Archives for November 2021

Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

bakso resipi asli

Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Kadang-kadang muncul rasa bosan asyik makan nasi saja kan. Apa kata harini masak special sikit iaitu bakso resipi asli daripada indonesia.

Resipi di bawah telah dikongsikan orang warganegara Indonesia sendiri, Indiri Alvirra Alvisya di laman sosial Facebook.

Kalau nak tahu macam mana rasa bakso seperti di Indonesia, jom cuba masak nanti menggunakan resipi ini. Semoga bermanfaat!

CARA MASAK BAKSO RESIPI ASLI INDONESIA

1) RESIPI BAKSO (BEBOLA DAGING)

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu kisar
  • 1sdk baking powder
  • 2 sdk garam
  • 90ml air sejuk (air peti ye)
  • 1 biji putih telur
  • 5 sdb tepung ubi
  • 2 ulas bawang putih titumbuk

Cara-cara:

  1. Gunakan mangkuk besar, satukan tepung ubi dan baking powder. Ketepikan.
  2. Kisar halus daging lembu kisar bersama sedikit air.
  3. Daging halus tadi letakkan bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam. Uli sehingga sebati.
  4. Bila dah siap uli, campurkan dengan bahan tepung ubi dan baking powder tadi. Uli lagi sampai sebati.
  5. Simpan dalam bekas dan tutup dengan plastik, masukkan dalam peti ais selama 3o minit.
  6. Bila doh dah sejuk sikit, cubit sedikit dan bentukkan bulat bakso. Kemudian rebus seketika.
  7. Bila bakso dah terapung, maknya bakso dah masak.

2) RESIPI KUAH BAKSO

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 sdk serbuk lada putih
  • 3 sdb garam
  • 2 liter air
  • 2 batang daun bawang
  • 500 grm tulang daging lembu

Cara-cara:

  1. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu. Biar dalam 30 minit.
  2. Kemudian masukkan bawang putih yang sudah dihaluskan.
  3. Masukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.
bakso resipi asli

3) RESIPI SAMBAL BAKSO

Bahan-bahan:

  • 1 paket cili padi
  • Lada kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula

Cara-cara:

  1. Cili padi direbus bersama lada kering. Kemudian kisar bersama bawang putih.
  2. Rebus bahan kisar tadi, masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.
  3. Tunggu sehingga mendidih dan siap!
  4. Sedia untuk dimakan bersama mee kuning atau mihun. Selamat mencuba!
bakso resipi asli

Kredit: Indri Alvirra Alvisya

Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan

tomyam putih versi Thailand

Asyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba buat tomyam putih versi Thailand ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan nasi. Semangkuk confirm tak cukup kalau macam ni.

Jom lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Puan Ameera di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Resipi Tomyam Putih Versi Thailand

Cara-cara membuat tomyam putih:

1. Masukkan air ke dalam periuk mengikut sukatan yang diingini.

2. Bila air dah menggelegak, masukkan lengkuas.

3. Masukkan 2 batang serai yang dititikkan.

4. Masukkan 1 biji bawang besar yang sudah dipotong.

5. Masukkan juga 3 ulas bawang putih yang sudah dihiris.

6. Kiub ayam 2.

7. Masukkan ayam, nak guna sotong atau udang pun boleh.

8. Masukkan cili padi yang dibelah dua.

9. Daun limau purut, kena buang urat tengah nanti pahit.

10. Seterusnya masukkan sayur-sayuran pilihan masing-masing.

11. 1 biji tomato.

12. Perahkan 1 biji limau nipis.

13. Tuangkan sos ikan dalam 2 sudu makan.

14. Jus limau 1 sudu makan.

tomyam putih versi Thailand

15. Hiaskan dengan bawang holland.

16. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

tomyam putih versi Thailand

17. Taburkan daun ketumbar.

tomyam putih versi Thailand

18. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

tomyam putih versi Thailand

Kredit: Ameera

Jom Cuba Resipi Nasi Goreng Tanpa Nama Dari TikTok, Takkan Menyesal Sebab Sedap!

nasi goreng tanpa nama

Jika anda merupakan pengguna TikTok, pasti banyak terjumpa pelbagai resipi mudah yang dikongsikan oleh pengguna lain. Salah satu resipi viral iaitu resipi nasi goreng tanpa nama yang telah dikongsikan semula oleh saudari Har Ryea di laman sosial Facebook.

Menurutnya, resipi tersebut diperoleh dari TikTok yang tidak tahu namanya. Siap add on sotong, rupanya rasa jadi makin sedap! Jom lah cuba, mana tahu kena dengan selera.

Resipi Nasi Goreng Tanpa Nama Dari TikTok

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada merah
  • Sedikit cili padi hijau
  • Ikan bilis
  • Telur
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Serbuk kunyit
  • Sotong
  • Nasi

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.

2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan,

3. Guna minyak tadi, masukkan telur. Bila dah masak sikit, hancurkan telur tu. Ketepikan.

4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.

5. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit serbuk kunyit.

nasi goreng tanpa nama

6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya. Gaul rata semua bahan.

nasi goreng tanpa nama

7. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap. Siap.

Selamat mencuba!

nasi goreng tanpa nama

Kredit: Har Ryea

Buat Sendiri Scone Guna 3 Bahan Je, Tak Perlu Ke Cameron Highland Semata Nak Makan Ni

scone guna 3 bahan

Resipi scone guna 3 bahan, mudah saja nak buat rupanya. Tak perlu susah-susah pergi Cameron Highlands semata untuk makan ni.

Katanya pengunjung sekarang boleh tahan ramai dan sesak. Orang ramai mengambil peluang untuk melancong setelah sekian lama pergerakan rentas negeri disekat.

Sementara tunggu masa sesuai untuk ke sana, bolehlah cuba buat sendiri dulu kat rumah ya. Selamat mencuba!

Resipi Scone Guna 3 Bahan

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan butter (lebih kurang 130g)

Cara-cara:

1. Ayakkan tepung untuk dapatkan tekstur gebu. Masukkan butter dan gaul kedua-dua bahan ini sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Tuangkan secawan susu segar. Gaul perlahan-lahan, tak perlu uli. Kalau suka manis boleh tambahkan gula, esen vanilla dan garam.

3. Bila dah sebati, penyek-penyekkan sedikit menggunakan tangan.

4. Rehatkan doh selama 10 minit.

5. Alaskan baking paper atas dulang pembakar. (kalau tak ada, sapu saja guna butter sikit)

6. Leperkan doh (tak perlu guna roller) dan tekup bulat-bulat.

7. Susun atas dulang pembakar.

8. Kalau nak permukaan scone nampak garing, satukan telur dengan sedikit air dan sapu atas scone.

scone guna 3 bahan

9. Bakar dalam oven pada 250°C selama 15 minit bergantung pada oven masing-masing. Kalau tak suka garing, kurangkan sikit suhu dan masa.

10. Bila dah masak, sejukkan dahulu.

11. Belah dua.

scone guna 3 bahan

12. Sapu dengan strawberry jem, dengan whipped cream pun boleh. Sedia untuk dimakan, selamat mencuba!

scone guna 3 bahan

Kredit: Mell Abdul Rahman

Resepi Donut Ball 2 Bahan Tak Payah Uli. Simple & Gebu Sangat!

RESEPI DONUT BALL MUDAH DAN GEBU, CUMA GUNA 2 BAHAN JE

Mesti ramai antara kita suka makan donut tapi malas nak menguli dan tunggu adunan tu naik semua kan?

Sebagai alternatif, anda boleh cuba buat donut ball yang sangat mudah ni. 

Cuma guna 2 bahan saja tau!

Jom tengok resepi donut ball yang dikongsikan oleh Reha Rahma di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

RESEPI DONUT BALL 2 BAHAN 

Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali!

Inspirasi resepi ni dapat dari Facebook juga.

Alhamdulillah menjadi gebu dan lembut. Sedap sangat!

Bolehlah cuba ya.


Bahan-bahan

1) Yogurt perisa asli 1 cup (130g)
2) Tepung naik sendiri 3/4 cawan

Gandakan sukatan jika nak masak lebih.

Cara-caranya ada di setiap gambar di bawah.

Cara-cara

LANGKAH 1

Sediakan 2 bahan ni.

Saya guna 3/4 cawan tepung naik sendiri dan 1 cup yogurt asli 130g.

LANGKAH 2

Campurkan dua bahan tadi 

resepi donut ball

LANGKAH 3

Macam ni jadinya tekstur adunan tu.

LANGKAH 4

Masukkan dalam piping bag macam dalam gambar ni.

Kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan saja.

LANGKAH 5

Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu.

Masukkan seketul demi seketul ke dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.

Boleh angkat bila dah nampak warna keperangan.

Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak.

(Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu).

LANGKAH 6

Akhir sekali golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi.

Guna gula aising pun bole.

Macam nilah kejadiannya nanti.

Inilah rupa tekstur dekat dalam tu.

Baca juga: Teknik Salut Tepung Untuk Dapatkan Ayam Goreng Extra Crunchy, Kulit Keriting!

Kelembutan dan kegebuannya memang puas hati!

Simple sangat nak buat donut ball ni kan?

TUKAR YOGURT DENGAN SUSU SEGAR PUN JADI!

Rata-rata ramai yang suka dan teruja nak cuba resepi baru ni. 

Malah, ada juga yang berkongsi bahawa mereka dah cuba tukar yogurt dengan susu segar. Tetap menjadi elok je.

Yelah, mana tahu tak ada yogurt dekat rumah kan.. Bolehlah cuba guna susu juga.

Cuma guna 2 bahan je…. Insha Allah menjadi elok je tanpa tambah bahan lain dah.

Selamat mencuba.

(Kredit resepi & gambar asal: Reha Rahma)

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Viral, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!

“Raya dah nak dekat! Biskut raya apa nak buat cepat ni?”

RESEPI BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS

Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.

BAHAN-BAHAN

“Raya dah nak dekat! Biskut raya apa nak buat cepat ni?”https://b8a025421b7d1c15c10088304decbf1d.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Sedar tak sedar Ramadhan hampir melabuhkan tirai dan Syawal bakal menjelma. Walaupun suasana sambutan Aidilfitri kali ini agak berbeza dari yang lepas, aktiviti membuat kuih raya tidak ditinggalkan. Bagi anda yang merupakan penggemar kuih raya pasti tidak terlepas menjamah biskut cornflakes kan? Jadi, apa kata kali ini anda ubah sedikit resepi biskut cornflakes tersebut menjadi lebih crunchy bersama chocolate chips. Mesti laku keras!

RESEPI BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS

Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak

BAHAN-BAHAN

250g buttercup atau boleh guna planta

1 cawan gula aicing

1 sudu kecil esen vanila

3/4 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)

Chocolate chips

Chocolate rice (optional)

Almond cincang (optional)

CARA-CARA

• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba!

Ibu Ini Kongsi 5 Resipi Kuih Raya Popular Diberi Sentuhan Moden Guna OREO, Anda Wajib Cuba!

Kuih raya memang menjadi satu kewajipan bila tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kalau tiada kuih raya atas meja untuk dijamu tetamu, tidak sah dan lengkap rasanya sambutan Aidilfitri.

Namun, bosan juga sekiranya kita jamah kuih raya yang sama tiap tahun kan? Kalau boleh, beri sedikit kelainan kepada kuih raya anda walaupun tahun ini kita digalakkan untuk menyambut Aidilfitri secara sederhana.

Seorang ibu, Yaya Bazli ada berkongsi 5 resipi menarik dan mudah untuk dicuba Aidilfitri kali ini. Cuma menggunakan bahan mudah iaitu OREO, kuih raya anda tahun ini akan rasa luar biasa! Jom kita cuba?

1. CORNFLAKES MADU DENGAN OREO DALAM CAWAN

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Resipi untuk: 40 keping

Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega
1/2 cawan Madu CED
85 gram (g) Golden atau Original OREO Cookies, dihancurkan
2 1/2 cawan KELLOGG’S Kurma & Madu Corn Flakes

Untuk hiasan:
50g kurma, tiada biji dan dipotong kecil
20g Golden atau Original OREO Cookies, dihancur kasar

Cara penyediaan:
1. Cairkan mentega dan madu CED di dalam mangkuk besar. Masukkan Golden atau Original OREO Cookies dan KELLOGG’S Kurma & Madu Corn Flakes. Gaul sekata.
2. Masukkan campuran ke dalam cawan kertas berwarna-warni.
3. Taburkan kurma dan Golden atau Original OREO Cookies.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.

2. BISKUT RAYA DENGAN MINI OREO

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Resipi untuk: 30 keping

Bahan-bahan:
80g mentega tanpa garam
55g gula perang
25g gula
1/2 sudu kecil garam
5g kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
90g tepung, diayak
13g serbuk koko, diayak
1/4 sudu kecil serbuk penaik
70g coklat rice

Untuk hiasan:
Mini OREO Cookies
KELLOGG’S Corn Flakes, hancur kasar

Cara penyediaan:
1. Putar mentega, gula perang dan gula. Masukkan garam, kuning telur dan esen vanila. Gaulkan hingga sebati.
2. Seterusnya, kaup dalam tepung, serbuk koko dan serbuk penaik. Jangan terlebih kaup.
3. Gaulkan coklat rice bersama campuran doh.
4. Bentukkan biskut dan letakkan Mini OREO Cookies dibahagian tengah biskut dan taburkan KELLOGG’S Corn Flakes di sekelilingnya.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 12-15 minit.

3. KUIH KAPIT DENGAN OREO

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Resipi untuk: 25 keping

Bahan-bahan:
125g tepung, diayak
2 sudu besar tepung ubi, diayak
150g gula ising
240g telur, pukul lembut
250g santan kelapa
100g OREO Crumbs atau Original OREO Cookies, hancur halus
Garam

Cara penyediaan:
1. Pukul semua bahan sehingga gula larut. Tapiskan.
2. Panaskan mesin acuan kuih kapit.
3. Taburkan OREO Crumbs atau Original OREO Cookies yang telah dihancurkan atas acuan. Kemudian, tuangkan bancuhan di bahagian tengah acuan dan kapitkan acuan segera.
4. Alihkan kuih kapit dari mesin acuan kuih kapit setelah lampu terpadam. Lipatkan kepada separa bulat kemudian tiga segi sementara masih panas.
5. Apabila kuih telah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

4. BISKUT KETUPAT DENGAN OREO

Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 15 minit
Resipi untuk: 25 keping

Bahan A:
220g mentega
100g gula ising
2 biji telur
120g tepung, diayak
120g Golden OREO Cookies, hancur halus
120g tepung jagung, diayak
28g kacang badam kisar

Bahan B:
220g mentega
100g gula ising
2 biji telur
100g tepung, diayak
20g serbuk koko, diayak
120g Original OREO Cookies, hancur kasar
120g tepung jagung, diayak
28g kacang badam kisar

Untuk menghasilkan:
Putih telur

Cara penyediaan:
1. Untuk bahan A, pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur dan campur sebati. Masukkan bahagian selebihnya dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.
2. Untuk bahan B, lakukan proses sama seperti bahan A dan ketepikan.
3. Leperkan setiap doh di atas permukaan yang bertepung kepada 5 inci petak.
4. Jadikan 2 set 3 lapisan doh. Untuk lapisan pertama, mulakan dengan doh Golden OREO Cookies, doh Original OREO Cookies dan doh Golden OREO Cookies. Untuk lapisan kedua, tindih di atas lapisan pertama mulai dengan Original OREO Cookies, doh Golden OREO Cookies dan Original OREO Cookies. Untuk lapisan ketiga, tindih di atas lapisan kedua mulakan dengan doh Golden OREO Cookies, Original OREO Cookies dan Golden OREO Cookies.
5. Untuk membuatkan setiap doh melekat di antara satu sama lain, beruskan sedikit putih telur.
6. Balutkan doh dengan plastik pembalut makanan dan sejukkan selama 20 minit.
7. Potongkan doh kepada 1/4 inci tebal dan susunkan di dalam dulang pembakar.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 10-15 minit.

5. ALMOND LONDON DENGAN OREO DAN CADBURY

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 5 minit
Resipi untuk: 20 keping

Bahan-bahan:
120g Mini OREO Cookies, hancur halus
65g mentega
20 biji kacang badam, dipanggang
150g CADBURY DAIRY MILK Chocolate Neaps

Untuk hiasan:
Badam biji, dipanggang

Cara penyediaan:
1. Cairkan mentega dan alih dari api.
2. Campurkan Mini OREO Cookies. Ambil sedikit dari doh Mini OREO dan balutkan 1 biji kacang badam. Ulang proses dengan baki doh dan kacang badam.
3. Cairkan CADBURY DAIRY MILK Chocolate Neaps dalam ketuhar gelombang mikro selama 1-2 minit.
4. Celupkan biskut badam ke dalam CADBURY DAIRY MILK Chocolate Neaps dan pindahkan ke dalam cawan kertas mini.
5. Kemudian, taburkan biji badam di bahagian atas biskut.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

KUIH RAYA LEBIH ENAK JIKA DIHASILKAN DENGAN GOLDEN OREO

Menarik dan nampak mudah resipi yang dikongsikan Yaya Bazli menggunakan OREO ni kan? Tapi, lagi sedap kalau anda cuba guna OREO perisa edisi terhad, GOLDEN OREO yang hanya boleh didapati pada bulan Mei sahaja.

Malah, perisa GOLDEN OREO juga boleh ditambah dalam pelbagai lagi resipi menarik. Nak tahu resipi apa? Semuanya ada dalam buku e-recipe dari OREO, muat turun sekarang di SINI.

Pastikan Aidilfitri tahun ini anda cuba kesemua resipi yang ada dalam buku e-recipe OREO tau. Barulah terasa kehangatan raya yang sebenar! Jangan lupa juga untuk kongsikan hasilnya di akaun media sosial masing-masing.

Selamat mencuba!

Resepi Choco Rich Ball Tanpa Bakar Untuk Raya, Senang Je!

Choco Rich Ball merupakan antara kuih raya yang menjadi viral untuk tahun 2021.

Pembuatan kuih raya ini juga adalah mudah kerana anda tidak memerlukan pembakar atau oven untuk menyiapkannya.

Jadi, jom kita tengok resepi Choco Rich Ball ini supaya boleh dijadikan kuih untuk sambutan Aidilfitri nanti. Senang je!

RESEPI CHOCO RICH BALL TANPA BAKAR UNTUK RAYA

choco rich ball

Resepi yang sangat sangat sedap. Kaya dengan rasa dark chocolate. Kejap ja hampa habis ni kalau buat untuk anak anak…resepi ni takde inspired by. Memang hasil cipta dari saya sendiri. JOM BUAT!

Satu adunan dapat lebih kurang 60 pcs cookies MINI paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.

BAHAN-BAHAN

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

1. Butter : 250 gram
2. Chocolate compound ( Dark Chocolate): 325 gram
3. Serbuk koko : 120 gram
4. Susu Pekat : 100 gram
5. Biskut Marie : 300 gram
6. Mini cookies paper cup macam dalam gambar

BAHAGIAN TOPPING

1. Chocolate compund (Dark chocolate) : 500 gram
2. 4 sudu kecil minyak masak

CARA – CARA

choco rich ball

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

1. Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave. Kalau double boil. Masukan sekali butter & chocolate tu. Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan2 susu pekat n serbuk koko ..panas2 tu kacau sampai sebati. Microwave pun sama. Dh cair butter n cholate tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.

2. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal2 sebelum step pertama tadi.

3. Masukkan biskut yang dihancurkan kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.

4. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sbb dia akam crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil2 dan masukan dalam mini paper cup tadi.

5. Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yg belum digunakan.

6. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.

7. Setkan ke dalam peti selama 10 minit.

BAHAGIAN TOPPING

resepi choco rich ball

1. Cairkan 500 gram dark chocolate.

2. Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.

4. Hias ikut kreativiti anda.

5. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh diandah tak melekit. ( Tak perlu letak dalam peti ais)

6. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Mmg sedap..Serius tak tipu.

Selamat Mencuba!

Sumber: Muhammad Ali

kredit siraplimau.com

Guna Satu Je Bancuhan Tepung Yang Sama Boleh Dapat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos!

“Alamak, sempat lagi tak nak buat kuih raya ni?”

Biskut raya atau kuih raya sudah pastinya antara hidangan yang wajib ada di setiap rumah apabila tibanya Hari Raya. Namun, buat anda yang masih belum siapkan kuih raya tersebut, apa kata anda cuba buat resepi 3 jenis cookies dalam satu bancuhan tepung yang sama. Lagi cepat dan memang macam biskut Famous Amos!

RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Nak cakap terima kasih kepada semua yang sudi share resepi cookies yang sedap ni… Saya try buat 3 jenis cookies dengan pakai bancuhan tepung yang sama..alhamdulillah menjadi.

(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)

Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.

* 250 gram Butter

* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)

* 1 sudu kecil esen vanila

* 1 biji telur (kalau gred b pakai 2 biji)

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Tambahkan Bahan B

* 2 1/2 cawan tepung gandum

* 1/2 cawan tepung jagung

* 1 sudu kecil baking powder

* 1 sudu kecil soda bikarbonat

* 6 sudu besar minyak

Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..

1) RED VELVET COOKIES

-letak 2 sudu serbuk koko

-letak pewarna merah (letak sampai warna jadi cantik)

-untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..)

2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES

-yg just tambahkan topping dia ja callebaut dark choc coin tu dengan nestum..

3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES

-letak serbuk koko dalam 4 sudu

-letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok)

Seterusnya….

4) SEJUKKAN ADUNAN

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian….

5) SEDIA DIBAKAR

Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

6)MASUKKAN DALAM OVEN

Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba.

Sumber: Nadirah Mahamad

kredit kepada siraplimau.com

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Paling Simple Tapi ‘Power’. Tak Ada Pengukus, Kuali Pun Boleh

Resepi siakap stim limau ni memang mudah disediakan, orang bujang pun confirm boleh buat.l

Ia adalah salah satu hidangan yang sangat terkenal di negara jiran kita, Thailand.

Selain rasa dan baunya yang menyelerakan, ia juga sihat sebab tak menggunakan setitik minyak pun tau!

Jadi, jom kita cuba resepi siakap stim limau ala Thai yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.

Jangan risau kalau tak ada pengukus, boleh je masak guna kuali macam cara yang ditunjukkan nanti.

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI SIMPLE & POWER!

Ikan siakap stim ni memang special sebab ikan siakap tu saja dah sedap.

Kadang-kadang orang buat siakap stim halia, siakap stim limau atau siakap stim lemon, bergantung pada selera dan bahan yang kita ada.

Hari ni saya kongsikan resepi siakap stim simple ala Thai yang mudah.

BAHAN-BAHAN

  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis
  • 1 batang serai
  • 5 hirisan halia
  • 3 tangkai cili kecil merah
  • 3 tangkai cili kecil hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang daun ketumbar
  • Setengah kiub pati ayam
  • Sos ikan
Resepi siakap stim simple

CARA-CARA

1. KUKUS IKAN

Mula-mula, kukus ikan mengikut langkah ini:

  • Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
  • Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  • Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

2. MASAK KUAHNYA

Dalam sebuah periuk lain, kita masak pula kuahnya.

Caranya seperti di bawah:

  • Cincang bawang putih secara kasar
  • Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
Resepi siakap stim limau
  • Padamkan api kuali dan langsung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
  • Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
  • Kacau kuah sehingga sebati.

3. KUKUS IKAN BERSAMA KUAH

Bila kuah dan ikan dan masak, tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit supaya kuah, bahan-bahan masakan dan perasa meresap dan sebati dengan ikan siakap.

Siap dan sedia dihidang.

*Nota: Bagi yang tak ada pengukus, boleh juga gunakan kuali untuk mengukus. 

CARA KUKUS GUNA KUALI

Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak kukus guna kuali.

Ini saya kongsikan cara saya kukus guna kuali.

1. Mula-mula letak air dalam kuali, kemudian letak mangkuk kaca berisi air di dalamnya.

cara kukus kuali

2. Kemudian isi pinggan besi yang nak letak ikan stim nanti.

3. Lepas tu guna penutup yang muat dengan kuali tu.

Kalau nak guna mangkuk kecil pun boleh.

Simple kan?

SIHAT, MUDAH & SEDAP

Sekejap je dah resepi siakap stim kita ni.

Ada yang nak lagi senang, terus masukkan semua bahan bersama macam masak ikan singgang, cuma ditutup periuknya. Boleh juga ikut kreativiti, bahan yang ada dan selera masing-masing.

Dekat rumah pun boleh makan ala restoran Thai. Taklah susah mana kan?

Lagi jimat dan puas hati buat sendiri. Rugi tak cuba tau!