulu sampai faham baru nak simpan emas, tak akan simpan emas sampai bila-bila.
Dengan emas fizikal ni, takdk apa yang kita nak takut. Emas di tangan kita. Apa-apa jadi, emas di tangan kita.
Harga emas naik, kita boleh fikir nak jual. Kita happy.
Harga emas turun, kalau nak pakai duit, kita boleh fikir nak gadai. Kita happy.
Beli emas, tak macam beli barang pakai-habis-buang yang lain. Beli emas, kita hanya tukar duit kita jadi emas.
Duit tak habis, harta pun bertambah. Sebab emas adalah harta juga kan?
Bila kita dah bermula, kita ada benchmark harga emas kita sendiri. Baru kita faham apa itu harga rendah, apa itu harga tinggi.
Kejayaan bermula dengan langkah pertama.
Kejayaan dengan emas, bermula dengan pembelian pertama.
Orang yang dah mula simpan emas, dia akan lebih cepat faham.
Jangan takut, jangan bimbang. Yallah! Bismillah….
1gram 1bulan