Kek Span Baldu Merah

Bahan2
250 gm tepung campuran kek span coklat
4 biji telur
50 ml air
1 sudu teh cuka
50 ml minyak sayur
pewarna merah secukupnya

Cara Membuat
Satukan tepung, telur dan air dalam mangkuk pengadun.

Sebatikan adunan dengan kelajuan minima utk 1 minit. Tambahkan cuka.

Pukul kelajuan maximum hingga adunan kembang dan gebu, bertukar warna kepada lebih cerah dan pucat.

Adunan yang cukup kembang dan gebu akan membentuk seperti tanduk, pegerakan untuk jatuh ke bawah sangat lambat, masukkan minyak dan kacau dengan spatula hingga rata.

Tambahkan pewarna merah. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam loyang, hentak beberapa kali supaya dapat mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap.

Bakar 170 darjan Celcius selama 40 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai.
Biar sejuk.
.kredit resepimasaksedap

Susu Karamel Cincau

– 5 sb gula perang
– 3 sb air
– 1 tin susu cair
– 2 cwn susu segar (freshmilk)
– 3 sb susu pekat
– biji selasih
– cincau
.

?

 modal kesemua bahan RM13+ sahaja, boleh makan 4-6 org & sampai puas tapi kalau beli sebotol RM10 blh minum 2 org je. Jadi la pengguna yang bijak, benda boleh buat buat yg murah apa nak beli mahal 

??

KEK PANDAN

Bahan-bahan :
4 biji telur (asingkan kuning dan putih telur)
1 cawan butter
1 cawan gula halus
1sk ovelett
1/4 cawan santan
4 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum – diayak dgn 1sk baking powder
Pewarna hijau

Cara-cara :
– Pukul putih telur dengan 1/2 cawan gula sehingga meringue dan ketepikan.
– Blend daun pandan dan santan kemudian tapis, ketepikan.
– Mix butter, gula dan ovelette smp kembang Dan masukkan telur. Mix lagi dgn high speed smp gebu. Bila dah gebu lowkan speed Dan masukkan santan yg dikisar dgn daun pandan tadi dan beberapa titik pewarna hijau dan sebatikan.
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan. Matikan mixer dan masukkan meringue sedikit demi sedikit dgn kaedah kaup balik sehingga semua sebati.
– Tuang kedlm loyang yg tlh digris dan dilapik dgn baking paper lalu bakar selama sejam.
— with Maria Jaafar.

Resepi Masak Daging

Bawang besar
Bawang putih
Halia
(Blend semua nii)
Tumis bahan tadi agak garing lepas tu masuk daging
Masuk air dan masak daging smpai empuk
Bila dh pecah minyak masuk cili padi(ikut nk pedas mana)+kunyit hidup sikit yg dh diblend
Masuk garam perasa sikit
Masuk bawang besar dan masak smpai kering
Siap
**daun limau purut optional saja nk letak boleh xnak letak pon boleh

TERUNG UNGU GORENG RANGUP

3 biji terung ungu (jenis yang kecil)
1/3 cawan tepung jagung
1/3 cawan tepung ubi
1/3 cawan tepung bestari

Potong terung memanjang dan rendam air sejuk sekejap.
Satukan kesemua jenis tepung, salutkan terung merata kesemua celah.
Goreng kedalam minyak yang panas (make sure kena panas, kalau tak terung akan menyerap minyak)
Goreng hingga garing keperangan, ketepikan dahulu.

MASAK CILI ALA CHINESE
by. @kualihelena

3 ulas bawang putih, cincang halus
7-10 biji cili api ( pedas ikut selera)
sedikit cukup rasa
2 sudu besar kicap cair/kicap masin
2 tangkai daun bawang

Panaskan lagi 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan daun bawang, kacau lagi.
Masukkan kicap cair dan secubit cukup rasa, gaul hingga berbuih.
Masukkan terung, gaul perlahan dan tutup api.

Resepi Tepung Pelita Moden

Tepung pelita moden
Walaupun moden tp rasanya tetap asli.. Aroma daun pandan yg sungguh wangi. Saya buat niaga..
Saya share resepi nya

bhgian bawah(hijau)
1cwan tepung beras
1cwan gula
5cwan air pandan
Air kapur 1 sudu teh.. Jgn byk nti pahit.. (air kapur sederhana pekat)

Blend semua bahan sampai sebati
*masak sampai likat n meletup2
*tutup api
*masukkn lapisan hijau dlm bekas
*lepas siap semua baru masukkn stgh sudu kcik gula kt atas lapisan hijau.
Biarkan gula tu cair seketika.. Bolh la masak lapisan putih pula..

bahagian atas(putih)
4cwan santan
4sudu besar tepung beras
sedikit garam
*campur semua bahan kacau sebati
*masak sampai likat n meletup2
*tutup api
*tuang dlm adunan hijau td

Kredit Munasnainu Mustapha

Talam lapis keladi polkadot

250g tepung ubi
150g tepung beras
200g gula kastor
1/4sdt grm
950ml santan sederhana pekat.(msk terlebih dahulu)

Msuk semua bhn kering kedlm satu bekas.
Sebatikn dulu
Terus msuk santan..sikit sikit.sambil dikacau hingga x berketul
Total adunan menjadi 1150ml
Tapis
Bahagi kpd 3 bhagian
Mangkok 1.600ml…letk perisa keladi dan sedikit pewarna purple
Mangkok 2.800ml letk pewarna putih
Mangkok 3 150ml(polkadot)…letk pewarna ungu dan perisa keladi+1sdm tepung gandum

Pnskn kukusan.loyg yg tinggi sikit atau loyg 6 inci pun blh

Sapu dgn sedikit minyk..lapik plastik

Mulakn dgn mangkok 1 dahulu.tuang dlm 3/4cwn kukus 5 6minit
2kali lapis

Lapis 3
Mangkok 2..putih..tuang 3/4 cwn.kukus 5 6 minit
Kemudian
2sdm dlm mangkok 3
Titik mcm polkadot.kukus 3minit
3 kali lapis utk lapisan ni

Kemudian lapis putih.1 lapis
Lapis putih +polkadot 3 lapis
Lapis putih 1lapis

Las lapis ungu .lapis 2 kali
Lapis terakhir kukus 15minit

Sejuk bru keluarkn dri loyg

#BIKMM

Kredit iedaa jahaya

Resepi Sotong Goreng Tepung 

?

?

Mudah, tidak meletup, tidak makan minyak, rangup dan menjadi! 

?

Sukatan:
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2 sudu tepung Bestari
1 biji telur

Cara-cara:
1. Pecahkan telur di dalam sotong dan gaulkan
2. Angkat dan salut di dalam tepung
3. Panaskan minyak dengan api sederhana(Minyak letak banyak)

Selamat mencuba

Kredit: Niza Nora

Kek fruit pastry

Bahan2

6 sdb susu fresh*
1 sdb cuka*
1 sdb oren sunquick* ~satukan semua bahan diatas dan biar dlm 5-10min (smpi jd kental2 sikit)

125g butter (anchor @ tatura)
1 cwn gula castor
3 biji telur
2 1/4 cawan tpg superfine@gandum
2 sdk baking powder
Pelbagai buah2an

Caranya:
1. Pukul butter + gula castor
2. Add telur 1 by 1
3. Add campuran susu + cuka + oren
4. Add tepung….pukul sebati. Jgn lama sgt asalkan sebati.
5. Tuang dlm loyang/aluminium foil
6. Susun buah2an (peaches, strawberries, blueberries, kiwi)
7. Bakar 120C selama 30-40mins @ smpi keperangan..ikut oven masing2…yummiesss

?
?
?

 kredit: kak ayu

Makaroni Bakar

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

300 g daging kisar 

1 ulas bawang putih (Dicencang halus) 

1 labu bawang holland (Dipotong dadu) 

10 biji cendawan butang  (Dipotong kecil) 

3 biji tomato (Dipotong dadu)

1 biji capsicum merah  (Dipotong dadu)

1 biji capsicum hijau  (Dipotong dadu)

1 biji capsicum kuning  (Dipotong dadu)

1 sudu teh serbuk lada sulah 

1 sudu makan minyak jagung 

Garam secukup rasa

Bahan B (Sos Putih)

1 sudu makan minyak jagung 

1 sudu makan tepung gandum 

½ cawan susu segar

Bahan C

½ paket makaroni (Direbus sehingga lembut) 

125 g keju cheddar (Diparut) 

5 biji telur 

1 cawan susu segar 

50 g daun parsli (Dicencang) 

1 sudu makan minyak jagung

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Inti

Panaskan minyak jagung, kemudian tumis bawang putih dan bawang 
holland. 

Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk 
lada sulah.

Kacau rata sehingga daging masak. Masukkan semua capsicum dan kacau rata. Ketepikan.

Cara Membuat Sos Putih

Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati, kemudian ketepikan.

Cara Membuat Makaroni

Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas. 

Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti. 

Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli. 

Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ºC selama 30 minit ataupun sehingga keju keperangan. Sedia dihidangkan.