PAI KENTANG BERLAPIS

BAHAN:

4 biji kentang – kupas kulit & potong nipis
½ biji labu kuning – kupas kulit & potong nipis

4 sudu besar mentega
3 biji telur – dipukul sedikit
250 ml susu segar
50 ml UHT krim ( krim masakan )

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Daun pasli secukupnya

CARA:

1. Kentang dan labu dikupas kulit dan dipotong nipis.

2. Panaskan mentega, susu, garam dan lada sulah. Biarkan sehingga mentega cair dan tutup api. Masukkan telur, krim masakan dan tepung gandum.

3. Sapu acuan dengan sedikit mentega, susun kentang dan labu secara berselang seli, tuangkan bancuhan susu.
4. Taburkan keju mozzarella, daun pasli cincang dan bakar sehingga keperangan pada suhu 160⁰C.

5. Angkat dan hiaskan, sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba..!!!
– Kredit; Majalah Saji