Archives for January 3, 2022

Resepi SOS NAMPLAWAN (Colek buah Thai)

Bahan²
1 cawan sos ikan
1/2 cawan air
5 sdb gula kabung thai
4 keping nisan
Sedikit belacan

Bahan² tambahan:-
5 ulas bawang merah hiris nipis
1 genggam udang geragau
2 sdb cili flakes
10 biji cili padi merah hijau di potong

Cara²
1. Panaskan sos ikan dan air hingga mendidih. Masukkan gula kabung thai dan nissan.
2. Kacau hingga gula kabung dan nissan cair dan masukkan belacan.
3. Masak dengan api sederhana hingga sos betul² pekat. Tutup api.
4. Masukkan bawang merah hiris, udang geragau, cili flakes dan cili padi yang dipotong.
5. Kacau hingga sebati, tunggu sejuk boleh di makan dengan mangga

?

 dan nenas 

?

** Kuah colek mesti ada rasa manis, masin dan sedikit pedas dan kuah akan likat bila betul² sejuk.

Selamat mencuba

?

aroii makk!!

PERIA GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

Peria katak
Tepung Bestari pedas
Air garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Basuh peria..kerat 2/3
Cedok biji tengahnya dengan sudu/pisau
Potong peria nipis-nipis
Rendam dalam air garam(30 min)
Basuh Dan toskan
Lapik dengan tisu dapur supaya kering
Gaul terus dengan tepung bestari
Goreng dengan minyak yang panas sehingga garing (peria timbul dan tidak lagi berbuih2 di permukaan minyak)
Toskan…
Krup krap…memangg ranguppp

Selamat menjamu selera 

?

MEEKUAH

Mee kuning..
Udang..
Daging..
Sos cili..
Kicap..
Skit garam n gula..
Sawi..
Tauge..
Tomato..belah 4
Daun sup..
Bawang besar..blend
Bawang putih..blend
Cili kering..blend
Tauhu..goreng dulu ya
Telur rebus.. 

Caranya..
Tumis bahan blend pastu tuang hirisan daging pastu tbah air..masak sampai daging empuk..bila daging dah empuk letak sos cili kicap gula skit garam n sebok perisa..pastu tambah air..untuk jadikan kuah ya..bila dah mendidih boleh la letak udang bila udang dah masak dah boleh letak mee sawi tauge tomato..dah mendidih tutup api dah boleh tabur daun sup n tauhu goreng td..siap untuk dihidang..

❤

Kredit Resepi : masni bahari

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur – pukul hancur sahaja

(B)
5-7 ulas bawang putih – cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis – Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang – Sue tambah
1 sdm sos cili – Sue tambah
*Satukan sebati*

Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka

Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

Credit: sue

*PUTERI AYU COKLAT CHEESE*

BAHAN2 :

TELUR 4 BIJI

1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER
1 TSP SODA BIKARBONAT
  *DI AYAK DAHULU*

1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN MINYAK MASAK
3/4 CAWAN SUSU PEKAT
1/2 CAWAN GULA ICING
   *KACAU DAHULU DENGAN WHISK*

– SATUKAN BAHAN COKLAT DALAM BEKAS TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT,KACAU SEBATI
– MASUKKAN TELUR SATU PERSATU

LAPISAN BAWAH :
250 GRAM CREAM CHEESE
1 BIJI TELUR GRED A
1/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 CAWAN GULA ICING
2 SUDU BESAR SUSU CAIR
1 TSP ESEN VANILA
 *SATUKAN SEMUA BAHAN DAN MIXERKAN SEBATI*

– MASUK BAHAN CHEESE DALAM PIPING BAG
– SAPUKAN ACUAN DENGAN MINYAK
– ISIKAN ADUNAN CHEESE 1/4 ACUAN SAHAJA
– KUKUSKAN ADUNAN CHEESE SELAMA 10 MINIT
– KEMUDIAN TUANG ADUNAN COKLAT PARAS 3/4 ACUAN SAHAJA
– KUKUSKAN ADUNAN KALI KEDUA SELAMA 10 MINIT
– KELUARKAN KUIH DARI ACUAN
– KUIH SEDIA DIHIDANG UNTUK JUADAH

Resepi Cheesekut

Bahan-bahan:
* 2 bungkus Cream Cheese
* 1 kotak Cheedar Cheese
* 1/2 tin Susu manis
* 2 biskut Biscuit Saltcheese
* Fresh milk
Cara-cara:
1. Campurkan Cream cheese dengan susu manis mengikut cita rasa anda kemudian pukul sampai sebati atau putih.
2. Tuangkan sikit fresh milk dalam bekas kemudian celupkan biskut saltcheese tu – celup ya bukan rendam
3. Lapiskan acuan dengan plastik untuk mudah keluarkan kek dari acuan. Susun biskut saltcheese yang sudah dicelup dalam fresh milk sebagai lapisan pertama.
4. Selang-selikan dengan cream cheese yang telah dipukul tadi untuk lapisan ke-2. Sapu rata…
5. Lapiskan sampai cream chesee habis. Lapisan atas sekali, tabur dengan cheddar cheese yang diparut.
6. Simpan dalam peti sejuk (frozen) semalaman untuk keraskan adunan.

Kredit: Ruth David

Resepi Talam Sagu.

Bawah.
1 cwn sagu – rendam 5 minit..dan toskan.
3 cwn santan cair
3/4 cwn gula
1st garam
Pewarna hijau
Esen pandan(saya tambah)
Wapkan Semua bahan ..masakkan sampai sedikit pekat.
Masukkan dalam acuan yang sudah disapu minyak..isi jgn penuh..
Kukus 15 minit.

Atas.
1 cwn t.gandum
2 sb t. Ubi
2 sb t.jagung
3 cwn santan pekat
11/2 st garam
1sb gula pasir (saya tambah)

Kukus lagi 20minit.

Telur bungkus ala thai

Bahan-Bahan:
2 biji telur
100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
1 biji tomato ( dibelah 6 )
1 camb kacang peas
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun ketumbar ( dipotong 1 inci )
.
Cara:
Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.Sedia dihidang.

Resepi : Telur Dadar Berkeju II

Bahan-bahan:
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar – potong dadu
3 batang daun sup – hiris halus
7 biji cili padi – hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
mentega

Cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

Puding caremal tanpa telur..

Bahan2 caremal..
3/4 cawan gula
1cawan air panas

Bahan2 puding..
1 tin susu cair..*
1/2 cawan susu pekat..*
3 Sb tepung kastad..*
4 cawan air..*
10g serbuk agar2(clear)

Cara2..
3/4 cawan gula masak sampai larut dan perang..gula dah perang ttup api..msukkan air panas(hati2 tkut tekena tgan)..lpas tu msukkam dlm loyang n ketepi kan…

Dalam bekas lain..masukkan bahan bertanda * dan tapis dlm periuk..msk atas api sekejap lpas tu msukkam serbuk agar2 n kacau sampai mengeledek..ttup api n msukkam dlm loyang yg berisi caremal tdi..tggu suam sikit lpas tu masuk kan dlm peti ais.. tggu 2@3 jam dah boleh potong…

P/s..jgn guna api yg kuat..nanti gula hangit mcm sy punya.. pahit tak sdap

?