Mengikat Nilai

Rm100 hari ini tidak sama dengan Rm100 untuk 5 tahun akan datang.

Hari ini Rm100 mungkin boleh dapat 5 jenis barang dapur. Tapi 5 tahun akan datang, rm100 hanya boleh dapat 3 jenis sahaja barang dapur.

Jadi, Wajar ke kita nak simpan sesuatu yang semakin jatuh nilainya?

Duit itu perlu ada untuk perbelanjaan harian. Tapi kalau untuk perbelanjaan di masa depan, duit itu tidak sesuai disimpan hari ini.

Ikat sebahagian duit simpanan kita kepada emas. Hanya emas satu² nya aset yang mudah dimiliki dan mudah ditukarkan kembali menjadi tunai.

Sekaligus dapat mengikat nafsu belanja kita.

“Saya bukan tiada duit untuk beli itu ini, cuma duit saya sudah diikat kepada emas”

Speak Your Mind

*