Resepi mudah kocina

BahanA
*1 peket tepung pulut (boleh guna apa saja jenama)
*2 sd makan tepung gandum
*1 sd kecil garam
*Pewarna merah
*Air

BahanB
*Kacang tanah/kacang merah ( dijadikan inti)
*Minyak masak
*Daun pisang

Cara-cara
*Satukan bahan A sehingga menjadi doh yg lembut.(Air tu agak2 saja ikut kuantiti tepung)
*Bulat2kan (mengikut saiz yg kita suka) kmudian intikan
*Sapukan sedikit mnyak pada daun pisang yg telah dipotong bulat tujuannya mengelak daripada tepung pulut melekat.
*Letakkan doh tepung yg sdh diinti tadi di atas daun pisang.
*Sapukan sedikit minyak dipermukaan tepung supaya nampak berkilat.
*Susun didlm loyang pengukus.(bertindih pun takpa)
*Panaskan pengukus terlebih dahulu.
*Kukus selama 15-20 minit.

Selamat mencuba.

Kredit: Echa Sanisah Alung

Speak Your Mind

*