Archives for August 9, 2024

Dimana Untungnya?

Selalu orang akan bertanya,
Di mana untung nya kalau simpan emas?
Kita tanya balik,
kalau simpan dalam bank pula berapa untungnya?

Dapat dividen??
Dengan kejatuhan ringgit dan inflasi sekarang..
berbaloikah keuntungan nya yang kita dapat?

Dividen bank sekitar 1-2% tak berbaloi dalam keadaan ekonomi tak menentu ni.
Duit dalam bank tu pula dalam bentuk digit, simpan di tangan biasanya habis dibelanjakan.πŸ₯Ί

Jom betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul.πŸ’ŽπŸ’‹

Semoga murah rezeki kita semua bila menabung emas.
Aamiin 🀲

*TIPS SIMPANAN TAHAN LAMA*

Semua orang mesti mahu simpanan mereka bertambah setiap bulan bukan?

Tips yang paling mudah adalah, setiap kali dapat gaji tukar minima 10% daripada gaji kepada emas.

Ya! Benar.

Contoh mudah, Kalau sebelum ini tuan puan selalu simpan RM400 sebulan dalam ASB atau Tabung Haji tetapi mulai sekarang cuba alihkan sebahagian dari simpanan duit tersebut dalam bentuk emas. Contoh: RM200 simpan dalam ASB atau TH, manakala baki lagi RM200 dalam bentuk emas

Tuan puan boleh tengok mana satu simpanan yang dapat bertahan dan kekal lama.

Tuan puan akan dapati simpanan Emas bukan saja bertahan lama malah semakin bertambah banyak manakala simpanan duit semakin berkurangan.

Cubalah, ambil tindakan segera bagi tuan puan yang selalu mengalami kebocoran wang sama seperti saya. Susah sangat nak menyimpan duit, asyik bocor saja duit tu kan. Tapi itu dulu lah. sekarang tidak lagi🫰🏼

*Tip kurangkan rasa berduit:*

1. Menabung secara auto-debit atau standing instructions. Supaya duit yang sepatutnya kita tabungkan dah dipotong siap-siap sebelum sampai ke tangan kita.

2. Duit simpanan jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas. Emas pun duit juga, tapi bila dah bertukar jadi emas, kita akan rasa tak lagi berduit.

3. Bila dapat kenaikan gaji, terus tambah potongan gaji untuk dijadikan tabungan. Supaya kita tak nampak ‘duit lebih’ bila dapat kenaikan gaji.

4. Gunakan teknik sampul. Bila dapat gaji, asing-asing siap-siap setiap perbelanjaan mengikut sampul. Supaya kita sedar, kita sebenarnya tak ada duit lebih dan tak lagi rasa berduit (bila tengok duit selonggok banyak).

Sentiasalah berhati-hati setiap kali rasa berduit. Duit kita akan banyak bocor ketika kita rasa berduit.

Semoga bermanfaat.