??????? ?????? ????????? ??????? INSTAGRAM: danish.harraz

Bahan-bahannya:-

1½ (180g) cawan Tepung Gandum
¼ cawan (27g) Cocoa Powder
1 sudu teh Baking Powder
½ sudu teh Baking Soda
¼ sudu teh Garam Halus
½ cawan (143g) Greek/Plain Yogurt (boleh juga guna Sour Cream)
½ cawan ditambah 2 sudu besar lagi Gula Kastor (123g)
⅓ cawan (75ml) Olive Oil
1 sudu teh Vanilla
½ cawan (125ml) Full Cream Milk
1 cawan Chocolate Chips + untuk topping
(Danish guna ¾ cawan Dark Chocolate dan ¼ cawan White Chocolate. Boleh lebih kurangkan ikut mahu manis macam mana. Boleh juga guna semua dark chocolate chip)

TIPS:-

Resepi ini Danish BUAT guna SUKATAN CAWAN BAKING. Boleh doublekan adunan.
.
Hasil resepi muffins Danish share ikut cara/bahan yg Danish buat/guna. Jika mahu ubah bahan lain dari apa yg dicadangkan, kena cuba sendiri ya.

Pastikan adunan tidak terlebih gaul selepas masukkan bahan kering, nanti muffin keras.

Guna dark chocolate chips yg tak manis. Jika guna chocolate chip biasa/manis boleh kurangkan 1 atau 2 sudu besar gula, jika mahu.

Cara lain Danish buat adunan diatas, Danish masukkan SUSU selepas bahan kering digaul rata.Tapi Danish risau jika ada yang ter over mix jadi Danish share cara seperti dalam video. Boleh juga ikut seperti yang Danish buat tapi pastikan tak over mix.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20-25 minit pada suhu 170°C, bergantung suhu oven masing-masing tapi jangan terlebih bakar, nanti kering. Danish bake selama 25 minit.

Berapa biji muffins dapat, bergantung dengan berapa besar saiz muffins cup yang diguna.

Eggless Chocolate Muffins ini akan lebih moist selepas disimpan semalaman. Lebih lama disimpan lebih moist. Simpan muffins dalam bekas kedap dalam suhu bilik.

#DanishsRedKitchen
#EgglessTripleChocolateMuffinsDH

Speak Your Mind

*