Archives for November 2021

Kempen simpanan emas

Jika mahu kaya, anda kena kumpul aset.
Lawan kepada kumpul aset adalah kumpul hutang.

Kumpul aset = meningkatkan kekayaan anda.

Terdapat 5 kelas aset yang boleh anda kumpulkan iaitu:

1. Tunai/matawang
2. Ekuiti
3. Aset yang menjana pendapatan tetap
4. Hartanah
5. Komoditi

Orang Barat melabelkan emas sebagai aset komoditi, namun sebagai orang Islam, emas boleh dilabelkan sebagai matawang komoditi..

Matawang komoditi adalah matawang yang mempunyai nilai atas dirinya sendiri.

Untuk mudah faham.

Emas tidak perlu dengan dicetak dengan sebarang nilai. Kerana berat emas sendiri memberikan ia nilai.

Kertas pula tiada nilai.


Manusia terpaksa cetak nilai keatasnya.
Barulah ia boleh diterima pakai.

Bila anda faham kelas-kelas aset maka anda kumpullah ia.

Dalam jangka masa panjang. Ia akan membina kekayaan untuk anda.

Keputusan ditangan kita masing² untuk menilai.?

Emas semakin popular

Tahukah anda, emas semakin popular dalam kalangan masyarakat dek kerana emas adalah logam berharga, dikenali dan laku seluruh dunia.

Emas bukan sahaja untuk perhiasan, diwarisi atau lambang kekayaan tapi kini emas juga digunakan sebagai pelaburan, dana kecemasan, dan mengelak kebocoran wang mahupun kejatuhan nilai mata wang.

JADI APA LAGI

?

Jom kita lengkapkan MATLAMAT untuk. SIMPANAN MASA DEPAN kita.

Dapat faham sesuatu

?

Kami bantu kongsikan ilmu

☺️

Harga lantai umrah

Pada tahun 2016, harga 1 dinar emas adalah sekitar RM750 sekeping atau RM170 segram. Pada waktu itu, harga lantai untuk mengerjakan umrah adalah RM4,900 atau lebih kurang 6 dinar atau sekitar 29 gram emas.

Hari ini, harga lantai kos mengerjakan umrah adalah RM6,900. Untuk pengetahuan, harga 1 dinar hari ini adalah sekitar RM1,100 sekeping. Dengan 6 dinar atau 29 gram emas masih mampu mengerjakan umrah tanpa tambahan sebarang duit, malah ada baki tunai lagi.

Dan percayalah, dengan 6 dinar ini, 10 tahun lagi pun masih mampu mengerjakan umrah. Simpan emas untuk capai matlamat kita mengerjakan umrah atau haji. Target simpanan kita dalam bentuk emas, ia tidak dimakan inflasi. Target sekurangnya 3 dinar setahun, dalam masa 2 tahun dah boleh mengerjakan umrah.

TAKUT.

Ade orang takut simpan emas… nak jawab apa ya?

Ok, omputih kata………..
Buat sesuatu yg anda takuti,
Anda mesti akan terkejut hasilnya!

Pada mulanya saya takut juga nak simpan emas takut nanti akan mengurangkan duit simpanan saya. Tapi bila dah mula baru saya faham emas bukan mengurangkan simpanan saya.. Malah boleh menggandakan simpanan jangka panjang saya. Jadi saya dah lega sikit kerana saya sudah buat sesuatu yang bijak sebelum harga emas naik terlalu tinggi.

Tapi sebenarnya.. saya lagi takut dgn satu makhluk iaitu “DIRI SAYA SENDIRI” simpan duit bukannya macam simpan emas.
Ada duit dalam handbag, nampak je nak pakai.
Ada dlm bank, nampak sale je nak belanja online shopping..
Simpan dalam tabung, gatal je nak mengorek.

Tak boleh nmpak duit banyak sikit.. Ada je nak belanja.
Nak simpan kat bank, tak sempat sampai rm100ribu, ada je nak pakai beli tu beli ni.. Last2 tak nampak mana pegi duit yang dibelanjakan tu..
… bila la nk kaya kalau camni kan…huhu 

?
?

Jom kwn2, tukarkan sedikit simpanan kita kpd emas.. Kalau simpan emas.. Terjamin sikit duit harta kita dari terus dibelanja.. Ada la juga jaminan masa depan yg cerah.. Simpan emas tak akan rugi malah menggandakan lagi aset kita.. Tak percaya? Cuba simpan sikit.. Tggu 2-3 tahun lagi.. Tengok nilainya..

Ingat, umat islam harus kaya..
Org melayu mesti kumpul harta!

??? ???????? ?????

Mungkin ada yang tertanya apa ke seronoknya simpan emas ni.

Saya perjelaskan untuk pengetahuan semua berdasarkan ilmu cetek saya

☺️

∙ ????? ???????? ????? ?????a ???????
– Emas terus bernilai walaupun zaman telah berubah. Ia tiada sempadan dan masa. Sejak zaman firaun emas dipandang bernilai.

∙ ????? ????????? ?????? ?????
– Simpan emas ia tidak beku begitu saja. Ia mudah untuk dapatkan tunai bila-bila masa. Nak guna tunai samada jual atau pajak.

• ???? ????? ??? ????? ?????
– Emas aset yang mudah dimiliki bagi semua golongan. Boleh dibeli dari serendah 0.25gram.

∙ ???? ????? ????
– Aset bentuk emas mudah dibawa kemana saja tak macam rumah atau tanah. Bila berlakunya keadaan huru-hara emas boleh dibawa lari, rumah tanah tinggal je.

∙ ???? ?????? ??? ??? ????? ????
– aset kewangan yang tiada dalam mana-mana sistem kewangan adalah emas. Jadi siapa simpan emas, sapa pun tak tahu melainkan kita yang bagi tahu. ????? ???????? ?????? ????.

Dapat faham sesuatu

?

TAK ADA DUIT SUSAH TAK ADA PAHALA PAYAH

Bagi yang masih tercari-cari nak buat simpanan apa tahun ini, anda boleh mula dengan buat simpanan kecemasan dulu.

Kata pakar kewangan, minimum simpanan kecemasan adalah 3 bulan gaji.

Andai kata gaji kita RM3,000, jadi simpanan kecemasan kita sepatutnya RM9,000.

Inilah kita guna kalau ada perkara cemas berlaku tanpa kita duga.

Contoh tiba-tiba kita sakit, kereta rosak, atau diberhentikan kerja.

Simpanan kecemasan ni boleh letak dalam ASB atau Tabung Haji supaya tak terlalu mudah dan tak terlalu susah untuk dikeluarkan.

Cuma kalau tak mampu menahan nafsu terbelanja, boleh tukarkan dalam bentuk emas.

Lagi pun emas pun duit tunai juga.

Bila perlu cash, kita boleh pajak atau jual saja dan dapat duit on the spot.

Saya doakan kita semua berjaya ada simpanan kecemasan.

Kat dunia ni, tak ada duit keluarga kita jadi susah.
Kat akhirat, tak ada pahala kita jadi payah

I N S U R A N K E W A N G A N

Pada beribu tahun dahulu emas digunakan sebagai matawang untuk berjual beli, simpan emas pada waktu dulu sama seperti simpan duit.

Berbeza pada hari ini emas tidak lagi digunakan sebagai matawang untuk berjual beli, emas disimpan sebagai aset simpanan dan pelaburan.

Matawang kertas digunakan sebagai medium untuk kita berjual beli hari ini, tujuan penggunaan matawang kertas adalah untuk memudahkan urusan jual beli kita seharian.

Salah satu kelemahan duit kertas adalah nilainya tidak boleh bertahan lama, makin lama makin susut nilai. Itulah kita panggil inflasi!

Apa itu inflasi? Bahasa mudah nak faham; kita perlukan lebih banyak duit kertas untuk beli barang yang sama.

Contohnya 10 tahun lepas sebiji karipap harga 20 sen, hari ini sebiji karipap naik harga 50 sebiji. Dah la mahal, isi pun kurang berbanding dulu. Adehhh!

Emas adalah salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah inflasi sebab emas adalah aset yang kalis inflasi. Sejak beribu tahun nilainya tetap stabil, apa yang berubah hanya harganya sahaja.

Gunakan emas untuk melindungi harta kekayaan kita pada masa depan, tukarkan sebahagian dari harta kita ke dalam bentuk emas sebagai insuran kewangan kita.

Sifu kewangan saya pesan; tukarkan 50% kekayaan kita dalam bentuk emas. Jika apa-apa berlaku pada ekonomi kita masih ada emas yang bernilai untuk digunakan.

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk manfaatkan simpanan emas kita. Insyaallah.

Kata guru kewangan saya…

Satu masa dulu ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko yang minimal.

Tapi kini, oleh kerana pulangan daripada ASB telah jatuh (4.25% pada tahun 2020) dan akan kekal rendah begini di tahun2 yang akan datang, kita perlu menghijrahkan sebahagian besar daripada wang di dalam ASB itu kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Salah satu daripada pulangan tersebut ialah emas.

Kita tinggalkan wang for short-term savings (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB. Kita hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas.

Memandangkan emas telah memberikan pulangan 9.5% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (total return of 612%), melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.

????? ??? ?????? ???? ????

Susah ker simpan EMAS nie?

Jawapannya tidak susah mana. EMAS tak sama seperti aset-aset lain seperti Hartanah. Kalau aset lain perlukan modal yang besar dan perlukan dokumen-dokumen tertentu.

Tetapi EMAS tidak. EMAS kita boleh mula menyimpan berapa yang kita suka. Di Orodesign kita boleh mula menyimpan serendah 0.25g- 1gram.

Kalau mahu besar sikit boleh mula
1 Dinar ATAU 5gram ke atas. EMAS tak perlu apa-apa dokumen ATAU geran pemilikan. BELI dan SIMPAN sangat mudah.

Sebelum simpan aset besar-besar. Simpan dahulu aset kecil-kecil seperti EMAS. EMAS juga Real Property yang meningkat harganya.

Simpan EMAS ibarat kita sedang menyimpan aset bernilai tinggi. Jangan tunggu perfect time kerana ia tak pernah wujud.

・*:✼✿✿✼:*・・*:✼✿✿✼:*・・*:✼✿✿✼:*

Tips Simpan Emas 1 gram 1 bulan


?Tips 1
Target simpan emas1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving” (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

?Tips 2
Setiap kali dapat gaji, terus beli1 gram emas. Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.

?Tips 3
Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!