Resepi ni terbukti sedap..
Bahan2 :-
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.
Bahan Perapan:
5 – 6 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
1/2 cawan Sos Cili
1/2 cawan Sos tomato
1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.
Cara:
Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.
Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
Panggang menggunakan arang.
Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~ Selamat mencuba ~
kredit resepi: Delihayat Kitchen