Archives for January 4, 2022

Apam Susu Pink Dato Vida

Telur 4 biji*
Gula 1 Cawan*
Susu Manis 1 Sudu Besar*
Ovalett 1 Sudu Besar*
Essence Vanila 1 Sudu Kecik*
Tepung Gandum 1 Cawan Setengah

Oh ya lupa nak bagitau kalau tak suka manis sangat gula dan susu tu boleh kurangkan sikit. Bukan apa kau tu dah manis dah tambah pulak makan manis-manis nanti bersemut jawabnya.
Blend semua bahan hak bertanda * tu dalam blender dalam 1-2 minit atau sampai dia jadi kaler putih. Lepas tuh masuk dalam bekas dan masuk kan tepung gandum. Masa ni kita kaup-kaup je dia bagi bergaul mesra dan sekata ya. Tak mau kacau dengan blender dah, kalau tak dia jadi bantat.
Pastu buh la nak buh kaler apa. Dah lepas tuh masuk loyang yang di lapik baking paper.

Kukus 20 hingga 30 minit lepastuh siap.

Apam Susu is doneeee gituuuu!

Kredit Resepi : nana robil

Kek Span Baldu Merah

Bahan2
250 gm tepung campuran kek span coklat
4 biji telur
50 ml air
1 sudu teh cuka
50 ml minyak sayur
pewarna merah secukupnya

Cara Membuat
Satukan tepung, telur dan air dalam mangkuk pengadun.

Sebatikan adunan dengan kelajuan minima utk 1 minit. Tambahkan cuka.

Pukul kelajuan maximum hingga adunan kembang dan gebu, bertukar warna kepada lebih cerah dan pucat.

Adunan yang cukup kembang dan gebu akan membentuk seperti tanduk, pegerakan untuk jatuh ke bawah sangat lambat, masukkan minyak dan kacau dengan spatula hingga rata.

Tambahkan pewarna merah. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam loyang, hentak beberapa kali supaya dapat mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap.

Bakar 170 darjan Celcius selama 40 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai.
Biar sejuk.
.kredit resepimasaksedap

Susu Karamel Cincau

– 5 sb gula perang
– 3 sb air
– 1 tin susu cair
– 2 cwn susu segar (freshmilk)
– 3 sb susu pekat
– biji selasih
– cincau
.

?

 modal kesemua bahan RM13+ sahaja, boleh makan 4-6 org & sampai puas tapi kalau beli sebotol RM10 blh minum 2 org je. Jadi la pengguna yang bijak, benda boleh buat buat yg murah apa nak beli mahal 

??

KEK PANDAN

Bahan-bahan :
4 biji telur (asingkan kuning dan putih telur)
1 cawan butter
1 cawan gula halus
1sk ovelett
1/4 cawan santan
4 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum – diayak dgn 1sk baking powder
Pewarna hijau

Cara-cara :
– Pukul putih telur dengan 1/2 cawan gula sehingga meringue dan ketepikan.
– Blend daun pandan dan santan kemudian tapis, ketepikan.
– Mix butter, gula dan ovelette smp kembang Dan masukkan telur. Mix lagi dgn high speed smp gebu. Bila dah gebu lowkan speed Dan masukkan santan yg dikisar dgn daun pandan tadi dan beberapa titik pewarna hijau dan sebatikan.
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan. Matikan mixer dan masukkan meringue sedikit demi sedikit dgn kaedah kaup balik sehingga semua sebati.
– Tuang kedlm loyang yg tlh digris dan dilapik dgn baking paper lalu bakar selama sejam.
— with Maria Jaafar.

Resepi Masak Daging

Bawang besar
Bawang putih
Halia
(Blend semua nii)
Tumis bahan tadi agak garing lepas tu masuk daging
Masuk air dan masak daging smpai empuk
Bila dh pecah minyak masuk cili padi(ikut nk pedas mana)+kunyit hidup sikit yg dh diblend
Masuk garam perasa sikit
Masuk bawang besar dan masak smpai kering
Siap
**daun limau purut optional saja nk letak boleh xnak letak pon boleh

TERUNG UNGU GORENG RANGUP

3 biji terung ungu (jenis yang kecil)
1/3 cawan tepung jagung
1/3 cawan tepung ubi
1/3 cawan tepung bestari

Potong terung memanjang dan rendam air sejuk sekejap.
Satukan kesemua jenis tepung, salutkan terung merata kesemua celah.
Goreng kedalam minyak yang panas (make sure kena panas, kalau tak terung akan menyerap minyak)
Goreng hingga garing keperangan, ketepikan dahulu.

MASAK CILI ALA CHINESE
by. @kualihelena

3 ulas bawang putih, cincang halus
7-10 biji cili api ( pedas ikut selera)
sedikit cukup rasa
2 sudu besar kicap cair/kicap masin
2 tangkai daun bawang

Panaskan lagi 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan daun bawang, kacau lagi.
Masukkan kicap cair dan secubit cukup rasa, gaul hingga berbuih.
Masukkan terung, gaul perlahan dan tutup api.

Resepi Tepung Pelita Moden

Tepung pelita moden
Walaupun moden tp rasanya tetap asli.. Aroma daun pandan yg sungguh wangi. Saya buat niaga..
Saya share resepi nya

bhgian bawah(hijau)
1cwan tepung beras
1cwan gula
5cwan air pandan
Air kapur 1 sudu teh.. Jgn byk nti pahit.. (air kapur sederhana pekat)

Blend semua bahan sampai sebati
*masak sampai likat n meletup2
*tutup api
*masukkn lapisan hijau dlm bekas
*lepas siap semua baru masukkn stgh sudu kcik gula kt atas lapisan hijau.
Biarkan gula tu cair seketika.. Bolh la masak lapisan putih pula..

bahagian atas(putih)
4cwan santan
4sudu besar tepung beras
sedikit garam
*campur semua bahan kacau sebati
*masak sampai likat n meletup2
*tutup api
*tuang dlm adunan hijau td

Kredit Munasnainu Mustapha

12 PETUA MASAKAN

1.PETUA KENTANG CEPAT EMPUK
Apa bila memasuk kan kentang lebih awal dalam masakan ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat.Untuk mengelak kan ini berlaku rebus kentang di dalam periuk lain dan apa bila sudah empuk tos kan kentang dan masuk kan dalam kuah tadi.

2.PETUA ELAK IKAN MELEKAT DI KUALI
Ambil beberapa keping asam gelugur(asam keping) dan masuk kan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan.Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.

3.PETUA HILANGKAN HANYIR SUP AYAM
Untuk mengelak kan sup ayam berbau hanyair patikan bahan tumisan di goreng sehingga wangi dan ayam dimasuk kan ketika kuah mendidih.Cara ini akan membuatkan sup lebih sedap dan tidak berbau hanyir

4.PETUA MENYEDAPKAN IKAN YANG SUDAH BEKU
Ikan yang sudah beku memang rasanya sudah tidak segar dan apabila di masak ianya tidak sedap.Untuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut.Apa bila ikan sudah lembut masak seperti biasa.Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasa nya lebih segar.

5.PETUA MASAK LEMAK CILI PADI LEBIH SEDAP
Masuk kan air kelapa ke dalam kelapa parut.biar seketika.kemudian barulah diperah kepala tersebut.Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainan nya.

6.PETUA HILANGKAN BAU HANYIR DAGING’
Selepas daging dipotong dan dibersihkan , rendam daging dengan secawan tepung gandung dan sesudu kecil garam.Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.

7.PETUA HALAU LALAT KETIKA MEMASAK
kebiasaan nya lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng.Untuk mengelak kn lalat datang ambil beberapa tangkai daun kari dan letak kan berhampiran kdapur anda.Anda juga boleh meletak kan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.

8.PETUA BERAS LEBIH TAHAN LAMA
Ambil beberapa ulas bawang putih dan masuk kan ke dalam tempat simpnana beras.boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.

9.PETUA SUP TULANG LEBIH SEDAP
Potong tebu kecil2 dan masuk kan ke dalam air rebusan tulang.kemudian masuk kan bahan rempah sup .masak seperti biasa.Sup tulang akan lebih sedap.

10.PETUA CUCUR LEBIH LEMBUT
Untuk melembutkan cucur ,masuk kan 1/2 cawan air panas ke dalam tepungkmudian masuk kan air biasa dan kacau sebati.cucur lebih lembut dengan menggunakan kaedah ini

PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN
Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis2 dan gaul bersama ikan dan air asam jawa.Biarkan seketika.kemudian masak seperti biasa.

semoga bermanfaat untuk semua..