Cara Buat Kek Tornado Viral Sedap Melekat. Pertama Kali Buat, Dah Menjadi

KEK TORNADO VIRAL
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri, 1 sudu kecil soda bikarbonat ( guna 1 cawan tepung je untuk kek lagi moist)
(kalau tak ada boleh pakai tepung gandum , 1 sudu kecil soda bikarbonat , 1 sudu kecil baking powder. Ayak)
1/2 cawan serbuk koko@boleh ganti dengan milo kalau tak ada serbuk koko/coklat

1/4 cawan air panas

Cara buat:
1. Pukul telur, gula ,esen vanilla (pukul rata)
2. Masukkan minyak masak (kacau biar sebati)
3. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat
4. Masukkan serbuk koko/coklat/milo.
5. Akhir sekali masukkan air panas kacau rata.
6. Bakar api atas bawah suhu 180/ 50minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda. kalau nak kukus boleh kukus 40-45minit.
* tip untuk kek gebu tak perlu guna mixer. Hanya kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu*

UNTUK CREAM CHEESE
Bahan-bahan:
250gram cream cheese
60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
3-4 sudu besar susu pekat (nak manis@kurang manis boleh lebih@kurangkan)-BELI ONLINE DI SINI

Cara buat:
1.Adun cream cheese sampai lembut.
2.Tambahkan susu pekat (tahap kemanisan yang anda suka)
3.Masukkan whipping cream dan adun sampai gebu dan ringan.

BAHAN COKLAT GANACHE
100ml whipping cream
250gram milk compound
2 sudu besar mentega/majerin
*double boiler sampai sebati last sekali masukkan marjerin*

Selamat mencuba
Kredit : Fatimah Saari

Speak Your Mind

*