Archives for July 23, 2024

𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗢𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡

Berapa banyak duit kita dalam akaun bank, bila-bila masa boleh dibekukan oleh kerajaan kalau nama kita terpalit dengan AMLA.

Walaupun kita tak bersalah, tapi kalau terkena, hidup kita akan amat susah bertahun-tahun sebelum kita dapat buktikan kita tak bersalah,

Tak ada belas ihsan!

Jadi kalau ada harta beratus ribu atau berjuta, tukarkan sebahagiannya kepada emas.

Pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali sarankan 10%.

Kalau harta RM1 juta, RM100k tukarkan kepada emas

Itu akan jadi ‘bot penyelamat’ kewangan keluarga kita.

Ada emas, maksudnya ada duit.

Simpan emas, tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tak ada siapa yang boleh bekukan kekayaan kita.

Bahkan kalau berlaku pergolakan politik atau peperangan, emas tu boleh kita bawa ke mana-mana untuk memulakan kehidupan baru di tempat baharu.

*BELI EMAS MEMBAZIR DUIT?*


Sebelum kenal emas, ramai fikir beli emas tu membazir, buat apa beli emas, habis duit.

Tuan-puan, emas adalah aset. Sama macam rumah dan tanah.

Kenapa beli rumah dan tanah? Membazir tak?

Begitu juga dengan emas. Kita beli emas sebagai harta, bila terdesak boleh pajak dan boleh diwariskan kepada anak-anak.

Cuma bezanya rumah dan tanah kita kena hutang puluhan tahun baru jadi hak milik kita. Selain itu, rumah dan tanah kena bayar cukai dan kita kena declare harta kita.

Tetapi Emas tak perlu pun. Kita boleh beli emas secara cash. Ikut kemampuan kita. Simpan emas ni tak kena cukai harta dan kita tak perlu declare pada LHDN (tapi zakat jgn lupa jika dh sampai nisab & haul nya)

𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐬𝐞𝐭 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤, 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚.
Selamat Beremas

3 Mitos yang paling kerap kita dengar tentang emas :


1) Orang lelaki tak payah simpan emas sebab emas untuk perempuan sahaja.

2) Keluarga aku tak pernah kumpul emas, tak mungkin aku boleh kumpul emas.

3) Aku kena ada duit banyak untuk mula simpan emas. Emas ni hanya untuk orang kaya-kaya aje.

Kalau korang ada dengar semua cerita di atas ni, yakin dan percayalah. Ni semua mitos semata-mata.

kawan kawan

Emas memang benda yang bernilai, tapi ilmu emas itu lebih tinggi nilainya.

Cari ilmu emas sedikit, kemudian mulalah simpan emas. Selagi kalian tak mula simpan emas, kalian ak akan faham. Selagi itu lah, mitos akan kekal jadi mitos tanpa kita tahu kebenarannya.

Kumpul dan rasai pengalaman itu sendiri. Mulakan dengan 1gram dahulu boleh tak maacam tu?