Kuih Bakar Jagung

Bahan-Bahan:-
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cwn tepung kastard
1 cawan santan pekat
 2 cawan air
2 sudu besar mentega/minyak sapi
4 biji telor
 secubit garam
1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
bijan utk hiasan
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Speak Your Mind

*