??????’? ?????? ??????? ? ?????? #??????????????????

MATCHA FLAVOUR:
BAHAN-BAHANNYA:-

250 grams Salted @ Unsalted Butter, dilembutkan
220 grams Tepung Gandum
60 grams Tepung Jagung
2-3 suduteh Serbuk Matcha Green Tea
100-110 grams Gula Icing
2 sudu teh Vanilla Extract

Nota: Boleh lebihkan matcha powder jika suka tapi jangan terlalu banyak nanti pahit. Manis bergantung pada jenis serbuk matcha yg digunakan kerana ada yg biasa dan ada yg lebih pahit. Danish guna 100grams Gula Icing untuk perisa ini.

CHOCOLATE FLAVOUR:
BAHAN-BAHANNYA:-

250 grams Salted @ Unsalted Butter, dilembutkan
180 grams Tepung Gandum
60 grams Tepung Jagung
30 grams Dark Cocoa Powder
100-110 grams Gula Icing
2 sudu teh Vanilla Extract

Nota: Danish guna DARK COCOA POWDER dan guna 110grams Gula Icing.

MINI CHOC CHIP BUTTER COOKIES & PLAIN BUTTER COOKIES:

BAHAN-BAHANNYA:-

250 grams Salted @ Unsalted Butter, dilembutkan (Tips: Guna Butter berkualiti untuk hasil Butter Cookies lebih sedap)
220 grams Tepung Gandum
60 grams Tepung Jagung
80 grams Gula Icing
2 sudu teh Vanilla Extract
1/4 cawan Mini Chocolate Chips (skip jika mahu buat yg plain)

Nota: Untuk Mini Choc Chip Butter Cookies, jangan guna choc chips saiz biasa atau sedang, nanti susah utk di pipe. Guna dark mini choc chips atau semi sweet untuk elak manis berlebihan.

TIPS PENYEDIAAN:-

Pastikan butter, gula, vanilla di mix cukup rata saja, tak perlu kembang. Ini untuk mengelakkan cookies kembang. Selepas masukkan bahan kering, kaup balik rata, jangan overmix.

Untuk elak doh jadi keras atau susah di pipe, jangan dedahkan, terus masukkannya dalam piping bag, pipe kan kedalam baking tray.

Danish guna Nozzle Open Star (1M) untuk pipe yg perisa mini choc chips supaya senang keluar. Boleh guna apa saja Nozzle utk perisa lain².

TIPS: Boleh juga dipipe tanpa nozzle jika tiada atau sudukan saja adunan atas baking tray.

Bakar cookies dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 18-20 minit (bergantung pada suhu oven masing²). Biarkan cookies sejuk sedikit sebelum dialihkan keatas cooling rack hingga sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara dgn suhu bilik.

#BiskutRayaByDanishHarraz
#DanishsRedKitchen

Speak Your Mind

*