*Red Velvet Cupcake

Bahan A:
3 1/2 cawan Superfine flour – ayak

Bahan B:
170 gm unsalted butter – lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur – saiz besar suhu bilik

Bahan C:
6 sudu besar red food colouring (saya guna 4 sb)
3 sudu besar high quality cocoa powder
1 1/2 sudu kecil vanilla essence

Bahan D:
1 1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan buttermilk

Bahan E:
1 1/2 sudu kecil cider vinegar (guna cuka biasa)
1 1/2 sudu kecil baking soda

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.

Pukul butter dan gula dari bahan bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.

Dalam measuring cup, satukan bahan bahan D iaitu garam dan buttermilk.

Masukkan berselang seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis. Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.

Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.

Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. Kalau kek, tuang dalam loyang yang telah disediakan.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalau kek dalam 30 – 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.

Nota:
Bila kek telah sejuk sepenuhnya, balut dengan pembungkus plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam/semalaman supaya mudah untuk menyapu inti dan krim

Speak Your Mind

*