Kenapa saya lebih prefer emas fizikal?

1. Boleh rolling duit untuk biz. Manfaatkan ar rahnu untuk dapatkan modal. Tak perlu slip gaji ataupun penjamin. Bawa ja emas untuk gadai. Modal dapat, emas pun tetap masih milik kita. Dapat untung nanti tebus balik.

2. Selamat dari bencana kewangan. Jika bank ataupun kita sendiri yang bankrupt, emas kita pegang tidak akan dibekukan. Emas kita selamat walaupun negara mengalami masalah dalam sistem perbankan ataupun kegawatan ekonomi.

3. Duit simpanan bertahan lama. Cuba letak 1g emas dan rm300 dalam dompet. Tengok yang mana boleh bertahan lama.

4. Urusan jual beli fleksible. Emas ada kat tangan kita, ikut suka nak jual bila2 masa tak perlu tunggu opis hours. Nak jual kat jiran pukul 2pagi pun boleh kalau dia tak tido lagi.

5. Jelas patuh syariah. Urusan Jual beli yang jelas. Beli emas, dapat emas, bukan dapat angka. Boleh pegang boleh tengok. Emas itu hak kita. Nak gigit pun boleh, ikut suka hati nak buat apa. Kita memiliki emas yang sebenar

Diari seorang Dealer

Tahniah Penjawat Awam

*Happy payday* untuk penjawat awam.

Selamat menjemput rezeki Allah buat semua sahabat tokey emas ORODESIGN.

Hidup kita jika dari dulu asyik berulang “pattern” yang sama.

Maka kita kena usahakan untuk “break the pattern”.

Jika sentiasa dapat gaji belum cukup bulan dah salam bye bye.

Apa kata mulai gaji bulan FEBRUARI ni.
Kita ikhtiar.
Bekukan sedikit dalam bentuk emas fizikal.

Kita ikhtiar kita usaha.
Moga Allah bantu bebaskan kita semua dari belenggu hutang jahat dan nafsu “nakal” asyik shopping ikut kemahuan diri kita

Penyimpan emas cuma jual dalam 3 keadaan ni je :

✅– terdesak perlukan tunai segera, boleh pajak emas tu di Ar-rahnu (pajak gadai Islam) untuk dapatkan pinjaman segera

✅– sampai matlamat, contoh matlamat kita simpan untuk pergi umrah, belanja kahwin, dana pendidikan(duit tampung belajar)

✅– ada peluang untuk buat untung lebih besar, contoh jual emas tu untuk bayar deposit beli hartanah yang baik.

Tak Kenal maka tak CINTA EMAS

‘Emas bukan keperluan saya’
‘Saya lebih suka menyimpan duit’
‘Simpan duit nampak depan mata’

Ini antara luahan hati pelanggan saya sebelum mereka kenal emas. Apabila mereka mula kenal emas, pemikiran mereka berubah 360darjah.

Saya suka apabila mereka pilih emas.
Saya bahagia apabila mereka pilih emas.
Saya gembira apabila mereka pilih emas.
Saya puas apabila mereka pilih emas.

Kenapa?

Ini kisahnya.

Tak semua orang boleh simpan emas. Duit perkara kedua, perkara utama adalah tabiat.

Tabiat berbelanja melebihi dari pendapatan.
Tabiat berbelanja mengikut kehendak.
Tabiat berbelanja tanpa sempadan.
Tabiat berbelanja tanpa perancangan.
Tabiat berbelanja tanpa sedar.

YA inilah punca dan sebabnya.

Ada orang memang berduit tetapi boros.
Ada orang memang akan dapat duit tetapi boros.
Ada orang memang boleh cari duit tetapi bocor.

Isu utama Boros & Bocor.
Saya ulang, Bocor & Boros.
.

Bila kewangan bocor, maka kita akan meminta-minta.
Bila kewangan bocor, maka kita akan meronta-ronta.
Bila kewangan bocor, maka kita akan rasa resah.
Bila bocor, maka kita akan rasa gelisah.

Hati mana tidak meronta,
Hati mana tidak resah,
Hati mana tidak gelisah,
Apabila berlaku kecemasan, duit tiada.

Bukan tak cuba simpan,
Bukan tak usaha simpan,
Bukan tak berniat simpan.
Tapi duit bocor.

Maka putus asa.
Kemudian biarkan saja lah.
Akhirnya nanti-nantilah.
Hmmmmm…
.

Ingat!
Kecemasan singgah tanpa diduga,
Kecemasan hadir tanpa diundang,
Kecemasan datang tanpa diketahui.

Simpan duit asyik tak berjaya.
Simpan duit asyik gagal.
Simpan duit asyik putus asa.
Jadi simpanlah emas.
Buat apa nak fikir benda rumit sedangkan benda mudah telah pun terhidang.

Ingat juga!
Ada duit belum tentu ada emas.
Ada emas sudah tentu ada duit.
Mudah kan?
Jelas kan?

Simpan emas ya!
Jangan bertangguh.
Jom mula!

IBU BAPA CELIK EMAS, ANAK² PUN CELIK EMAS, SATU FAMILY CELIK TENTANG KELEBIHAN SIMPAN EMAS

TESTIMONI TABUNGAN EMAS ANAK

Alhamdulillah, hasil didikan ibu yg celik Emas, anak pun jadi celik Emas.

Anak jadi berhemah dalam berbelanja, dan dah ada tabiat menyimpan dalam bentuk Emas iaitu bentuk simpanan yang lebih selamat berbanding Kertas (RM).

Benarlah kata ulama “didikan anak bermula dari pangkuan Ibu”

*KISAH UNTA DAN EMAS*

Aku bekerja sebulan penuh.
Aku dapat gaji dalam bentuk EMAS.
Aku mampu beli UNTA dengan gajiku
Selebihnya aku simpan dibawah bantal.

Setelah 5 tahun..
Aku keluarkan EMAS aku dibawah bantal
Aku masih mampu membeli unta
Setelah 10 tahun pun aku masih mampu membeli unta.

Tapi bila aku dapat gaji dalam bentuk KERTAS hari ini.
Mulanya aku mampu membeli unta.
Selebihnya aku bawa balik ke rumah.
Aku simpan kertas itu dibawah bantal.
Beberapa tahun kemudian, bila aku keluarkan kertas tersebut.
Aku tidak bisa beli UNTA lagi.
Hanya bisa beli KELDAI.

Ini kerana seseorang telah merompak duitku tanpa sedar.
Kemana pergi wangku?
Siapa ambil wangku?
Dan bagaimana mereka mengambil wangku?

JIKA KAMU FAHAM TENTANG INI
Maka kamu akan faham GAME yang mereka sedang mainkan

– Sheikh Emran Hossain –

Kempen sinpan EMAS

Dah lebih 9 tahun dah saya duk berkempen ni. Kalau dalam politik ni, dah jadi wakil rakyat YB dah agaknya.

😆
😆

Tapi gitula.. Bukan mudah nak ajak-ajak orang lebih-lebih lagi nak mempengaruhi orang. Dah la takda sebarang manifesto atau janji-janji manis. Haha.

Cuma gitu la, bagi pihak saya, mengajak orang menyimpan emas ni tak da rugi tak da untung. Yang untung bila saya sendiri yang menyimpan emas. Yang ruginya pulak bila AWAK tengok saja saya simpan emas

😜

Dah 2024. Masih simpan duit ke dik?? Duit tu simpan untuk wat belanja harian ok la. Tapi kalau untuk digunakan di masa hadapan, duit itu tidak layak lagi dibuat simpanan hari ni. Sorry..

“Eh, tak ada yang tahu ke?”

“Eh, tak ada yang tahu ke?”

Ya, emas adalah aset yang unik. Tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita simpan.

Kecuali,
Kita sendiri yang bagitahu.

Kalau kita penjawat awam, setiap aset dan harta kita kena isytihar kan?
Kalau emas, tak perlu!

Orang bankrap sebaiknya simpan emas sebab segala harta, aset dan akaun bank dibekukan oleh pihak terlibat.

Nak buat pembiayaan bank pun tak layak. Jadi, emas adalah jawapannya.

Kalau berlaku kematian?
Ya, tak ada siapa yang dapat bekukan emas.

Anak-anak boleh ambil terus emas arwah berdasarkan wasiat atau hasil perbincangan antara ahli keluarga.

Mudah kan?
Sebab tu kita kena simpan aset emas banyak-banyak sebagai harta.

Kekayaan tu milik kita sepenuhnya tanpa perlu jaminan sesiapa.

Simpanlah emas. Kita simpan aset yang merdeka. 1gram 1bulan

UTM Open Day