TERUNG UNGU GORENG RANGUP

3 biji terung ungu (jenis yang kecil)
1/3 cawan tepung jagung
1/3 cawan tepung ubi
1/3 cawan tepung bestari

Potong terung memanjang dan rendam air sejuk sekejap.
Satukan kesemua jenis tepung, salutkan terung merata kesemua celah.
Goreng kedalam minyak yang panas (make sure kena panas, kalau tak terung akan menyerap minyak)
Goreng hingga garing keperangan, ketepikan dahulu.

MASAK CILI ALA CHINESE
by. @kualihelena

3 ulas bawang putih, cincang halus
7-10 biji cili api ( pedas ikut selera)
sedikit cukup rasa
2 sudu besar kicap cair/kicap masin
2 tangkai daun bawang

Panaskan lagi 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan daun bawang, kacau lagi.
Masukkan kicap cair dan secubit cukup rasa, gaul hingga berbuih.
Masukkan terung, gaul perlahan dan tutup api.

Speak Your Mind

*