Sesekali teringin pulak nak makan macam dekat kedai ala Thai tu kan. Sejak-sejak musim PKP ni memang dah lama tak makan kat luar… So, apa kata cuba resepi ikan siakap sweet sour ni.
Memang simple sangat dan confirm kejap je siap.
Hasilnya pun nampak sangat menyelerakan!
Sesekali teringin pulak nak makan macam dekat kedai ala Thai tu kan. Sejak-sejak musim PKP ni memang dah lama tak makan kat luar… So, apa kata cuba resepi ikan siakap sweet sour ni.https://18990391ba955ec93181e1bd1ade8e80.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
Memang simple sangat dan confirm kejap je siap.
Hasilnya pun nampak sangat menyelerakan!
Tak nak buang masa lagi, jom kita tengok resepi siakap sweet sour oleh Nor Hairiyah Hassim ni.
Mesti terliur dan terus nak cuba.
RESEPI SIAKAP SWEET SOUR PALING SIMPLE & SEDAP
Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan untuk membuat resepi siakap sweet sour ni.
BAHAN-BAHAN
- 5 sudu besar sos Thai
- 5 sudu besar sos cili biasa
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 6 biji cili
- Daun ketumbar (untuk ditabur)
- Timun – dipotong dadu
- Tomato – dipotong dadu
- Nanas (jika suka) – dipotong dadu
- Ikan siakap
CARA-CARA
1. GORENG IKAN
Mula-mula, kita nak goreng ikan siakap ni dulu.
Macam biasa, lepas siang ikan tu, kita salutkan dengan garam sikit dan bedakkan dengan tepung jagung.
Fungsinya supaya ikan yang digoreng ni garing di luar, lembut dan juicy di dalam!
Bila dah masak sekata, angkat, toskan dan ketepikan dulu sementara kita buat kuah sweet sour tu.
2. TUMIS
Untuk buat kuahnya, pertama sekali hiris bawang putih, bawang besar dan cili.
Kemudian, panas sedikit minyak dalam kuali dan tumis hingga naik bau.
3. MASUKKAN SOS & BAHAN LAIN
Lepas tu masukkan je sos cili dan sos Thai.
Kemudian tuangkan je bahan-bahan lain ke dalam kuali.
Dah tak perlu garam atau gula sebab sos yang digunakan tu dah cukup rasa semua.
Masak hingga sebati.
4. CURAHKAN ATAS IKAN
Akhir sekali, kita curahkanlah kuah tu dekat atas ikan siakap yang dah digoreng tadi.
Siap!
Haa… Memang mudah sangat dan kejap je nak buat kan?
Bolehlah kita hidangkan dengan telur dadar atau salad.
Makan dengan nasi putih, confirm bertambah ni.
SELAMAT MENCUBA
Simple je nak buat, tapi hasilnya dah macam makan dekat restoran.
Memang jimat dan sesuai sangat untuk seisi keluarga.
So lepas ni bolehlah pergi cari bahan dan cuba resepi ikan siakap sweet sour ni dekat rumah ok!
kredit siraplimau.com