Archives for September 2020

Resepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard

puding roti dan sos kastard

Bahan-Bahan :

  • 6 keping roti Gardenia,
  • 2-3 biji telur,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan gula,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 sudu besar mentega,
  • Sedikit kismis/kurma yang dibuang biji dan dihiris halus,

Bahan-bahan Sos Kastard :

  • ½ tin susu cair,
  • ¼ susu pekat,
  • ¼ tin air (sukat guna tin susu cair),
  • ½ sudu kecil esen vanilla,
  • 2 sudu besar tepung kastard,
  • Secubit garam,
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka).

Cara Penyediaan Puding Roti/ Bakar @ Kukus :

  1. Mula-mula sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang.
  2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.
  3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
  4. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.
  5. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.
  6. Panaskan oven. Bakar pada suhu 45° C atau sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing.

Jika hendak guna pengukus pun boleh :

  1. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus.
  2. Kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan dulu baru potong dan tuang sos kastard.

Cara Penyediaan Sos Kastard :

  1. Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih.
  3. Letak sedikit pewarna kuning jika suka.
  4. Sejukkan.

Cara Menghidangkan :

  1. Potong puding roti ikut suka.
  2. Curah sos kastard di atasnya.
  3. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Pisang Kastard Sos Mudah

pisang kastard

Pisang kastard sos senang amat menyediakannya. Hanya dengan mencampurkan kesemua bahan maka jadilah ia. Paling sedap jika dimakan dengan pisang nangka. Rasa hidangan pencuci mulut ini manis dan segar kalau dihidangkan sejuk-sejuk jadi makin segar dan lazat rasanya.

Bahan-bahan :

  • Pisang,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan air,
  • 1 biji kuning telur,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar tepung kastard,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan kecuali pisang,
  2. Kemudian tapis bahan.
  3. Masak bahan dengan api perlahan hingga pekat sedikit.
  4. Bila ingin makan, siram sos pada pisang yang sudah dilenser dengan butter.
  5. Siap dihidangkan.

Resepi Pulut Mangga Thai Special

pulut mangga

Bahan-bahan Pulut Mangga :

  • 400 gram beras pulut direndam semalaman,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 cawan santan cair,
  • 2-3 sudu besar gula,
  • Sedikit garam,
  • Beberapa helai daun pandan atau daun pisang,
  • 2 sudu besar bijan dibakar tanpa minyak untuk taburan,
  • 3 biji mangga.

Bahan Untuk Kuah Santan :

  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung dibancuh dengan sedikit air,
  • 1 helai daun pandan dicarik dan simpul,
  • Garam secukup rasa (biar kuah agak masin).

Cara Membuat Pulut :

  1. Mula-mula panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Kemudian bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya
  3. Setelah kering airnya, masukkan pulut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  4. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  5. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
  6. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
  7. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
  8. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  9. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara Membuat Kuah Santan:

  1. Mula-mula panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  2. Kemudian masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  3. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Resepi Aiskrim Biskut Mangga

aiskrim biskut mangga

Bahan-bahan :

  • Mangga
  • Whipping cream
  • Susu pekat
  • Biskut

Cara-cara :

  1. Mula-mula potong dadu mangga. Ketepikan.
  2. Dalam bekas pukul whipping cream sampai kental.
  3. Tuang susu pekat dan kacau smpai sebati (tak perlu pukul).
  4. Susun biskut dalam bekas yang beralas plastik.
  5. Tuang sedkit campuran cream dan ratakan.
  6. Tabur potongan mangga.
  7. Susun lagi biskut di atasnya dan ulang semula step. Terpulang berapa layer yang nak dibuat.

Untuk Topping Atas (boleh pilih mana-mana ikut suka)

  1. Tabur potongan mangga pada lapisan cream yang terakhir dan terus bekukan. Atau,
  2. Masak serbuk puding mangga ikut arahan pada kotak. Biarkan sejuk tapi jangan sampai beku. Tuang rata di atasnya. Atau,
  3. Cairkn filling mangga (di kedai bakery ada jual) dan tuang atasnya.
  4. Simpan di tempat beku 4-5 jam sebelum dipotong (lagi elok seamalaman)

Resepi Seafood Tomyam Quiche

seafood tomyam quiche

Bahan Doh :

  • 220 g tepung gandum
  • 125 g mentega sejuk, didadu kecil
  • 1 camca besar gula aising
  • Garam secukup rasa
  • Satu biji telur, dipukul
  • 1 tsp mix herbs
  • Mould : ikut suka

Cara-cara :

  1. Campur semua buat macam kulit tart.
  2. Bakar suhu 160 ‘C hingga half bake.
  3. Keluarkan.

Bahan Inti :

  • Bawang besar didadu
  • Udang
  • Kiub tomyam

Cara Membuat Inti :

  1. Tumis bawang masukkan udang dan kiub tomyam.
  2. Perasakan dengan garam.
  3. Masak hingga udang masak ketepikan.
  4. Ambil 1 biji Telur dan 150ml whipping cream kacau rata.
  5. Amik pastry masukkan inti tadi.
  6. Kemudian tuang bahan nombor 4,  bakar hingga masak.

Resepi Air Asam Ikan Bakar (Sedap Hingga Menjilat Jari!)

resepi-air-asam-ikan-bakar

Bahan – bahan:

Bahan dikisar:

  • Cili api
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula
  • Air asam jawa

Bahan dipotong

  • Bawang merah besar
  • Tomato
  • Cili merah
  • Cili api hijau

Cara – cara penyediaannya:

  1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
  2. Kacau sebati bahan yang dikisar.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dipotong.
  4. Boleh perah limau untuk tambah rasa.
  5. Siap!

Resepi Dalgona Coffee (Resepi Viral Yang Patut Dicuba!)

dalgona coffee

Bahan – bahan:

  • 3 sudu besar Nescafe
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air panas
  • Susu segar
  • Ais

Cara – cara penyediaan:

  1. Masukkan nescafe, gula dan air panas. Pukul sehingga kembang.
  2. Didalam cawan lain, masukkan ais dan susu segar.
  3. Kemudian, masukkan dalgona coffee.
  4. Taburkan sedikit serbuk milo/nescafe di atas buih adunan coffee.
  5. Ambil gambar dan siap!
  6. Kacau sebelum minum ya.

Resepi Almond Cluster

Bahan-bahan :

  • Badam dipotong,
  • Coklat milk Beryls,
  • 1 sudu shortening(fungsi melambatkan proses pembekuan),

Cara-cara :

  1. Masak coklat dengan teknik double boil.
  2. Untuk kacang badam pula, boleh sangai tanpa minyak atau bakar dalam oven selama 5 minit pada suhu 230°C. Sebelum itu oven kena panaskan selama 15 minit.

Resepi Makaroni Cheese Ala Secret Recipe (Menyelerakan!)

Resepi Makaroni Cheese

makaroni cheese

Bahan – bahan masakan:

  • 1/2 ketul mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • Susu
  • Secubit garam
  • Keju mozzarella 1 1/2 cawan
  • Keju parmesan 1/2 cawam
  • Keju cheddar parut 1/2 ketul
  • Udang dan sotong mengikut kesukaan sendiri
  • Cendawan butang
  • Serbuk dan rempah
  • Serbuk oregano kering
  • Serbuk parsley kering
  • Serbuk rosemary kering
  • Lada hitam
  • Serbuk bawang putih

Cara – cara masakan:

Sos bechamel (Sos putih):

  1. Panas dan cairkan mentega
  2. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau. Pastikan tepung tiada berserbuk lagi.
  3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit, jangan berhenti mengacau.
  4. Apabila tiada lagi yang berketul, masukkan semua keju dan kacau sehingga keju cair. Sekiranya sos kelihatan pekat, bolehlah diambahkan sahaja susu.
  5. Masukkan cendawan butang, udang dan sotong. Kalau taknak seafood, boleh juga letakkan hirisan daging.
  6. Akhir sekali, masukkan segala serbuk dan adjustkan rasa mengikut selera anda.

Masukkan sos putih kedalam makaroni yang sudah direbus. Gaul sehingga sebati. Siap!

makaroni cheese

Resepi Mashed Potato (Sesuai buat Seisi Keluarga!)

Resepi Mashed Potato

mashed potato
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk kentang lenyek:

  • 3 biji kentang
  • 5 sdb susu segar @ full cream
  • 1 sdb butter
  • Serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • Oregano flakes (optional)

Bahan – bahan untuk sos gravy:

  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bwg putih (dipotong dadu)
  • 2 sdb butter
  • 2 sdb tepung gandum @ jagung
  • 1 kiub ayam
  • 1sdb sos tiram
  • 1sdb kicap manis
  • Serbuk lada hitam dan sulah
  • 1/2 cawan air

Cara – cara memasak:

Kentang lenyek:

  1. Kentang direbus bersama air sehingga kentang tenggelam. Sebelum itu, cucukkan kentang itu supaya cepat empuk. Potong kecil supya cepat empuk, terpulang kepada anda.
  2. Rebus sehingga 20 minit, kemudian angkat dan toskan.
  3. Masukkan butter kedalam kentang dan lenyekkan.
  4. Masukkan oregano flakes, lada sulah dan lada hitam mengikut kepada citarasa anda.
  5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit. (Nota: Fungsi susu adalah untuk melembutkan mashed potato)
  6. Lenyek sehingga sekata.
  7. Siap!

Sos gravy:

  1. Cairkan butter didalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkannya ianya caramelized.
  2. Masukkan tepung gandum dan tumis sehingga tepung kecoklatan.
  3. Apabila anda masukkan tepung, ianya akan menjadi pekat. Jadi, masukkan air dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap manis dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukupnya.
  5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  6. Kacau sehingga rata dan tutup api.
  7. Sos ini akan berketul jadi kisarkan ia sehingga tidak berketul. (Nota: Pastikan anda kisar semasa suam dan bukannya semasa panas!)
  8. Masukkan dalam periuk sos tadi dan kacau semula.
  9. Siap!