Perjalanan 1 kilo emas bermula dengan *1 GRAM PERTAMA*…
Jom bermula.. permulaan indah 2024 bagi yang masih menjadi cctv..
Perjalanan 1 kilo emas bermula dengan *1 GRAM PERTAMA*…
Jom bermula.. permulaan indah 2024 bagi yang masih menjadi cctv..
Rm100 hari ini tidak sama dengan Rm100 untuk 5 tahun akan datang.
Hari ini Rm100 mungkin boleh dapat 5 jenis barang dapur. Tapi 5 tahun akan datang, rm100 hanya boleh dapat 3 jenis sahaja barang dapur.
Jadi, Wajar ke kita nak simpan sesuatu yang semakin jatuh nilainya?
Duit itu perlu ada untuk perbelanjaan harian. Tapi kalau untuk perbelanjaan di masa depan, duit itu tidak sesuai disimpan hari ini.
Ikat sebahagian duit simpanan kita kepada emas. Hanya emas satu² nya aset yang mudah dimiliki dan mudah ditukarkan kembali menjadi tunai.
Sekaligus dapat mengikat nafsu belanja kita.
“Saya bukan tiada duit untuk beli itu ini, cuma duit saya sudah diikat kepada emas”
1. Persoalan yang sama saya hadapi masa mula-mula orang tua pesan: “ada duit lebih, simpan aset, simpan emas”.. Whatt?!? Bukan emas tu untuk gegirl je ke?
2. Taat punya pasal.. Ikut je lah.. Beli satu keping 1 Dinar emas dan simpan. Takde feel pape pun. Kaya pun tak, rasa tak berduit tu ade la sebab tak dapat buat ape lagi dah, sebab dah jadi emas.. Bulan depan beli lagi.. pastu beli lagi..
3. Tanpa disedari, dah berkeping-keping emas dalam peti simpanan. “Ok, kali ni rasa kaya sikit.” Kesimpulannya, simpan emas ni bukan nak cepat kaya tapi boleh kawal ketirisan simpanan, pastu pupuk budaya menyimpan dgn berkesan, menghargai titik peluh kerja sebulan yang tak dimamah inflasi.
4. Emas ni pelik. Kita baru simpan 1 gram pun member-member akan pandang kita tinggi. Walhal 1 gram je pun member start. handphone sekarang rata-rata harga RM3,000 dapat beli 10 gram emas. Letak merata atas meja kat kopitiam, tak ada pulak kita takut
Ni belum lebih dalam TENTANG INFLASI, TENTANG SEJARAH HARGA EMAS, TENTANG ASAL USUL CIPTAAN WANG KERTAS, TENTANG ASET NILAI INTRINSIK, TENTANG NAK PILIH EMAS APA YANG SESUAI. Ni totally nak didik simpan dengan displin je.
Jadi, kalau nak faham tentang emas, jangan tanya member yang takde simpan emas. Tanya orang yang simpan emas.. Insya Allah kefahaman akan datang.
Kita simpan emas ni bukan soal minat tapi sebab perlu.
Sama macam kita berkerja, walapun kita tak minat pun nak bangun awal pagi atau kena marah dengan bos.
Eh, pernah ke kena marah?
Kita kerja juga kan, sebab perlu.
Begitu juga dengan emas
Emas perlu untuk backup hasil penat lelah kita bekerja dari dirompak oleh inflasi setiap tahun.
Kita rasa duit kita bertambah bila kita menyimpan setiap bulan, hakikatnya kuasa beli pada duit kita tu jatuh setiap tahun.
Contoh mudah, duit RM 100 kita hari ni dan 10 tahun lepas. Dah tak sama nilai kan? Dulu dengan nilai duit tu kita boleh dapatkan banyak barang, sekarang boleh dikira dengan jari.
Bukan tu sahaja.
Kita perlu simpan emas supaya diri kita tak jatuh miskin setiap kali dapat gaji.
Ya lah kan, simpan awal bulan, tengah bulan korek balik.
Bila dah simpan emas, baru kita bertambah kaya setiap bulan. Sebab simpanan susah nak bocor.
Menabung sikit-sikit, akhir sekali sedar tak sedar. Dah ada 1 kilogram sebegini.
Dah faham kan? Bermula hari ni ya.
Berminat nak mula simpan emas, boleh mendaftar dealer Orodesign Promo Rm399 seumur hidup untuk dapat harga kilang setiap kali membeli emas
Tolong faham sifat emas ni :
Tetap naik
Memang ada turun naik. Tapi kalau di kaji semula, harga emas turun hanya sedikit. Tapi naik dengan sangat banyak!
Contoh : Tahun 2000 harga emas 1 gram hanya RM30. Now harga emas 1 gram dah RM300++
Tahan lama
Selagi kita tak jual selagi tu kita boleh simpan emas. Kalau harga jatuh, simpan lebih banyak sampai harga naik semula
Tenang
Kalau harga emas jatuh 10%, secara tak langsung dapat keuntungan 10%
Sabar
Penting letakkan kesabaran apabila bermain dengan pelaburan emas ni. Bukan labur hari ini esok untung ribu riban dah.
Boleh-boleh?
Adakah perlu duit simpanan ditukarkan kepada emas semuanya?
Jawapannya “tidak”.
Duit yang nak digunakan dalam jangka masa terdekat, simpanlah dalam bentuk wang kertas. Tapi untuk simpanan jangka panjang (2 tahun dan ke atas), simpanlah dalam bentuk emas.
Jika nak gunakan duit, anda tak perlu bimbang. Ada emas maksudnya ada duit.
Simpan emas bukan sebab kita kaya. Sebab kita bukan orang kaya la kita kena beringat KENA ADA SIMPANAN.
Andai tiba waktu kecemasan tak la kita menggagau nak cari duit kat mana.
Kalau ada orang nak payungkan masa tu, alhamdulillah rezeki la tu. Tapi kalau tak ada? tak kan nak paksa bagi pinjam duit!
Zaman sekarang bukan senang nak bagi pinjam duit. Sebab janji manis bila nak pinjam, tapi bila nak bayar liat
Kita sama-sama beringat. Jom mulakan simpanan. Kalau simpanan emas ni susah sikit nak bocor tabungnya kan, setuju tak?
Waktu ada lebihan tunai,
Cepat cepat tukarkan kepada emas fizikal.
Supaya nanti bila tiba waktu kesempitan tunai,
kita boleh tukarkan kembali kepada tunai.
Tidaklah kita asyik menjadi tangan yang meminta.
Dah tiba masa letakkan gaya hidup bukan lagi keutamaan
Tetapi pastikan kelangsungan hidup adalah keutamaan.
Berat standard dinar 4.25gram
Kelebihan dinar :
Digunakan untuk mualamat dan ibadah aqiqah
Digunakan untuk membayar zakat
Dijadikan hantaran dan mas kahwin
Cenderamata/hadiah untuk orang tersayang
Simpan utk Umrah Haji
Tabungan/simpanan
==========================
Kalau satu hari takdirnya Malaysia atau Dunia Islam menggunakan dinar dlm urusan muamalat maka tentu dibuat dinar Malaysia atau dinar Dunia Khilafah Islam.
Di MAA, 1 Dinar digunapakai dalam banyak aktiviti di atas. Ianya terbukti valid & ketulenan di JAMIN
*Gambar testimoni ikhsan Dealer Nur Farahin Hassanudin. Mahar 5 Dinar utk pengantin perempuan.*
Mula beli dulu dengan harga RM180 camtu…HARINI GB 999.9 1gm
RM
Aset yang semakin meningkat nilainya… untunglah siapa yg dah simpan terlebih awal……. harga emas takkan menunggu sesiapa…
Nampak…beli bukan bazir tapi ini ADALAH pelaburan…sbb emas adalah duit…Dan pengikat Nilai….x rugi …untung bila beli dengan Ilmu. Pilih ciri Emas yang bagus sebagai simpanan dan pelaburan dengan harga terbaik.
NEGARA pernah digemparkan dengan insiden menyayat hati yang mana seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut akibat terkena pisau yang dilempar kakaknya.
Konflik antara adik-beradik bukanlah perkara baharu dalam masyarakat, malah ia kadang kala berlarutan sehingga usia dewasa mahupun apabila masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.
Seperti luahan seorang wanita di laman Twitter, dia mengakui pernah membuli adik lelakinya kerana cemburu.
Ia bermula apabila mereka memasuki alam persekolahan.
“Saya darjah 2 manakala adik darjah 1, pergi sekolah dengan bas. Adik saya pandai sehingga saya rasa cemburu tengok keputusan peperiksaan dia.
“Entah syaitan apa rasuk, saya mula rancang nak kenakan adik supaya orang lain tidak suka dia,” katanya yang kemudian meminta rakan-rakan menggelarkan adiknya ‘hidung busuk’.
Luahan seorang wanita yang mengaku pernah membuli adiknya.
Tambahan pula si adik mempunyai masalah sinus yang teruk dan akan bersin setiap pagi.
Tidak berhenti begitu saja, dia kemudian berjumpa dengan kawan kelas adiknya dan menyatakan mulut si adik berbau busuk selain turut meminta supaya mereka tidak bercakap bersama bagi mengelakkan muntah.
Kadang kala saya ganggu dia dengan pasang lagu kuat-kuat supaya dia marah tapi sebaliknya, dia duduk dalam bilik atau pergi ke surau kampung.
KAKAK
“Pada masa tu, saya suka tengok dia menangis. Tiada siapa nak berkawan dengan adik, masa rehat pun dia sendirian… kalau orang datang, dia akan lari sebab takut diejek.
“Namun disebabkan dia pandai, cikgu menyukainya dan melantik dia menjadi ketua kelas, pengawas serta atlet,” tambahnya yang menyedari adik berubah sikap menjadi semakin pendiam.
Apabila berada di sekolah menengah, adiknya berjaya memasuki sekolah asrama penuh dan kembali bangkit disebabkan persekitaran serta kawan baharu.
Kesan yang dialami semasa kanak-kanak membuatkan dia enggan pulang ke rumah walaupun cuti persekolahan melainkan tiada sesiapa yang tinggal di asrama.
“Di rumah dia langsung tak bercakap dengan saya dan seolah-olah buat saya tidak wujud di matanya.
“Kadang kala saya ganggu dia dengan pasang lagu kuat-kuat supaya dia marah tapi sebaliknya, dia duduk dalam bilik atau pergi ke surau kampung,” ujarnya yang cuba menjernihkan hubungan persaudaraan mereka kembali.
Mengakui menyesal dengan tingkah lakunya masa kecil, dia turut meluahkan rasa sedih kerana adiknya tidak membenarkan dia menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan malah sosial media dan juga nombor telefon disekat.
Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting bagi mengelakkan konflik antara anak-anak berterusan.
Cara tangani
Keluarga merupakan pengaruh yang paling kuat dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang.
Memetik perkongsian daripada MyHealth, membina hubungan dengan ahli keluarga termasuk adik-beradik merupakan sebahagian daripada proses sosialisasi yang mana persekitaran keluarga yang baik dan hubungan positif antara ahli keluarga dapat meningkatkan harga diri, rasa selamat, keyakinan dan kemahiran bersosial dalam kalangan remaja.
Susulan pendedahan tersebut, mStar senaraikan peranan yang boleh dilakukan ibu bapa mahupun penjaga bagi memulihkan kembali konflik yang berlaku antara adik-beradik.
1. Bantu anak-anak menangani masalah seperti perbezaan pendapat, kemarahan, kekecewaan, penyesalan, iri hati, sedih, dan kecewa.
2. Fahami perasaan anak-anak dan dengar luahan mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak atau membuat penilaian.
3. Jangan libatkan diri dalam konflik anak-anak. Sebaliknya bimbing anak-anak mengatasi emosi atau masalah yang dihadapi.
4. Didik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran menangani kemarahan, cara menenangkan perasaan, berunding, menyelesaikan konflik dan lain-lain.
5. Tingkatkan keyakinkan anak-anak agar dapat menyelesaikan masalah dengan bijak.
Nama : Nizamra binti Masdar
Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Unit Pasca Siswazah, Pejabat Akademik
Fakulti Komputeran,
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru, Johor.
M | T | W | T | F | S | S |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |