KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG

Bahan-bahannya :- 150 gm butter (Akak guna butter cup)
120 gm gula castor
100 gm minyak jagung
250 gm tepung naik sendiri (diayak)
1/2 cup susu pekat manis
4 biji telur gred A atau 5 biji telor gred B
1 sudu makan (membukit) ovallette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan chocolate emulco (atau 1 sudu makan serbuk koko)

Cara-caranya:-
1. Pukul butter dan gula castor hingga kembang dan berwarna putih.

2. Masukkan minyak jagung dan putar.

3. Masukkan telur satu persatu dan putar.

4. Masukkan susu pekat manis & ovallette dan putar.

5. Masukkan esen vanilla dan putar.

6. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.

7. Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian.

8. Yang sebahagian digaulkan dengan chocolate emulco. Manakala yang sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal. Boleh juga letak lain-lain pewarna ikut kegemaran masing-masing.

9. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.

10. Dua biji Loyang ukuran 7”x 7” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.

11. Tuangkan adunan warna asal dan warna chocolate ke dalam loyang secara berselang seli hinggalah adunan habis. Setiap adunan sebanyak 3 sudu dan akhir sekali sebanyak 2 sudu.
12. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak.
Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing. –

Speak Your Mind

*