Cendawan mampu kawal gula dalam darah, sesuai jadi diet pilihan pesakit diabetes!

Pesakit diabetes disaran mengambil cendawan dalam diet seharian kerana kelebihannya.
PENINGKATAN tahap keradangan dalam badan boleh mengganggu kesihatan termasuk penyakit kencing manis dan kardiovaskular.Ini kerana keradangan yang tidak normal dalam badan akan mengubah tindakan insulin, sekaligus menyebabkan seseorang itu berdepan dengan risiko penyakit berkenaan.

Disebabkan itulah, penting bagi individu untuk mendapatkan makanan yang mempunyai anti-radang dalam diet seharian dan yang paling sesuai adalah pengambilan cendawan.

Cendawan merupakan sayuran tanpa pati, kaya dengan serat larut yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

Manakala diabetes antara pengganggu kesihatan yang kronik kerana ia boleh menghalang tindak balas insulin dalam tubuh badan kita sekaligus menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah.

Cendawan vs Diabetes

Jabatan kesihatan di India mendedahkan, ‘cendawan tiram boleh memberi kesan dalam mengawal glisemik, kumpulan sebatian organik dan kualiti hidup’.

Di samping itu, satu kajian yang diterbitkan  dalam Journal of Functional Foods menyatakan, dengan mengambil cendawan butang putih setiap hari boleh bertindak sebagai prebiotik dengan meningkatkan komuniti mikro dalam usus, yang kemudiannya dapat memperbaiki peraturan glukosa dalam hati.

Cendawan boleh dimasak dalam pelbagai resepi.

Kajian secara konsisten mengaitkan sayur-sayuran bukan beralkali boleh menurunkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.

Ia berbeza dengan sayur-sayuran berkanji yang tinggi karbohidrat, sebaliknya cendawan adalah sayur-sayuran bukan berkanji dengan kadar karbohidrat sangat rendah.

Menurut Persatuan Diabetes Amerika Syarikat, kira-kira separuh daripada diet kencing manis perlu mengutamakan sayur-sayuran bukan berkanji iaitu cendawan.

Kelebihan cendawan

* Cendawan juga mempunyai indeks glisemik rendah yang bermakna ia mengandungi jumlah karbohidrat yang rendah yang tidak menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah berbanding dengan makanan karbohidrat yang tinggi seperti roti dan pasta.

* Ia juga membantu menurunkan berat badan,serta mengekalkan tahap gula dalam darah. Sebagai makanan rendah kalori yang mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi.

* Cendawan mengandungi vitamin A, vitamin C, dan vitamin K.

* Cendawan boleh mengurangkan jumlah kolesterol ‘buruk’ dalam badan anda.

Speak Your Mind

*