Motivasikan diri

Salah satu cara untuk memotivasikan diri kita menyimpan emas secara konsisten adalah dengan meletakkan matlamat.

Contoh, simpan emas untuk:
1. Bebas hutang kereta
2. Modal perkahwinan
3. Beli rumah
4. Dana Persaraan

dan banyak lagi.

Apa yang saya perhati, simpan emas ni lebih mudah untuk kita capai matlamat yang kita nak berbanding simpan duit. Kenapa?

Sebab emas tak ada nombor seperti duit kertas kita, yang ada hanyalah gram emas sahaja. Jadi, emosi kita tak mudah terganggu untuk berbelanja.

Dan satu lagi, kita ada rasa sayang pada emas.

Biasanya, kita hanya jual emas yang kita simpan tu bila betul-betul perlu sahaja atau sudah mencapai matlamat kewangan.

Jadi, letak matlamat dan simpan emas konsisten. Saya percaya, kita akan lebih awal mencapainya.

Speak Your Mind

*