Archives for January 3, 2022

SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan:
.
2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
Sedikit hati ayam(hiris dan goreng)x nak letak pun boleh..nak letak isi udang segar pun boleh..goreng jer sekejap..
2 paket suhun(rendam dlm air)
1 keping fucuk(potong)x mo letak pun x pe(rendam dlm air)
Sedikit kacang panjang hiris serong
1 sdb gula
Sedikit perasa jika perlu
1/2 sdt garam
Kicap manis secukupnya(sy guna kipas udang)
1/2 cawan air asam jawa(cair)
1 cawan air
3 sudu besar ikan bilis(tumbuk lumat)
2 senduk minyak masak(untuk menumis)

Bahan Tumis
2 biji bawang besar(hiris nipis)
4 ulas bawang putih(hiris nipis)
10 tangkai cili kering(potong nipis menyerong)suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong..

Caranya
Panaskan minyak..masukkan ikan bilis yg dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis..tumis hingga agak garing..masukkan air asam jawa,gula,perasa dan sedikit garam..renjiskan kicap manis..kacau hingga naik minyak..masukkan suhun dan fucuk serta air..masukkan pula kacang panjang..kacau seketika..masukkan bahan2 lain yg dah siap digoreng tadi..gaul rata..sesuaikan rasa..tutup api.

Kredit: Mariana Zainal

SAMBAL GARING pedas

?
?
?

Resepi…
Cili kering yg pedas( cuci tos dn goreng dgn minyak,jgn lama sbb cepat garing),dn blend kering dgn sedikit garam, ( guna garam halus )

Ikan bilis ( goreng garing )
Bawang merah ( goreng garing)
Bawang putih ( goreng garing )

Cara2..
Panas kn sedikit minyak (2,3 sudu mkn) guna api kecil…
Masukkn semua bahan kacau bia sebati,tunggu sejuk bleh simpan dlm bekas….

?

siapppp

Makan dgn bubur pun sedap

?
?
?

RESIPI SOTO sedap

Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)
•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas
•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak utk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug
*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.
Cara masak:
•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!
Resipi Begedil kentang
•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.
*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.
kredit: fara lome

CHEWY CHOCOBALL

1 cawan nestum
1 cawan milo
1 cawan peanut butter (chunky yg ada ketul2 kcg dlm tu)
1/2 cawan madu @ susu pekat
Choc chip (ikut suka)

Campur semua bahan gaulkan (kalau lembik tambah nestum lagi sampai senang nk bentukkan)

Bulat2 kan mcm nie..lepas tu masukkan dlm peti sejuk..

Siap…

Kredit resepi & foto : Dee Raa Balqis

Resepi brownies cookies

Bahan2 nya
A
350g coins dark beryls
100g butter
Double boiler, cairkan
B
3 bj telur saiz b
1 st esen
Whisk hingga berbuih
C
200g gula icing ( ayak 3x)

Cara cara
 1. Timbang coklat coins 350g
2. Timbang butter 100g 3.Kemudian double boiler keduanya hingga cair
4.Ayak gula icing sebanyak 3x
5. Telur + esen, pukul hingga berbuih
6. Dan masukkan gula icing sikit d kacau sebati hingga habis, kacau manja bukan dipukul
7. Dan coklat cair td dlm adunan telur, ms tuang coklat tu, kena kacau laju2 sbb coklat masih panas
8. Dah sebati tuang pula tepung gandum 100g + 1 1/2 sudu besar serbuk koko, kacau sebati
9. Bila dah sebati biar sebentar adunan selama 30 min.
10. Letak adunan tu dlm piping beg d letak di atas silicon mat spt di atas.
11 Letak hirisan kacang.
12. Sebelum tu panaskan oven selama 15 min suhu 170°©, kemudian tukar ke suhu 150°©, bakar sema 30- 35 min, jika nak biskut crunchy, kalau x bakar dlm 25 min utk chunky.
14. Done, dgn kedut2 tu, jd brownis cookies,

?
?

Kredit to Rosmah ishak

RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER

Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping)
● 6 keping lamb shoulder
● Bahan kisar: 5 cm halia,
● 1 cm kunyit hidup,
● 4 ulas bawang putih dan
● 4 ulas bawang merah
● 3 sudu besar madu
● 4 sudu besar Sos tiram
● 4-5 sudu besar lada hitam kisar
● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
● 1/2 sudu kecil jintan putih
● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
● Sedikit kicap cair penganti garam
.
Cara menyediakannya
1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
.
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
.
Bahan-bahan sos:
1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar
semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini.
.
Selamat mencuba….

Kredit Anissa Ismail