INFLASI VS EMAS

Harga ayam dan telur diberitakan akan naik bermula bulan hadapan.

Harga sayur, minyak, burger, roti, minyak petrol, dan pelbagai lagi barangan juga telah naik harga.

Kesemua perkara di atas adalah di luar kawalan kita.

Apa yang boleh kita kawal ialah duit simpanan kita daripada terus bocor atau semakin bertambah.

Namun begitu, kerap kali kita tertewas dengan jumlah simpanan kita yang kerap bocor.

Maka dengan itu, ubah cara simpanan duit kita dengan menukar kepada bentuk emas.

Esok-esok bila mana simpanan kita telah mencukupi maka tukarkanlah kepada duit semula untuk mencapai matlamat simpanan kita seperti menunaikan ibadah haji/umrah, dana untuk memiliki hartanah, dana perkahwinan mahupun dana pendidikan untuk anak-anak.

Simpanan emas telah terbukti sebagai kaedah simpanan yang lebih cekap dan mudah bertambah dari masa ke masa.

Kenyataan harga emas akan naik tak dinafikan akan betul-betul jadi, cuma persoalannya, kita tak tahu bila.

Seperti juga ramalan hujan, ia sebagai peringatan untuk kita bawa payung.
Kalau tak jadi hujan pun, boleh guna payung untuk berteduh kan?

Penyimpan emas yang ada asas ilmu emas tak kalut dengan kenyataan tersebut.
Dia tak kalut nak menjual.
Dia tak kalut nak borong.
Apa yang dia kalut adalah target bulanan dah capai atau belum.

Dia tahu bajet dia berapa.
“Simpan emas jangan lemas”

Dia tahu matlamat simpan emas, bukan sekadar ikut trend.
“Simpan emas sebelum cemas”

Dia tahu kalau simpan emas harapkan emas akan naik, dia akan kecewa dalam masa terdekat.
Dia tahu kalau tunggu harga turun, dia akan kecewa kemungkinan tak turun.

Penyimpan emas yang ada asas ilmu emas tahu apa fungsi emas.
Di waktu kita senang, emas adalah insuran kekayaan (harta).
Di waktu kita susah, emas adalah penyelamat kita (duit).

Semoga bermanfaat

D I N A R E M A S

Tak mampu simpan 1 dinar boleh cuba simpan ¼ dinar dulu. ¼ dinar beratnya 1.0625 gram sahaja.

Mula sikit atau banyak tak penting, yang penting mula dulu baru mudah faham.

Bila dah faham baru boleh konsisten simpan emas setiap bulan.

Simpan emas tak sama macam simpan duit, simpan emas boleh ketagih. Hehehe.

Bila dah ketagih mula fikir mana nak cari duit, habis duit belanja kehendak dipotong untuk beli emas.

Perbelanjaan kehendak dah tiada, apa yang tinggal cuma perbelanjaan keperluan dan simpanan yang semakin bertambah.

Sedar tak sedar kita jadi makin kaya, mindset kewangan kita pun makin lama makin baik.

Pada masa itu barulah kita berterima kasih pada diri sendiri sebab dah bertindak bila dah kenal emas. Alhamdulillah syukur.

Jom simpan Emas 1 Dinar..

SEHARI SELEMBAR BENANG….AKHIRNYA MENJADI KAIN JUA

Banyak @ sedikit manapun kewangan fiat… Simpanlah juga kewangan emas….Insyaallah akan terhasil kain dari bebenang yang kita tenun…

Sahabat kita Syida Rasyida bawa DINAR EMAS ORODESIGN ke Mekah dan gunakan di sana. Alhamdulillah DINAR ORODESIGN (MAA) diterima baik di Mekah

❤️

Asal tulen PASTI LAKU DI MANA².

Emas ni bawa ke mana² dunia pun laku je sebab emas satu dunia kumpul dan simpan tau

?
?

Nak mula beli emas harga kilang? Jom jadi dealer lah

?

https://people.utm.my/nizamray/2022/01/30/3706/

Bila kita simpan emas atau bercadang nak mulakan simpanan, kita tentu tertanya-tanya.

Nak simpan emas sampai bila?

Jadi, saya nak berikan tips.

1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3-6 bulan perbelanjaan.

2. Kita simpan sehingga cukup nilai untuk pergi umrah dan haji.

3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak.

4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan.

5. Kita simpan emas secara konsisten sehingga boleh tukar ia menjadi aset lain seperti rumah dan tanah.

6. Kita simpan emas hingga berjaya selesaikan hutang kereta.

Bila kita ada matlamat yang jelas, baru kita akan terus bermotivasi untuk simpan emas secara konsisten.

Dah fahamkan? Boleh simpan emas hari ini.

Teruskan menyimpan walaupun kecil…

yg wanita sambil menyimpan sambil MEMAKAI… yg lelaki boleh simpan emas bar Dan dinar

Aset

Aset ya… ASET bukan brg keperluan atau kehendak tapi HARTA boleh beli sikit2 BERBANDING aset tanah Dan rumah…Dan seterusnya boleh membeli aset tersebut… apa aset itu? Sudah semestinya EMAS.. Aset mampu milik..

https://people.utm.my/nizamray/2022/01/30/3680/

Apakah jangkaan untuk harga emas tahun 2022?

Berdasarkan analisis daripada Kitco, penganalisis pasaran berpendapat tahun ini kita akan menyaksikan harga emas akan naik melebihi USD2000 per OZ.

Kenaikan harga ini dijangka akan dipacu oleh dasar kewangan oleh Federal Reserved US (Fed)

Ini kerana Fed bertanggungjawab memastikan masalah inflasi yang melanda US boleh dikawal.

Sekiranya data inflasi US melebihi 5% setiap bulan maka harga emas akan menaik. Ini kerana pelabur akan mengalihkan modal mereka kepada emas dan perak.

Selain itu, pelabur juga akan memantau kesan virus covid-19 varian Omicron. Adakah Omicron mampu menjejaskan ekonomi dunia? Ini adalah salah satu faktor ketidaktentuan tahun 2022.

Apa lagi faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2022?

Antaranya adalah hubungan politik diantara US vs China serta US dan Russia. Adakah berlaku perselisihan politik yang besar antara mereka tahun ini? Jika ya maka harga emas boleh naik.

Gais, ini adalah faktor-faktor fundamental yang boleh menaikkan harga emas tahun ini.

Namun untuk penyimpan / pelabur emas rakyat marhein, saya nak bagi tips untuk anda.

1. Kesabaran – ingat anda invest emas untuk jangka masa panjang.

2. Konsisten – beli secara konsisten. Pastikan gram emas anda semakin bertambah sepanjang tahun, bukan berkurang. Beli dan tunggu lebih bagus daripada tunggu harga bagus baru nak beli.

3. Pengurusan wang yang mantap – sekiranya anda target nak simpan 10% income anda dalam emas, maka bila dapat income, cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas dan lepas tu lupakan sahaja (forgotten saving).

Sebagai contoh. Jika dapat durian runtuh seperti bonus atau naik gaji maka saya recommend anda tukar 50% daripada durian runtuh itu ke dalam bentuk emas.

3 tips ini, jika anda ikuti betul-betul, InsyaAllah anda akan beruntung dengan emas

?

(credits: Syukor Hashim)

UTM Open Day